Perjalanan perniagaan berjalan dengan baik serta semua pekerja berjalan baik. Mutu pengeluaran mula meningkat serta dapat mula bergerak baik. Sam tidak lagi menguruskan perniagaan selain banyak berehat dan menyelam bersama anak-anak dan isteri. Disamping itu dia hanya memberi khidmat nasihat dan membekalkan rekacorak dan fesyen terbaharu. Beberapa pelanggan yang sentiasa berlanggan dengan Sam sebelum ini datang kepada Sam serta memberitahu beberapa perkara tentang Hj Majid ini tetapi Sam buat ianya sekadar gossip yang hendak menjatuhkan perniagaan serta memecahkan perkongsian antara dia dan Hj majid. Walau bagaimanapun Sam masih memikirkan segala apa yang mereka katakan dan cuba memerhatikan semua perkara, takut ia adalah benar.
Satu hari Sam telah pergi kepejabat kilang dan bertemu dengan Hj Majid dan Anaknya disana dan bertanya pergerakan dan dasar syarikat. Ada beberapa perkara yang Sam tidak setuju dan meminta Hj Majid memikirkan semula dan kalau bolih memperbaikinya, kerana pada pendapat Sam ianya akan mendatangkan keburukan dari kebaikan. Perkara utama yang dia tak setuju ialah cara pemasaran yang memberikan ruang kepada pengusaha lain untuk membuat perusahaan. Tidak mustahil ada pengusaha yang akan mengambil pekerja mahir dari syarikatnya untuk membuat perusahaan yang sama seperti Najwa Batik dan memenuhi pasaran apabila pelanggan yang biasa membeli kain-kain Najwa tidak mendapat bekalan.Kerana sudah terdengar ura-ura sedemikian.
Sam merasakan sesuatu yang amat tidak kena serta mula mencurigai ada sesuatu yang sedang berjalan itu sebab dia membangkang perancangan Hj Majid. Hj Majid tidak berpuas hati serta tidak bersetuju.Sam keras membantah sehingga Hj Majid hilang pertimbangan dan mengherdik Sam serta mengeluarkan kata kesat yang tak sepatutnya dikatakan olih seorang yang berstatus Haji. Sam dimasa itu amat terkesan dan berkata bahawa perniagaan ini tidak bolih dijalankan dan memutuskan semua perjanjian untuk berniaga bersama dibatalkan.
Sam Nampak semua pihak hendak menyingkirkan serta mengambil alih syarikatnya akibat kejatuhan moralnya. Semua tekanan dan tindak-tanduk Hj Majid akan membuatkan di terhina dan kemungkinan kehilangan segalanya.Itulah sebab dia membubarkan perniagaan itu.
Akibat pembubaran itu, semua pekerja diberhentikan dan kilang Sam di tutup. Sam sudah hilang semangat dan tidak mahu meneruskan perniagaan itu lagi. Dia bukan tak bolih untuk membangunkan usahaniaga itu semula, walaupun dia terpaksa memulakan seperti dari asal, iaitu dia bekerja sendiri dan bangun dari kecil dan mengambil pekerja yang sedikit, tapi memandangkan masaalah keluarga Najwa serta kurang keyakinan kepada Najwa, Sam telah betekad untuk berhenti berniaga. Amat perit apa yang telah dialaminya.
No comments:
Post a Comment