Walaupun perniagaan gerai Sam berjalan dengan agak baik dan maju, tetapi didalam hatinya masih bersedih kerana dia tahu bahawa ini semuanya bukanlah kehendak dan impiannya. Selain pendapatan yang tak seberapa tetapi selain itu dia sentiasa merasa tertekan kerana takut sahabat-sahabat berniaga serta orang yang mengenalinya tahu akan keadaannya sekarang yang terpaksa berniaga gerai air batu campur digerai ditepi jalan. Sam sudah malas hendak bercerita semua perasaannya kepada Najwa kerana dia sudah amat maklum akan perangai dan pemahamannya terhadap Sam. Seperti mencurah air didaun keladi.
Untuk memulakan perniagaan itu Sam telah terlebih dahulu meminta bantuan sahabatnya yang memilik sebuah kedai runcit dihadapan gerainya itu. Semua barang keperluan untuk berniaga, diambil secara hutang dan Sam akan mebayarnya setiap pagi keesukan harinya selepas mendapat hasil jualan dihari sebelumnya. Begitulah cara dia berniaga setiap hari. Merasakan pendapatan perniagaan kurang baik kerana terlalu banyak saingan dari perniaga sekeliling, Sam bercadang untuk berbuat sesuatu bagi melariskan lagi jualannya.Walau pun lokasi perniagaannya itu terletak ditepi jalanraya utama diantara Kuala Trengganu dan Kuala lumpur serta terlalu banyak kenderaan yang lalulalang tetapi mereka tidak berminat untuk berhenti untuk makan atau minum digerai Sam yang amat kecil itu.Kebanyakkan pelanggannya selama ini adalah dari kalangan sahabat dan orang kampung sahaja. Bila ramai diantara mereka memuji dan berkata masakan Sam amat sedap, maka keyakinan Sam untuk mengembangkan perniagaannya bertambah.
Sam telah meminjam motorsikal Joe setiap pagi dan pergi keStesyen Jenakuasa yang baru dalam pembinaan itu untuk mengutip papan dan kayu dari bekas kotak mesin yang dibuang ditempat pembuangan sampah.Dia akan mengcungkil dan membuang paku pada setiap kepingan kayu dan papan dan menyusunnya kemas-kemas untuk dibawa pulang setelah dirasai sudah cukup untuk dimuatkan kedalan lori kecil.Tiap-tiap hari dia membuat kerja itu disebelah pagi dan disebelah petang dia menjalankan perniagaan gerainya. Seminggu sekali, barulah dia akan membawa semua kayu-kayu yang dikumpulnya itu pulang kerumah dengan lori kecil yang disewanya. Tetapi dia juga bernasib malang kerana ada dua tiga kali, kayu dan papan yang dikumpulnya itu diambil olih orang lain yang juga berminat untuk mencari kayu-kayu dari kotak mesin itu. Maka terpaksalah Sam mengumpulkan semula dengan meletakkan kayu-kayunya jauh sedikit dari tempat buangan sampah itu. Setelah cukup kayu-kayu yang dikumpulkan nya, Sam telah membuat replika sebuah kapal layar yang besar yang siap sekali dengan layarnya duhadapan gerainya itu. Didalam kapal layar tersebut telah diletakkan kerusi dan meja untuk pelanggan makan didalam kapal layar tersebut.
Semasa dia sedang membuat replika kapal layar itu, sudah ramai orang dan pelancung berhenti untuk mengambil gambar serta ada juga yang berhenti makan dan minum digerainya. Bila semuanya telah siap dan Sam pun memasang layar berwarna putih dan setiap kali dia hendak memulakan perniagaan pada jam 10 pagi, terlebih dahulu dia akan menaikan layar itu menandakan gerainya sudah dibuka. Mulai hari itu semua orang telah menjadikan kibaran layarnya sebagai pedoman samaada gerai Sam itu dibuka atau tutup kerana dengan ketinggian layar sepanjang 40 kaki, ianya amat jelas untuk kelihatan dari jarak yang agak jauh.
Perniagaan Sam menjadi bertamabah maju dan Sam mula amat sibuk memasak tidak berhenti-henti dari jam sepuloh pagi sehinggalah jam 2 pagi.Banyak kereta yang lalu lalang sudah mula makan dan minum dambil berehat didalam kapal layarnya itu. Tidak kurang juga yang mengambil gambar kenang-kenangan. Para pekerja dari stesyen Jenakuasa Paka dan dan projek minyak yang berada berdekatan telah ramai berkunjung kegerai Sam kerana masakan panas Sam dan juga menu Goreng makananan laut seperti Ikan, Sotong, Ketam yang digoreng bersama tepung. Kerana kesibukan itu, Najwa terpaksa menolong Sam apa yang patut.
No comments:
Post a Comment