8.7] Malam itu Sam amat merasa marah, kecewa serta sedih yang amat sangat. Dia sudah seperti tidak tertanggung semua yang telah menimpa terhadap dirinya. Fikirannya menerpa kisah dan perangai isteri dan keluargan dan semua kegagalannya yang telah lalu termasuk yang sekarang yang sedang dialaminya. Tiada dapat dia menahan kemarahan dan kesedihan disaat itu. Tangan dan badannya mula menggeletar, kepala sakit dan fikirannya tak keruan.Malam itu dia tidak dapat tidur, tetapi setelah matahari terbit barulah dia boleh terlena.
Sam bangun jam 2 petang itu dan setelah mandi dan bersiap, dia terus keluar menuju kerumah Man, malangnya Man tidak ada dan kata isteringa dia akan balik minggu hadapan. Sam meminta jika ada cara untuk berhubung dengan Man atau didaerah mana dia pergi, tetapi isterinya tidak mengetahui semua itu dan tiada alamat atau nombor talipon yang ditinggalkan. Sam juga bertanya isterinya jika dia tahu dimana Vannya berada sekarang, dan juga isteri Man tidak tahu hal itu. Akhirnya Sam berpesan agar Man datang berjumpa dengannya sekiranya dia balik bila-bila masa.
Sam menalipon sepupunya Amir dan bertanya adakah Man telah datang berkumpa dia dan membeli stok dan Amir berkata Man ada datang dan membeli stok yang banyak tetapi berkata itu adalah diatas arahan Sam kerana katanya Sam tiada kenderaan kerana terlibat dalam kemalangan,kadi Amir memberi semua barangan yang dikehendaki serta membayar semua jumlah belian. Setelah mendengar semua yang dikatakan olih Amir maka Sam percaya semua ini telah dirancang olih Man untuk mensabotaj perniagaannya. Yang membuatkan Sam menjadi amat marah lagi ialah Man juga masih banyak berhutang dengannya.
Setelah hampir 2 bulan Sam berterusan mencari serta berpesan kepada isteri Man untuk berjumpa tetapi masih Man tiada mahu berjumpa Sam. Sam telah beberapa laki memarahi isteri Man dan juga sampai memaki beliau namun Man masih menghilangkan diri. Sam juga cuba mencarinya sampai keKedah tetapi gagal juga.
Satu hari, Sam telah pergi keStiawan dan mencari kereta tunda yang selalunya berada dikawasan itu dan akhirnya telah berjumpa dengan sebuah kereta tunda yang dipandu olih seorang berbangsa Cina. Sam bertanya kepadanya, adakah dia tahu kes sebuah Van Mazda Bongo yang terbabas lebih kurang 2 bulan lepas. Pemandu Trak itu berkata dialah yang menarik kereta itu kebengkelnya di Kemunting, tetapi kereta itu bermasaalah untuk diperbaiki kerana tiada repot Polis yang dibuat. Jadi ianya tidak dapat dibaiki sehingga kini.
Mendengarkan cerita itu, Sam amat terperanjat serta terus pergi kebengkel yang dimaksudkan dan Sam dapati Van itu amat teruk rosaknya dan sudah hampir berkarat.Sam telah berbincang dengan taukeh bengkel tersebut dan Sam pun terus pergi kerumah Man dan memberi amaran sekiranya Man tidak datang berkumpanya dalam masa seminggu, dia akan merepotkan hal ini kepada polis.
Setelah habis masa seminggu, tapi Man masih tidak datang berjumpanya dan Sam pun membuat repot keBalai Polis Parit dan menyatakan yang Man dan Adiknya ini telah membawa lari Vannya. Polis mengambil masa seminggu barulah berjaya menangkap Man dan Adiknya.
Man telah dibebaskan kerana dia bukan mencuri tetapi meminjam Van dan kunci telah diberikan secara sukarela olih Sam. Akhirnya Man membuat lapuran balas yang mana menceritakan semua kejadian dan mengaku tidak membuat repot Polis bersabit kemalangan itu. Semua itu telah dirangang olih Sam dan selepas Man disaman kerana gagal membuat report, Sam telah membeli semua salinan dokumen aduannya dan repot balas man serta bukti dia membayar Saman dan menyimpanya.
.jpg)
No comments:
Post a Comment