KONFLIK DALAM KELAMBU.


SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"

CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.

RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.

SELAMAT MEMBACA.

TERIMA KASIH


ABC.
Ahmad Baharom Creation

Sunday, 30 November 2014

8.9] Sam terus menangis sambil menekup mukanya kemeja makan dan anak-anak Sam yang sedari tadi memerhatikannya datang serta memeluk Sam seperti bersimpati.Arfah yang berada disisi Sam terus mengurut belakang tengkuk Sam serta meminta Sam bersabar dan bertenang.Najwa yang baru keluar dari dalam bilik amat marah serta menarik anak-anaknya serta meminta mereka menjauhi Sam dan Arfah serta berkata semua ini maksiat dan dosa dan tak patut dilihat olih anak-anak. Sam yang merasa sakit hati dengan perkataan Najwa itu hanya berdiam diri. Akhirnya Sam yang telah merasa sedikit mabuk itu akhirnya tertidur.Bila Sam tersedar, hari sudah pagi dan semua masih belum bangun.

Hari itu Sam telah berjumpa dengan Ali, Lan dan Isa dan meminta tolong mereka untuk mengikutnya untuk mencari Man. Mereka telah pergi kerumah Man dan anaknya berkata Man dan isterinya telah pergi berniaga dan memberitahu tempatnya sekali.Apabila Sam bertemu dengan Man masa itu, dia pun bertanya kepada Man bagaimana caranya Man untuk menyelesaikan perkara ini dan meminta Man bertanggung jawab membaiki Vannya secepat mungkin serta membayar wang yang telah digunakan untuk membayar kereta sewa yang digunakan.Menurut Sam semua itu adalah janji Man selepas dia datang menyatakan sanggup berbuat demikian sebaik memberi tahu kejadian kemalangan itu.

Man yang nampak agak sugul masa itu berkata bahawa dia tidak ada duit dan menyatakan semua itu sudah nasib dan dia tidak mahu bertanggung jawab serta seakan mahu bergaduh pula. Sam yang amat marah, memberi amaran kepada kepada Man bahawa sekarang dia takut kerugian lebih kurang RM 10,000.00 tetapi jika tidak mahu, mungkin akan kerugian hampir RM 40,000.00 sekiranya Sam membawa kes ini kemahkamah.

Sam hanya meyatakan bahawa Van itu masih milik Syarikat Kewangan dan segala bukti dan kesilapan Man yang tidak membuat repot selepas 24 jam selepas kemalangan itu menyebabkan pihak Insuran tidak bolih dipertanggung-jawapkan untuk menanggung kos baik pulih atau kerosakan. Ini bermakna Man yang telah membuat pangakuan dibalai Polis mengaku bertanggung jawap serta tidak membuat repot, kena bertanggung jawab dengan pihak syarikat kewangan dan kerugian dirinya. Sam juga berkata, mungkin Van itu akan diistiharkan Total Lost. Man terdiam dan sebelum Sam pergi, dia telah memberi masa seminggu dan dia harap Man berjumpanya dalam masa itu.

Sam balik kerumahnya dan apabila masuk sahaja kerumahnya dia mula berasa tidak selesa dan perasaan marahnya bertambah kuat.Dilihatnya Najwa sedang duduk mengupas bawang dimeja makan dan tidak berkata apa-apa apabila dia pulang tadi.Sam duduk diruang tamu sambil memanggil Arfah yang berada didalam bilik untuk membuatkan air teh untuknya. Arfah pun keluar dan terus pergi kedapur dan tidak lama dia datang dengan membawa secawan teh. Selepas memberi teh itu kepada Sam Arfah telah duduk di sofa yang berhadapan dengan Sam dan berkata bahawa dia hendak berhenti kerja.

Sam terperanjat mendengar kata-kata Arfah dan tidak memberinya untuk berhenti kerja.Najwa yang mendiamkan diri dari tadi bersuara menyokong cadangan Arfah itu tetapi Sam tetap membantah dan menyatakan Arfah tidak bolih berhenti dan berharap perintahnya itu jangan lagi dibantah.Arfah diam sambil menundukkan muka. Sam merasakan sesuatu telah berlaku semasa ketiadaannya. Arfah lantas bangun dan terus masuk kedalam biliknya.

Sepanjang masa diruang tamu itu, Sam memikirkan semua masaalah dan kemungkinan yang bakal berlaku sekiranya dia gagal menyelesaikannya. Dia juga muka terasa tangannya menggigil lagi dan amat keliru masa itu.Kerana tak tahan dengan apa yang dirasainya, Sam terus melontarkan gelas teh kelantai dan gelas itu pecah berderai. Nakja masih memngupas bawang sambil menolih dan memerhatikan sahaja perangai Sam itu. Arfah terus keluar dan pergi mengambil penyapu dan bakul sampah untuk membersihkan pecahan kaca tersebut dengan tanpa berkata apa-apa.

Sam bingkas bangun dan menghidupkan kereta lalu pergi kekedai Apek Cina dan membeli sebotol minuman keras dan membawa pulang kerumah. Sebaik sahaja sampai dirumah, Sam telah duduk diatas kerusi meja carom dan mula meminum minuman keras itu dan diperhatikan olih Najwa dan Arfah. Seperti semalam, Sam menangis serta meratapi nasibnya serta berkata bahawa semua yang telah berlaku adalah tidak adil bagi dirinya.
Arfah yang melihat semua itu pun turut menangis dan terus masuk kedalam bilik.

Sam terus minum dan sudah hampir mabuk.Arfah keluar dari bilik dan memujuk Sam agar berhenti minum-minuman itu dan berkata bahawa semua yang dikatakan olih Najwa semalam adalah benar, semua ini berdosa besar dan menjadi contoh yang tidak baik kepada anak-anaknya. Sam berkata yang dia pun tak hendak minum tetapi menyatakan bahawa mereka semua tidak tahu apa yang sedang dia alami sekarang serta dia sudah tidak tahan lagi menanggung semua ini. Arfah berkata dia faham dan meminta Sam bersabar dan dia akan membantu sedaya yang bolih.

Sam tertidur diatas meja tersebut dan Arfah mengambil botol minuman tersebut dan membuangnya kedalam tong samapah. Dia juga menangis dan Najwa bersama anak-anaknya berada didapur, memasak.



No comments:

Post a Comment