.jpg)
KONFLIK DALAM KELAMBU.
SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"
CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.
RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.
SELAMAT MEMBACA.
TERIMA KASIH
ABC.
Ahmad Baharom Creation
Wednesday, 26 November 2014
4.4] Malam itu Sam menceritakan semua apa yang dilihatnya berkenaan keluarga Ijah kepada Najwa dan menyatakan bahawa dia akan membantu mereka dan Najwa juga bersetuju dengan rancangan Sam itu. Sam juga membayangkan kesusahan yang mereka alami adalah terlalu parah dan juga hairan kenapa mereka terpaksa menempuh jalan kehidupan sedemikian daif dizaman ini kerana amat mustahil bolih belaku sedemikian. Sam berfikiran mungkin juga suatu hari nanti dia akan mendapat jawapannya.
Pagi itu, selepas Sam member arahan dibengkel serta pekerja elektroniknya, dia pun terus pergi kerumah Ijah. Ayah Ijah {Alias} dan isteri dan anaknya yang lain telah siap sedia menunggu. Ijah tiada kerana telah pergi bekerja dan Sam juga telah Nampak dia sedang membersihkan bilik pameran tadi.Bila Sam bertanya adakah mereka sudah sarapan pagi, mereka berkata semua sudah dan muka mereka Nampak ceria sedikit pagi ini tetapi masih Nampak pucat. Apa yang Sam perhatikan keadaan anak-anak Alias semalam, mereka ini kurang makan kerana badan mereka jurus tetapi perut mereka semua buncit. Sam mengagak bahawa semua kena jangkitan cacing.
Sam membawa mereka semua keklinik dibandar yang berdekatan dan meminta doctor memeriksa dan memberikan ubat terbaik kepada mereka. Sesuatu yang amat pelik telah berlaku, iaitu bila Sam meminta surat beranak untuk pendaftaran, mereka semua tidak mempunyainya. Alias dan Isterinya ada mempunyai kad pengenalan tetapi semua anaknya tiada sijil kelahiran dan mereka juga berkata Ijah juga bergitu. Itu sebab dia tidak mempunyai kad pengenalan. Adik ijah yang kedua dan berumur 14 tahun juga begitu. Semua yang berada disana tercengang kehairanan tetapi Sam menyuruh juga doctor terus membuat pemeriksaan dan rawatan kepada mereka dan berkata dia akan cuba uruskan perkara hal itu kemudian.
Sam amat terperanjat serta hairan dengan keadaan keluarga Alias itu tetapi yang penting sekarang ialah kesihatan dan makanan mereka mesti cukup dulu dan masaalah sijil kelahiran itu mungkin kemudian akan cuba diuruskan, begitu juga persekolahan mereka.Untuk menolong semua mungkin mustahil tetapi cukuplah yang terdaya.Alias sudah diketahui menghidap penyakit gout lutut yang agak teruk.Sementara menunggu semua mereka dirawat, Sam telah pergi kebandar untuk membeli peralatan dapur dan pinggan mangkuk kerana dia dapati semua yang mereka ada sudah terlampau lusuh. Selain itu tikar dan selimut juga telah Sam belikan kerana mereka tak punya langsung.
Selepas semuanya telah selesai, Sam membawa mereka makan
disebuah kedai makan dibandar itu sebelum pulang kerumah. Dalam van menasihatkan Alias supaya terus makan ubat supaya cepat sembuh dan bolih bekerja semula untuk menyara keluarga. Isterinya yang kurus kering tu juga telah dibekalkan ubat yang secukupnya olih doctor kerana dia masih menyusukan anak kecil.
Selepas menghantar mereka semua kerumah. Sam pun beredar.
Sam terfikir juga terfikirkan kembali pasangan Alias yang mempunyai anak begitu ramai walaupun keadaan amat susah malah tiada langsung sijil kelahiran. Macamanalah pemikiran mereka semua dan Sam juga ada perasaan marah pada mereka, pandai buat anak, tapi tak tahu jaga. Sam juga berfikir, macamanalah kesudahan Ijah yang telah dewasa serta tiada pengenalan diri serta tidak mempunyai pelajaran langsung. Sam tidak memeriksa kad pengenalan Ijah tempuhari kerana dia tidak diambil sebagai pekerja syarikat, melainkan sebagai pembantu rumah tangga sahaja.
Ki
.jpg)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment