KONFLIK DALAM KELAMBU.


SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"

CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.

RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.

SELAMAT MEMBACA.

TERIMA KASIH


ABC.
Ahmad Baharom Creation

Friday, 28 November 2014

7.10] Sam menyedari kewangannya sudah mula berkurang dan berfikir untuk mula berniaga semula selain hanya berharap keuntungan dari jualan oleh agen-agennya selama itu. Dia bukan tidak mahu membawa Najwa berniaga disebabkan terpaksa sibuk untuk mengawal anak-anak tetapi kerana dia hendak mengelakkan dia selalu bertelagah dengan Najwa semasa bekerja dan ini selalu menggangu serta menghilangkan fokusnya semasa berniaga. Selain menjual barangan Sam terpaksa memberi penerangan atur cara serta pedoman penggunaan barangan perniagaannya. Dia tidak bolih bercakap atau berbincang sekiranya dia dalam keadaan sedih atau bercelaru, dan ini mengganggu kerjanya.

Suatu hari Sam meminta salah seorang agen jualannya Man, memcarikan seorang perempuan muda untuk dilatih sebagai pembantu untuk mengendalikan pameran dan jualannya. Sam berkata dia hendak seorang wanita kerana pekerja itu mesti tinggal bersamanya dirumah dan bolih menolong Najwa dirumah dan juga menjadi teman Najwa semasa dia pergi ke Kuala Lumpur untuk urusan perniagaan. Apa yang penting ialah wanita itu senang mengikutinya berniaga dan akan pulang agak lewat malam serta tidak payah balik kerumah melainkan terus balik bersama Sam kerumahnya. Sam menawarkan gaji sebanyak RM 1200.00 sebulan dengan segala makan minum ditanggung sepenuhnya.

Keesukannya Man menalipon dan memberi tahu dia telah berjumpa dengan pekerja yang seperti Sam mahukan serta sangup dengan segala syarat-syarat yang Sam telah tetapkan. Wanita itu baru lepas SPM dan tinggal di Pantai Remis dan Arfah namanya. Setelah mendengar berita itu, Sam telah meminta Man menghantar pekerja tersebut kerumahnya dan dia bolih bekerja bila-bila masa.Pada petang itu Man pun menghantar Arfah kerumah Sam dan dia telah diberikan satu bilik khas untuk menetap dirumah itu.

Sam akan membawa Arfah membantunya berniaga disamping mengajarnya cara menjalankan perniagaannya serta pengetahuan tentang setiap barangan dagangannya.Sam tahu bahawa untuk memahirkan Arfah untuk memahami serta boleh melakukan segala kerja bukan mudah dan mengambil masa yang singkat.Olih itu,selain mengajarnya semasa bekerja, Sam juga selalu memberi tunjuk ajar semasa dirumahnya dan selalu menghabiskan masa dengan banyak bercakap bersama Arfah. Apa yang Sam harapkan ialah Arfah juga akan mahir dalam kerja membekalkan barangan serta menguruskan Agen-agennya.

Arfah dalam masa yang sama juga akan sentiasa menolong Najwa memasak dan berkemas rumah tangga sekiranya berada dirumah.Memang dia seorang wanita yang amat rajin serta pandai mengambil hati. Sam amat berpuashati serta terus berusaha melatih Arfah untuk lebih cepat pandai dalam memahami dan mengendalikan perniagaannya. Selain itu Sam bersimpati dengan Arfah setelah mengetahui bahawa dia adalah seorang anak Yatim yang mana ayahnya telah meninggal semasa dia masih kecil lagi. Selain membantu kerja rumah tangga, Arfah juga amat mesra dengan anak-anak Sam dan selalu melayan mereka.

Dalam masa itu Sam perasan yang Najwa tidak berapa genbira sejak Arfah berada dirumahnya dan melalui riang mukanya jelas terbayang rasa tak puas hatinya. Selaku suami yang telah amat lama dan tahu cara pemikiran dan perangai Najwa, dia sudah dapat meneka sebab Najwa berkelakuan begitu. Sam sudah tidakj peduli serta membiarkan sahaja semua itu dan terus dengan segala kerja dan apa yang sepatutnya dilakukan demi memajukan perniagaannya. Apa yang jelas sekarang, hasil jualannya bertambah dengan adanya Arfah menjadi jurujual dan sekarang bertambah ramai pelanggan wanita yang sering bertanya dan meminta pendapat daripada Arfah berbading dirinya.

Dalam masa itu Sam masih lagi berkunjung keKelab Malam bersama sahabatnya tetapi hanya seminggu sekali, itupun semasa Mala bolih bercuti sahaja.Sahabat yang lain pun amat suka begitu kerana mereka boleh bekerja seperti biasa kerana mereka bolih bercuti sekiranya terlalu penat selepas mereka berhibur malam itu. Pada malam dan hari lain, Sam sudah mula rajin berniaga bersama Arfah. Walau pun begitu Sam tetap cuba melayan dan menghiburkan Najwa dan anak-anaknya dan sentiasa membawa mereka melancung dan berehat sekiranya ada masa terluang.

No comments:

Post a Comment