KONFLIK DALAM KELAMBU.


SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"

CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.

RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.

SELAMAT MEMBACA.

TERIMA KASIH


ABC.
Ahmad Baharom Creation

Wednesday, 26 November 2014

.11] Setelah selesai membuat repot, Sam terus balik kerumah kerana dia sudah malas memikirkan hal keretanya serta sudah malas hendak menimbulkan lebih banyak perbalahan terutama yang melibatkan keluarga. Razak itu adalah keluarga dekat disebelah Ayahnya, dan jika kecuh tentu tak sedap didengar orang. Bagi Sam yang penting sekarang ialah hal keluarganya.Fikiranya ligat memikirkan cara untuk dia dapat menghalang Najwa dan anak-anaknya meninggalkan dirinya keseorangan. Sam masih tidak rela untuk pulang keTrengganu dengan keadaan sehina itu. Dalam masa itu Sam juga mendapati kesihatan dirinya menjadi bertambah parah, dadanya bertambah sakit serta sakit kepalanya semakin kuat. Kedua-dua tangannya bertambah kuat menggeletar. Dia sudah tahu dia sedang menghadapi depression semula tapi dia masih enggan berjumpa doctor dan masih cuba mengawalnya dengan melawannya serta mengawal focus fikirannya. Sam sudah tidak mahu menceritakan segala apa yang dialaminya kepada Najwa atau kedua orang tuanya kerana mereka asyik menyalahkan dirinya serta seperti tidak mempercayai apa yang dikatakannya. Bagi mereka semuanya terlalu pelik dan berliku seperti sebuah drama yang sengaja direka olih Sam. Kekadang Najwa menyatakan itu semua rekaan Sam untuk menutup cerita yang sebenar dan dia amat sukar mempercayainya. Sam tidak terkejut dengan pemikiran Najwa kerana mereka berkahwin selama hampir 5 tahun, belum pernah sekali dia meminta maaf atau bertanya apakah kesalahan dia kepada Sam selain perangainya yang tidak pernah mengucapkan kata sayang dan puji-pujian kepada Sam. Sam amat selalu meminta maaf kepada Najwa serta sering mengucapkan kata-kata sayang yang jarang lepas dari mulutnya untuk Najwa dan anak-anaknya. Selain itu bolih dikatakan kalau kerja mengemas dan menyusun atur rumah adalah tugas Sam, begitu juga memasak. Sam lakukan itu kerana ianya adalah hobinya, tapi dia juga berharap Najwa dapat menilai bertapa dia amat sayangkan keluarganya. Melihatkan Najwa yang seperti mempunyai hati batu yang sesejuk ais itu Sam sudah mula tidak mengharap pengertian dia untuk memahami hatinya lagi sehinggakan Sam sudah mula tidak mahu berkongsi apa jua cerita suka duka dengannya.Dia tidak mahu kecewa lagi serta pening kepala. Apa yang tidak bolih dibuangnya sekarang ialah kasih sayang kepada kedua-dua anaknya yang amat disayanginya dan disebab merekalah Sam masih tetap berdiri dan berusaha. Yang lain sudah tidak penting, dan Sam menganggap hanya mereka sahaja hak mutlaknya dan tempat dia menumpang kasih. Memandangkan semua keadaan dan kesulitan yang bakal ditempuhi, termasuk bahaya yang mungkin berlaku akibat balas dendam hal kes Bakar Bas itu, Sam akhirnya terpaksa bersetuju mengikut Najwa balik ke Trengganu demi untuk terus dapat bersama dengan anak-anaknya. Sam korban ke egoannya semata-mata kerana anak-anaknya. Seperkara yang paling Sam takuti ialah kesihatannya yang bertambah teruk. Dia mula takut jika dia sendirian tanpa anak-anaknya bersama.Berkenaan Najwa, dia sentiasa berharap dia akan menyedari dan akan berubah dikemudian hari. Dia sudah penat merayu dan menyembah kepada Najwa supaya berubah dan berusaha menjaga nilai kasih sayang diantara mereka, tetapi jawapannya tetap sama…” Aku tak bolih berubah dan tak akan berubah kerana inilah dirinya”. Bila keluarga Najwa datang untuk mengambilnya, Sam pun mengikut walaupun perasaannya seperti khinzir akibat keputusan dan tindakan Najwa, Sam pasrah. Dia pasti Najwa tidak dapat merasakannya.

No comments:

Post a Comment