KONFLIK DALAM KELAMBU.


SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"

CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.

RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.

SELAMAT MEMBACA.

TERIMA KASIH


ABC.
Ahmad Baharom Creation

Wednesday, 26 November 2014

3.7] Malam itu adalah malam kemerdekaan keluarga Najwa membalun Sam semahu yang mereka suka.Semua rantaian skandal Sam dengan perempuan menjadi topik serta tuduhan yang Sam seorang penjoli lah sehingga perniagaan nya sekarang menjadi sedemikan rupa dan menurun. Sam dan keluarganya hanya berdiam dan mendengar. Dari semua percakapan mereka tiadalah satu pun kebaikan buat diri Sam dan juga mereka seperti hendakkan Sam menceraikan Najwa.

Sesuatu yang paling mengejutkan Sam dan keluarga ialah apabila Ibu Mertuanya berkata bahawa kilang NAJWA BATIK yang ada sekarang adalah hak Najwa sepenuhnya dan Sam tiada mempunyai hak langsung. Sam amat terperanjat dan terpinga-pinga serta marah yang amat sangat. Sam ingin melawan tetapi ayahnya mencuit dan menekan pehanya sebagai isyarat bersabar. Sam akur dengan isyarat ayahnya.

Dalam masa itu Sam telah Nampak tujuan dan maksud sebenar keluarga Najwa dan dia cuba menahan kemarahan dan berfikir jalan terbaik untuk semua permasaalahan itu. Akhir nya dengan tenang Sam berkata bahawa dia meminta maaf atas semua kesalahannya pada Najwa dan keluarganya diatas semua kasalahan dan kesilapan yang telah dia lakukan sekarang dan sebelumnya. Dia juga berjanji tidak akan mengulangi segala perbuatannya dan berjanji akan menjaga isteri dan anak-anaknya sebaik mungkin selepas hari itu. Dia juga berjanji akan taat dan patuh segala nasihat dan kehendak keluarga Najwa selepas ini.

Selepas mendengar segala janji dan pengakuan bersalah Sam, mereka semua mula kendur kemarahan dan akhirnya setelah menyatakan bahawa Sam telah mengaku dan berjanji sedemikian, maka tidaklah perlu diperbesarkan lagi perkara itu. Pak Alang Sam berkata supaya semua orang member peluang kepada Sam demi isteri dan anak-anaknya. Malam itu semuanya seperti sudah tamat dan Najwa amat berpuas hati dengan segalanya, begitu juga seluruh ahli keluarganya.

Keesukan harinya ibu-bapa dan Pak Alang Sam hendak pulang kekampung dan setelah bertemu dengan semua keluarga Najwa, mereka pun bertolak. Sepanjang perjalanan itu mereka asyik berbincang soal masaalah yang terjadi. Sebenarnya mereka sepakat amat tidak berpuas hati, tetapi memuji tindakan Sam yang dianggap sebagai penyelamat keeadaan keluarga Sam terutama anak-anak. Mereka juga cara untuk menyelesaikan semua masaalah dan juga menyelamatkan Sam dari penyakit yang sedang dihadapinya. Pak Alang Sam berkata bahawa Sam mempunyai kekuatan otak, tapi badannya sudah amat lemah, kalau otaknya lemah, mungkin sudah gila. Ayah Sam pula berkata bahawa Sam sekarang Ibarat Permata yang terikat diekur anjing.

Kesimpulan dari apa yang diperkatakan olih keluarga Najwa ialah mereka menyatakan semua yang terjadi adalah semua salah Sam serta mempunyai niat yang tak baik. Ayah Sam juga tidak hairan bila mereka mengaku kilang tersebut adalah hak Najwa bukan sahaja memandangkan nama pendaftaran tetapi merujuk kepada bengkel pertama yang Sam usahakan dirumah mereka dahulu. Serta kemungkinan Sam ini tidak sewarak mereka atau mengikut Parti yang mereka sokong sekarang .

Sebenarnya Sam telah menyediakan satu rancangan bagi perniagaan nya serta menceritakan segala perancangannya itu kepada semua keluarganya. Semua bersetuju dan menasihatkan agar Sam lebih memikirkan kesihatannya dari mengejar wang ringgit

No comments:

Post a Comment