SAM LARI DAN BERNIAGA DIPERAK.
7.1] Setelah menghantar Ijan ke Paka untuk bekerja di Kilang Sutera Paka, Sam telah pergi keKuala Lumpur dan berunding dengan sepupunya Amir untuk menyertai perniagaan Amir yang bertindak sebagai Agen jualan bagi produk Kesihatan yang dikeluarkan olih seorang pengusaha Bumiputra yang amat popular masa itu. Amir telah bersetuju untuk memberi hak pengedaran dan Jualan kepada Sam iaitu seluruh Negeri Perak, Kedah dan Perlis kerana diNegeri itu masih belum ada Agen yang melakukannya lagi dan Sam bersetuju.Dengan bantuan Amir, Sam memulakan perniagaannya.
Sam telah memulakan perniagaannya dengan dibantu olih seorang jurujual lelaki yang bernama Man, mengikutnya bersama. Tugas Sam ialah membuat pameran dan jualan produk di pasar-pasar malam, tapak ekspo dan majlis keramaian rasmi. Pada permulaannya Sam hanya bergerak dari satu tempat ketempat yang lain dan tidur didalam Van yang diletakkan berdekatan dengan balai polis atau masjid sahaja.
Sam akan merantau keseluruh negeri Perak dan Kedah untuk meninjau serta mempelajari dan mengkaji pasaran, serta memahirkan perjalanan dan keadaan sesuatu tempat itu.Semasa membuat lawatan itu Sam dan Man terus membuat pameran dan jualan untuk mengetahui sambutan pelanggan disetiap tempat. Olih itu Sam membelanjakan banyak wang yang diperolehinya dari keuntungan awal perniagaannya. Sam melakukan kaji selidik ini selama hampir 2 bulan dan itu sebabnya dia meminta Ijan untuk terus bekerja di Paka kerana rancangannya masih belum selesai.
Pada awal bulan ketiga, Sam telah berjaya membuat satu rancangan jadual yang telah difikirkan sesuai serta berpatutan serta mula melantik Agen-agen jualannya untuk membuat Pameran dan Jualan dikawasan-kawasan yang telah ditetapkan olehnya. Semua jadual dan tempat yang Sam tentukan untuk semua pengedarnya telah ditentukan olih Sam dan tiada sesiapa yang bolih mengingkarinya dan sekira ingkar, hak sebagai pengedar akan ditarik balik.Sam telah mengagihkan semua kawasan kepada semua pengedar dengan adil dengan memberi beberapa tempat popular dan kurang popular secara sama rata yang mesti dijaga olih pengedar dengan membuat pameran dan jualan pada masa yang telah ditetapkan. Selain menjalankan pameran dan jualan, pengedar juga berhak untuk mengedar barangan kekedai-kedai dikawasan yang telah diperuntukan kepada mereka. Tiada pengedar yang dibenarkan berniaga atau mengacau kawasan pengedar lain, atau mereka akan dikenakan tindakan.
Disebabkan sistem teratur yang diusahakan olih Sam, maka semuanya berkalan lancar dan agen-agen telah mendapat kepercayaan pekedai untuk menjadi wakil jualan barangan mereka. Boleh dikatakan semua pengedarnya mula maju dan beroleh keuntungan yang lumayan. Buat peringkat awal semua agen-agen Sam hanya bergerak diseluruh negeri Perak sahaja. Sam berjanji kepada agen-agennya bahawa sekiranya sudah banyak kedai-kedai yang menjadi wakil jualan, mereka semua akan diberi kawasan baru dinegeri Kedah dan seterusnya negeri-negeri lain.Dengan ini pengedar akan sentiasa berkembang dan memlilki kawasan pengedaran sendiri dan wakil-wakil jualan yang lebih banyak.
Selepas Sam berjaya menyusun sistem Agennya, perkembangan perniagaan nya mula berjalan dan amat menguntungkan.Pendapatannya sudah mencecah antara RM 500.00 sehingga RM 1000.00 sehari serta stok jualannya mulai kena banyak.Olih itu dia menyewa dua buah bilik secara tetap disebuah pusat peranginan di Parit Perak untuk dia berehat dan tidur dan satu bilik lagi sebagai tempat menyimpan barangan dan juga bilik tetamu untuk sahabat atau egen-egen lain yang datang kesana dan bercadang berehat atau tidur disana. Dengan menyewa bilik seperti ini Sam lebih senang kerana setiap hari akan ada orang berkemas dan menukar cadar dan membersihkannya setiap hari. Untuk makan, Sam tidak perlu memasak atau bersusah payah. Selain bolih makan direstaurant yang disediakan, Sam juga bolih mengoder segala makananan untuk dihantar terus kebiliknya. Selain itu, Sam tidak kesunyian, kerana pekerja-pekerja Resort amat mesra dan selalu datang berbual dibiliknya atau mereka berbual direstaurant resort tersebut. Semuanya amat mudah dan tenang.
.jpg)
No comments:
Post a Comment