KONFLIK DALAM KELAMBU.


SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"

CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.

RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.

SELAMAT MEMBACA.

TERIMA KASIH


ABC.
Ahmad Baharom Creation

Saturday, 29 November 2014

8.4] Walaupun Sam dan Najwa terselamat daripada bencana perceraian tetapi perhubungan mereka tetap sama seperti dahulu malah lebih tegang. Sam pun seperti sudah tidak kisah dengan semua itu, selain meneruskan usahanya untuk mengembangkan perniagaan. Arfah masih lagi bekerja serta membantu segala usaha Sam. Dalam pada masa itu juga Sam ada menceritakan sedikit sebanyak kisah penderitaannya kepada Arfah yang membuatkan Arfah bertambah berazam untuk membantu Sam dan menjadi teman berbicara. Menurut Arfah, banyak perkara yang dapat dipelajari semenjak bekerja dengan Sam walau pun dia juga selalu agak berkecil hati dengan sebahagian sikap Najwa kepadanya.

Sam meminta Arfah bersabar dan merayu dia supaya tidak mengambil hati dan agar terus bekerja bersamanya dan selain itu Sam juga terhibur serta tidak kesunyian dengan sikap Arfah yang suka berceloteh dan bergurau walaupun diwaktu sedang bekerja.Dalam diam Sam mula menaruh hati kepada Arfah tetapi tidaklah dizahirkannya kerana takut Arfah akan salah sangka sekiranya dia meluahkannya dan dia juga mungkin akibat itu, Arfah akan membencinya dan meninggalkan pekerjaannya. Walau pun Arfah tidaklah secantik mana jika dibandingkan dengan Najwa serta jika dibanding dengan ketampanan dirinya, tetapi disebabkan perangai Arfah yang amat perihatin,cepat memahami serta tahu membawa diri itu telah membuat Sam jatuh hati.Sam pendamkan semua itu kerana dia sedar dirinya telah beristeri dan anak, dan Arfah pun telah mengetahuinya, maka adalah mustahil orang semuda Arfah itu sudi dengannya.

Dalam masa itu Sam masih lagi pergi melawat Mala setiap kali dia pergi ke Kuala Lumpur dan setiap kali melawat, Sam akan menjamu selera dikedai makanan Mala yang nampaknya bertambah maju sejak Mala berusaha bersama ibu-bapanya. Selain itu yang agak jelas, kedua orang tuanya sudah mula berehat sedikit jerana ibunya asyik menjaga cucu, dan bapanya hanya bertindak sebagai juruwang. Mala juga telah mempunyai 2 orang pembantu wanita. Sam puas hati melihat perkembangan Mala dan sentiasa memberi semangat dan dorongan agar Mala terus berusaha.

Satu hari, Sam telah bertandang sampai kemalam dirumah Mala kerana menghadiri sambutan hari jadi anak nya dan Mala telah menjemput beberapa sahabat karib anaknya untuk menghadiri jamuan tersebut. Sam yang turut ada disana disuruh membaca doa dan bersama sertai semasa sesi memotong kek serta mengambil gambar. Semua amat meriah dan anak Mala pun amat ceria. Semasa anak Mala ini sedang makan dan bercakap dengan rakan-rakannya, salah seorang sahabatnya bertanya sambil menunjukkan kepada Sam, adakah itu bapanya. Anak Mala memndang Sam yang berdekatan dan menganggukkan kepalanya seraya berkata bahawa ayahnya jarang balik kerumah kerana bekerja ditempat yang jauh. Sam yang berada disitu serta terdengar semua yang diperkatakan olih mereka.Mala masa itu sedang sibuk melayan kanak-kanak yang lain.

Selepas selesai Jamuan itu Sam dan Mala duduk diberanda rumahnya serta berbual-bual dan Sam mencadangkan Mala agar berkahwin lagi dengan mencari lelaki yang baik supaya dia ada pelindung serta bolih memberi kasih sayang kepada anaknya. Mala berkata bahawa dia memang sudah ada pujaan hati tetapi sayangnya lelaki itu sudah ada isteri dan anak serta mungkin lelaki itu tidak mahu berkahwin dengan nya kerana lelaki itu telah tahu yang dia adalah bekas seorang penari Kelab Malam.

Sam berkata kepada Mala supaya berhati-hati kerana orang sekarang ramai yang tidak jujur dan berniat serong. Selain itu kalau bolih carilah orang bujang atau duda kerana lebih mudah dan tidak banyak masaalah. Mala berkata bahawa lelaki yang dicintainya ini, walaupun sudah berkahwin dan ada anak, tapi kerana sangat mencintainya serta dia amat yakin dia adalah seorang yang baik serta bolih menerimanya dan anaknya. Sam yang mendengar kata-kata Mala itu telah menyatakan bahawa jika bergitu, dia nampaknya tidaklah bolih datang selalu melawat Mala kerana takut calun suami Mala akan cemburu.

Mala menepuk belakang Sam dan berkata bahawa Sam amat dungu kerana tidak memahami apa yang diperkatakannya serta berkata bahawa orang itu adalah Sam. Mala juga berkata bahawa dia tidak kisah dimadukan serta tiada masaalah kalau Sam tidak mahu menidurinya dan juga rela sekiranya Sam hanya datang sebulan atau setahun sekali, tetapi cukuplah agar dirinya mempunyai status sebagai isteri Sam.Sam yang kelihatan agak terperanjat dan mendiamkan diri seketika.

Sam berkata bahawa memang dia ada menaruh perasaan kepada Mala dan sebagai lelaki normal dia amat berminat serta bernafsu terhadap Mala yang amat cantik dan seksi, tetapi Sam berkata keadaan hidupnya yang tidak stabil serta belum tahu hujung pangkal,yang mungkin membuatkan dia mungkin tidak mampu bertanggung jawab sepenuhnya dikemudian hari. Sam berharap Mala bersabar serta berdoa semua impiannya menjadi kenyataan. Mungkin jika itu takdirnya, Sam berkata dia tiada masalah dan bersetuju, tetapi biarlah takdir yang menentukan.

No comments:

Post a Comment