KONFLIK DALAM KELAMBU.
SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"
CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.
RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.
SELAMAT MEMBACA.
TERIMA KASIH
ABC.
Ahmad Baharom Creation
Wednesday, 26 November 2014
4.10] Setelah mendapat mendapat persetujuan dan keyakinan Alias dengan segala janji yang Sam katakan kepada mereka sekeluarga, Sam pun beredar dan terus menuju kearah Bandar yang berdekatan. Didalam perjalanan, fikiran Sam ligat berputar memikirkan segala kemungkinan serta bahaya yang mungkin dia hadapi dan juga kesan kepada perniagaannya. Semua perkara yang amat menakutkan terbayang dalam benak fikirannya. Terlalu rumit dan berliku untuk diselesaikan. Akhirnya pasrah serta mengambil keputusan yang telah difikirkannya. Dia sendiri tidak yakin samaada apa yang dilakukannya betul atau salah dan mungkin memburukkan lagi keadaan. Dia juga mengambil keputusan untuk tidak menceritakan semua ini kepada seluruh keluarga atau sahabat kerana takut akan menjadi pergaduhan diantara keluarga kerana Razali adalah keluarga Sam juga.
Sam terus menuju keBalai Polis dibandar itu dan bertemu dengan pegawai yang bertugas. Olih sebab Sam menyatakan kepada pegawai polis itu bahawa dia ada maklumat penting dan hendak berunding sekiranya pihak polis ingin mengetahui, dia pun dibawa kepada seorang Inspektor yang bernama Azizi.
Sam hanya berkata bahawa dia telah mengetahui pelaku yang telah membakar 3 buah bas baru-baru ini tetapi tidak langsung menyebut nama sesiapa pun. Dia berkata dia sanggup membawa pelaku untuk membuat pengakuan, tetapi bersyarat. Pihak polis hendaklah mengambil keterangan pelaku sebagai saksi kes sahaja. Sipelaku tidak akan direman atau ditahan dilokap untuk member keterangan dan Sam member jaminan akan sentiasa membawa saksi itu setiap kali diperlukan untuk mengambil keterangan atau menghadiri kawad cam. Sam juga menceritakan keadaan keluarga pelaku yang diupah serta kesusahan yang mereka alami. Akhirnya Inspektor Azizi bersetuju dan berharap Sam datang esuk pagi untuk berjumpa dengan OCPD iaitu Tuan Omar kerana dia akan menentukan persetujuan syarat yang dipinta.
Malam itu, Sam terus pergi kerumah Alias dan member tahu Alias supaya menunggunya datang mengambil dia esuk pagi. Alias bersetuju dan Sam juga berpesan kepada Alias bahawa Ijah tidak payah lagi pergi bekerja. Alias berkata akan member tahunya kerana Ijah telah tertidur.
Malam itu Sam tidak pulang kerumah, tetapi pergi kesatu tempat yang agak jauh dan sunyi untuk berfikir dan mengelakkan dia meletakkan vannya didepan rumahnya kerana takut perkara yang buruk berlaku mengikut apa yang dikatakan olih orang suruhan Razali. Malam itu fikran Sam ligat memikirkan segala masaalah serta tindakan yang patut diambilnya. Dia juga telah memikirkan semua kemungkinan yang baka terjadi kepada perniagaannya.Malam itu Sam tidak langsung dapat melelapkan mata dan bila cahaya fajar mula menyinsing, dia menhidupkan vannya dan menuju untuk pulang kerumahnya. Dia tidak berasa takut untuk pulang kerumah waktu siang kerana mungkin apa yang dirancang olih Razali sukar dilaksanakan kerana waktu siang ramai orang dan pekerjanya.
Semasa Sam sampai dirumah dan juga pejabatnya, semua pekerja telah mula dan Sam mula melihat mereka dan didapati kebanyakkan mereka adalah saudaranya dan juga saudara terdekat Razali juga. Sam terus pergi kebelakang ofisnya dimana ruang rumah dan dapurnya disana untuk bertemu Najwa dan dilihatnya kedua anak-anaknya sedang makan. Najwa bertanya Sam kemana dia pergi dan kenapa tidak balik malam tadi, dan Sam menyatakan bahawa malam tadi dia pergi kerumah Alias dan ada hal telah berlaku. Sam juga memberitahu bahawa Ijah sudah tidak bekerja lagi dirumah ini.
Kiriman
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment