Sam yang merasa menyesal telah masuk kedalam bilik Najwa dan cuba meminta maaf, tetapi Najwa memarahinya dan menyuruh Sam keluar serta tidak memberi Sam menyentuhnya, kerana kata Najwa dia bukan lagi isteri Sam kerana dia telah diceraikan. Sam cuba menerangkan yang dia berkata begitu kerana takut perbuatan Najwa itu akan dilihat olih orang sekeliling dan itu akan memalukan keluarga mereka. Najwa yang tengah amat marah tetap masih tidak mahu mendengar penjelasan Sam. Akibat kerana sudah putus asa dan ada juga perasaan marah dengan sikap Najwa itu, Sam menyuruh Najwa bersiap esuk pagi kerana Sam akan membawa Najwa kepekabat Khadi bagi pengesahan perceraian mereka.Najwa masih terus mendiamkan diri.
Sam masih termenung memikirkan semua masaalah,baginya tidaklah masaalah baginya kerana dia merasakan ada baiknya dia dan Najwa berpisah kerana terlampau lama mereka amat tidak sefahaman dan Sam memang sudah amat meluat dengan cara pemikiran Najwa dan kaum keluarganya. Sam selama ini pun bertahan bukan kerana Najwa tetapi kerana anak-anak dan keluarganya sendiri yang mungkin akan memarahinya kerana menceraikan Najwa. Tentu mereka akan memarahi Sam kerana mereka tidak tahu kisah yang sebenar.Satu lagi perkara yang sentiasa menjadi ketakutan kepada Sam ialah sekiranya dia bersalah dan berlaku zalim kepada Najwa sekiranya dia bertindak menceraikannya. Itulah sebab yang membuat Sam bertahan sehingga kini.
Sedang Sam menglamun, Arfah keluar dari bilik untuk kebilik air dan sebaik sahaja Arfah melintasinya, dia menyuruh Arfah duduk sebentar dengannya selepas keluar dari bilik air nanti dan Arfah bersetuju.Selepas keluar dari bilik air, Arfah duduk diatas sofa yang bertentangan dengan Sam. Mata Arfah benkak kerana menangis. Sam meminta maaf dengan segala apa yang telah terjadi dan Sam berkata ini semua bukan salah Arfah. Dia cuma bekerja sahaja.
Sam merayu agar Arfah tidak bertindak berhenti bekerja kerana itu semua akan menyusahkan Sam dan sahabat-sahabat lain yang bergantung mencari rezeki bersama. Arfa yang berdiam diri dari mula tadi menganggukkan kepala tanda faham sambil mengesat hidungnya yang berair. Sam meminta Arfah berjanji sekali lagi supaya jangan berhenti kerja kerana dia bukan hanya seorang pekerja tetapi seorang sahabat yang sudi bercakap dan menemankannya. Akhirnya Arfah bersuara dan berjanji yang dia akan terus bekerja dan tidak meninggalkan Sam. Selain itu Arfah meminta Sam berusaha untuk menyelesaikan masaalah Sam dengan Najwa dan kalau bolih jangan berpisah berpisah.
Bagi pandangan Sam Najwa adalah seorang yang keras hati serta tidak mampu berfikir secara jauh dan tidak pandai membuat penilaian. Itulah sebabnya Sam masih tidak putus asa untuk terus menunggu sehingga dia mampu berfikir dengan baik. Bagi Sam, ini adalah menjadi tanggung jawabnya untuk bersabar dan menunggu perubahan. Mana tahu Najwa menjadi lebih cerdik serta menyedari semua silap dan salah bila bertambah umurnya dan menjadi lebih baik dari wanita-wanita lain.

No comments:
Post a Comment