KONFLIK DALAM KELAMBU.


SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"

CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.

RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.

SELAMAT MEMBACA.

TERIMA KASIH


ABC.
Ahmad Baharom Creation

Wednesday, 26 November 2014

BAB KELIMA. SAM KECUNDANG LAGI. 5.1] Sam bertolak dari rumah sewa Alias diCheras dan memulakan perjalanan pulang kekampung. Dia sendirian sekarang. Kerinduannya kepada anak-anaknya amat kuat tetapi di tidak pasti sama ada kepulangannya ini akan disambut dengan tawa riang atau pun kesedihan dan tangisan , dan mungkin juga sumpah seranah. Dia juga amat risau akan keadaan ibu-bapanya yang sedang amat marah kepadanya. Sam tidak menyalahkan sesiapa dalam keadaan ini kerana dia memang tidak bolih menceritakan semua perkara kerana kemungkinan pergaduhan keluarga akan berlaku. Sama ada keluarganya akan memarahi keluarga Razali atau keluarga Razali akan menyalahkan Sam. Semua itu mungkin berlaku kerana Sam sudah agak masak pemikiran cetek orang kampungnya. Keputusan yang terbaik ialah membiarkan Najwa, keluarganya dan masyarakat hanya memikirkan dia buat heboh sebab tergila-gilakan Ijah dan melarikan keluarga Alias sebab nak lari dari isteri dan kemarahan ibu bapanya. Kekadang Sam takut juga nak balik kekampungnya kerana kemungkinan masih merbahaya serta berbagai kemungkinan juga bolih berlaku. Terfikir juga dia hendak berpatah balik kerumah Alias dan tinggal bersama mereka tetapi memikirkan anak-anaknya Sam batalkan niatnya itu. Lagi pun sebagai lelaki yang baru berumur 23 tahun yang telah berkahwin, dia memerlukan isteri untuk mententeramkan tuntutan jiwanya. Ijah pun cantik juga dan sudah tentu akan menerimanya menjadi pasangan hidup, tetapi Sam terfikirkan keluarganya yang sedemikian serta keadaan Ijah yang tiada pelajaran tentu lebih susah hendak mengikut cara dan kehendak seorang lelaki seperti dia.Ah! menyusahkan kata hati Sam dan dia memutuskan untuk tidak lagi memikirkan Ijah dan keluarganya. Lagi pun Ijah tak ada kad pengenalan, entah berapa lama lagi dia nak menunggu sebelum mendapat isteri semula. Sam tersenyum sendirian. Sam tak pasti yang Najwa akan menerimanya semula, tetapi Sam tidak kisah itu semua kerana dia telah merasakan bahawa perasaannya terhadap Najwa telah hilang dan kosong. Kepercayaannya pada Najwa sebagai isteri tempat dia menumpang kasih dan berkongsi cabaran kehidupan telah hilang sama sekali. Yang ada adalah kasih sayang kepada dua muka comel permata hatinya yang tidak pernah memarahi serta membencinya. Itulah muka yang membuatkan dia terus berjuang dan berusaha. Kekuatan untuk pulang pun adalah kerana kerinduan kepada anak-anaknya. Najwa semakin jauh dari lubuk hatinya. Walau pun dia sentiasa cuba memenuhi keperluan kepada Najwa, tidak semestinya untuk Najwa lagi, tapi untuk kedua buah hatinya itu. Waktu itu Sam tidak memikirkan sangat hal perniagaan nya kerana dia amat yakin bolih berusaha dimana jua kerana dia mempunyai keyakinan yang amat kuat kepada kemahirannya dan kemampuannya sendiri.Dia tidak peduli dimana dia berada atau berapa harta dia bolih dapat, tapi jika semangatnya masih kuat, dia pasti masih bolih berusaha. Apa yang amat diperlukan adalah semangat hasil dari perasaan kasihsayang yang lahir dari kedua orang anaknya itu.Merekalah sumber kekuatan Sam dan dia tidak sanggup berjauhan atau kehilangan Najwa bukan lagi sebab Najwa itu isterinya, tetapi kerana anak-anaknya.

No comments:

Post a Comment