.jpg)
KONFLIK DALAM KELAMBU.
SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"
CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.
RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.
SELAMAT MEMBACA.
TERIMA KASIH
ABC.
Ahmad Baharom Creation
Wednesday, 26 November 2014
5.10] Malam itu Sam duduk di Branda rumah ayahnya seorang diri sambil memikirkan hal Najwa yang akan balik keTrengganu dan membawa anak-anaknya sekali. Dia juga amat kesal dengan sikap Najwa yang telah menjual segala peralatan rumah dan alatan pejabatnya, dengan tanpa berunding atau meminta kebenaran darinya. Sam berasa amat miskin dan hina sekarang, wangnya amat sedikit, tiada harta rumah tangga dan dia rasakan keretanya juga bakal hilang.Tapi hal kereta itu dia masih belum berapa pasti sehingga dia pergi membuat repot pada keesukan hari dan berharap pihak Polis dapat bertindak dan dia mungkin Berjaya mendapatkan keretanya semula.
Perkara yang paling besar yang menjadi kerunsingan ialah Najwa dan anak-anaknya. Sam tidak takut hendak mencari apa jua kerja untuk menyara mereka dan berancang untuk berhijrah keKuala Lumpur untuk memulakan kehidupan baru. Dia masih yakin yang dia masih mampu menyara makan minum keluarga dengan melakukan kerja untuk tujuan itu. Tapi nampaknya rancangan itu agak mustahil kerana sekarang semua peralatan rumahnya telah tiada dan bermakna untuk memulakan hidup baru ditempat lain amat sukar kerana dia kasihan melihat Najwa dan anak-anak yang terpaksa hidup dalam keadaan yang amat daif serta dia merasa mungkin agak lambat untuk dia mendapatkan semula semuanya itu kembali untuk keselesaan mereka.
Sam juga membayangkan kemungkinan yang dia terpaksa mengikut rancangan Najwa untuk pulang ke Trengganu. Dia tidak sanggup berdepan dengan seluruh keluarga Najwa serta masyarakat yang melihat dia sekarang seperti orang yang papa kedana.
Walau pun Najwa telah berkata bahawa semua keluarga mereka telah berubah dan tidak akan melakukan seperti apa yang telah berlaku, tetapi Sam masih belum mempercayai semua itu. Dia hairan sangat kenapa Najwa masih tidak langsung memikirkan apa yang dia rasakan atau bakal lalui akibat tindakannya ingin pulang ke Trengganu. Malam itu merasakan tangannya menggeletar semula dan fikirannya mula kacau dan badan serta kepadanya merasa sakit. Dadanya terasa amat pilu dan segala sendi tubuhnya seperti dicucuk jarum.
Keesukan harinya Sam telah pergi keBalai Polis untuk membuat repot hal kereta yang tidak mahu dipulangkan olih Lanis itu. Semasa dia berada di kaunter aduan di Balai Polis itu, OCPD Omar lalu dan bila terperasan Sam berada disitu, dia menyapa dan bertanyakan kenapa Sam berada disana. Sam menyatakan niatnya tetapi OCPD Omar meminta dia mengikuti keofisnya untuk berbincang dahulu. Sam pun mengikuti beliau.
Selepas Sam menceritakan kejadian berkenaan keretanya, Ocpd Omar berkata kes seperti ini telah ada dua tiga aduan berkenaan Razak dan Lanis tapi semua kenderaan yang dilapurkan sampai sekarang masih belum dijumpai olih pemiliknya. Pihak polis juga telah cuba memantau tetapi pihak polis tidak dapat bertindak kerana kes seperti ini di ketogorikan sebagai Kes Sivil dan tidak bolih di dakwa sebagai kes jenayah. Ini adalah kerana apabila tuan kenderaan telah menyerahkan kunci kenderaannya kepada sesiapa sahaja, bermakna dia telah rela untuk memberi orang itu menggunakannya dan tidak bolih didakwa sebagai kesalahan jenayah sekiranya apa-apa berlaku. Ianya adalah kes Sivil, dimana tuan punya kereta masih bolih mendakwa sipelaku, tetapi hanya dengan menyamannya dan terpaksa melantik peguam sendiri. Sam terkedu mendengar keterangan tersebut. OCPD Omar walau bagaimana pun meminta Sam membuat lapuran Polis juga untuk perhatiannya dan mungkin juga bolih digunakan olih Sam jika ingin membuat saman kepada Razak dan Lanis dikemudian hari.
.jpg)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment