Bila sampai waktunya Sam hendak meninggalkan Paka, Sam hanya berkata bahawa dia ingin bekerja diluar untuk mencari rezeki tambahan. Najwa telah diberikan kuasa penuh kepada apa yang telah diusahakan selama ini. Kilang sudah ada, pekerja mahir sudah ada, Stok Jualan sudah penuh satu bilek pameran, maka pandai-pandailah Najwa untuk berniaga dan cuba berusaha sendiri.Pelbagai cara untuk meneruskan perniagaan ini.Sam berharap Najwa dan keluarga akan bersama-sama pula mengusahakan kilang tersebut.;
Sebenarnya Ijan yang dihantar olih Sam bekerja disana adalah sebagai mata-mata Sam yang mana Sam selalu menalipon Ijan untuk mengetahui semua rancangan serta pergerakan Najwa. Ijan sendiri tidak tahu bahawa Sam telah tekad meninggalkan semua itu dan berhijrah ketempat lain. Ijan sangka Sam hanya akan meninggalkan Najwa dan anak-anak semantara waktu sehingga dia berjaya dengan perniagaannya yang baru. Ijan tidak mengesyaki atau mengetahui hal sebenar, melainkan hanya mengikut arahan Sam.
Selepas itu Sam hanya menalipon Ijan sahaja dan Najwa tidak pernah langsung dia menalipon. Dari Ijanlah Sam mengetahui perkembangan di Paka dan juga semua kerja dan rancangan Najwa. Sam sentiasa meminta Ijan merahsiakan bahawa dia selalu menalipon dan bertanya hal anak-anak serta perniagaan di Paka.
Sam sebenarnya telah mengambil hak untuk mengedarkan sejenis barangan untuk negeri Perak dan Kedah dari sebuah Syarikat yang mengeluarkan satu produk baru. Dia telah mula berjaya mendapat keuntungan yang amat baik disana tetapi dia tidak mahu lagi membantu atau melaburkan wangnya kekilang batiknya DiPaka kerana dia inginkan Najwa dan keluarganya menunjukkan kepandaian mereka dengan apa yang telah Sam sediakan dan tinggalkan untuk mereka. Bagi Sam, semua yang telah ditinggalkannya sudah akan membuatkan semua usaha untuk berniaga menjadi amat mudah. Sam juga telah membuktikan kepada mereka bahawa Sam tidak mengambil wang perniagaan di Paka untuk kepentingan diri sendiri kerana sudah kelas dia tidak mengambil atau menggunakan wang Kilang Sutera Paka. Semuanya ditinggalkan untuk Najwa dan anal-anaknya. Apa yang penting, Najwa dan Keluarganya bolih berjaya dengan segala yang telah ditinggalkannya serta boleh berbahagia dengan ketiadaannya.
No comments:
Post a Comment