KONFLIK DALAM KELAMBU.


SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"

CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.

RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.

SELAMAT MEMBACA.

TERIMA KASIH


ABC.
Ahmad Baharom Creation

Wednesday, 26 November 2014

3.6] Pertengkaran diantara keluarga Najwa dan keluarga Wan menjadi amat parah dan dengarnya sampai hendak memutuskan tali persaudaraan. Keluarga Najwa sentiasa menuduh semua yang terjadi adalah salah Wan dan pihak keluarga Wan amat marah dengan tuduhan sedemikian dan cuba mempertahankan diri. Keluarga Najwa juga menyerang Sam tetapi Sam tidak mahu berkata apa-apa atau membela diri. Dia seperti mentimun digolek Durian.

Sebenarnya Sam tidak ada sesipa yang bolih dia menceritakan atau dia meminta tolong untuk membantu atau mempertahankan diri dari segala masaalah serta penderitaannya kerana dia tiada saudara dan sahabat yang bolih diharapkan. Juga Sam tidak pernah menceritakan segala konflik itu kepada keluarganya, melain apa yang diketahui olih ayahnya semasa sebelum dia dan Najwa berkahwin.Selepas itu mereka tidak tahu apa-apa lagi selain kejayaan perniagaannya sahaja.

Sam merasakan kesihatannya amat terganggu serta langsung tidak memperdulikan perniagaan nya lagi selain mengharap kepada pekerjanya yang telah diarahkan meneruskan segala urusan. Sam pulang berjumpa dengan ibu-bapanya dan menceritakan bahawa kesihatannya amat terganggu dan fikiran tidak menentu. Ayahnya telah memberi cadangan agar Sam berubat serta berihat sedikit kerana ayahnya tahu mungkin dia terlalu tertekan kerana dalam usia semuda itu, memanglah amat berat untuk mengendalikan sebuah perniagaan yang besar. Dia juga berkata, Sam memang tidak sepatutnya mencapai apa yang dia ada sekarang kerana umurnya yang terlalu muda. Memang amat berat. Mereka masih tidak tahu segala keadaan sebenar Sam.

Sam dibawa ke Kajang untuk berjumpa dengan seorang bapa saudaranya yang hanya dipanggil olih Sam sebagai Pak Alang yang dikatakan pandai mengubati penyakit olih ayah dan ibunya. Pak Alangnya berkata, bahawa memang Sam sedang sakit teruk sekarang, tetapi kerana dia masih kuat, dia masih selamat, tetapi jasadnya amat lemah dan perlu diubati. Setalah mengubati dan member nasihat serta kata peransang, Pak Alang meminta Sam mambawa dia keTrengganu kerana ingin cuba mengubat sekiranya ada yang tidak kena disana pula.Sam membawa Pak Alangnya dan ibu-bapanya ke Trengganu seperti yang diminta dan Sam juga meminta mereka semua menemaninya seketika dan disamping itu mengajak pergi bersama untuk merayu siberhutang untuk membayar hutang Sam.

Perniagaan Sam masa itu mula agak tenat kerana tiada pengurusan yang betul serta jualan amat merosot. Krisis Sam dan Najwa telah mula merebak keseluruh keluarga, sahabat dan rakan niaga. Cerita yang tersebar ialah Sam seorang kaki perempuan dan seorang kaki joli dan itu yang menyebabkan ramai orang menjauhi diri dan perniagaannya.

Disebabkan Sam sudah amat terkenal maka ianya mendapat perhatian serta gossip orang ramai. Sam amat tersepit sekarang tapi dia tetap berusaha. Suatu malam sedang dia dan Pak Alang serta kedua ibu-bapanya bersiap-siap hendak pulang kekampung setelah melihat serta mendengar cerita Sam berkenaan perniagaannya, mereka didatangi olih keluarga Najwa. Semasa itu Najwa ada dirumah dan semacam mereka tahu bahawa ayah dan ibu serta Pak Alang Sam ada masa itu sedangkan Sam tidak mem beritahu sesiapa kecuali Najwa yang ada dirumah.

Sebaik sahaja mereka datang, mereka terus menceritakan segala keburukan Sam dan berbagai tuduhan yang amat menyakitkan telingan. Semua yang ada tergamam dan hanya mendengar dan Najwa hanya mendiamkan diri dengan sesekali menjeling kepada Sam. Kiriman

No comments:

Post a Comment