2.7]. Walaupun mereka tidak berapa mesra dirumah tetapi dihadapan semua orang Sam dan Najwa kelihatan seperti biasa terutama didepan pekerja dan pelanggan niaga. Mas begitu Sam mengambil peluang membuat kelakar sambil mengusik Najwa. Najwa nampaknya bolih terima dan memberi tindak balas yang baik.
Lama-kelamaan perhubungan komunikasi mereka bertambah baik, kecuali hubungan intim masih begitu jua. Walau pun apa jua cara dan gelagat Sam semasa bersama, Najwa masih tidak berubah. Selalu mereka bersama tetapi seakan Najwa amat letih dan tiada tindakbalas atau dia seakan-akan tidur. Namun begitu Najwa tidak pernah menolak kemahuan Sam. Semua yang apa Sam telah baca dalam novel atau buku berkenaan nafsu wanita, baginya semuanya bohong belaka. Walaubagaimana pun dinginnya mereka, Akhirnya Najwa mengandung juga. Sam amat gembira, begitu juga Najwa.
Perhubungan komunikasi bertambah baik walaupun keintiman tetap hambar. Ibu Najwa pun telah mula selalu datang menziarahi melawat Najwa dan Sam bertanya khabar Najwa. Sam mula suka melihat perubahan itu, walaupun keluarga yang lain tetap tidak bertegur sapa serta terus memulaukan Sam. Suatu hari Sam telah pergi kesebuah pusat Pameran menjual kereta Toyota untuk melihat-lihat kereta disana. Dia pergi kesana pun bukan nak membeli tetapi sekadar melihat-lihat sahaja kerana masa itu dia masih tidak mempunyai lessen memandu. Sam memasuki ruang pameran dan pergi melihat sebuah kereta Toyota Crown yang bewarna keemasan dan dia amat terpikat dan agak lama berkeliling melihatnya.
Dalam hatinya ianya terlalu besar dan Nampak seakan tidak sesuai dengannya.Dia pun mengalih pandangan kepada sejenis lagi kereta yang ada disitu iaitu Coronna Liftback yang lebih kecil. Nampaknya ianya sesuai dan Sam cuba membuka pintu nya tetapi dihalang olih jurujual yang ada disitu dan dia berkata kalau tak mahu beli jangan tenguk kedalam. Lagi pun kereta itu mahal dan orang Melayu tak pakai kereta itu.
Memang tahun 1981 orang Melayu jarang mempunyai kereta besar dan baru melainkan kereta kecil atau yang second hand sahaja. Sam amat terasa hati kepada kata-kata Jurujual itu.Walau pun dia Melayu tetapi kata-katanya mengguris hati Sam.
Sam pun berkata bahawa dia sebenarnya mampu nak beli kereta itu tetapi masaalahnya dia masih tidak mempunyai lessen lagi. Jurujual itu ketawa dan meminta Sam jangan loyar buruk dengan dia. Jurujual itu berkata bahawa kalau nak beli kereta, kalau tak ada lessen masih bolih tetapi kalau tak ada duit, jangan bermimpilah. Dia masih ketawa kecil, dan Sam merasa tercabar.Dia tahu jurujual itu memperlinya, kerana mungkin melihat Sam seorang pemuda Melayu yang selekeh pakaiannya.
Memang Sam selekeh kerana dia memang begitu. Mana nak bergaya kalau masih kayuh basikal. Sam bertanya lagi kepada Jurujual itu, benarkah kalau tak ada lessen masih bolih beli kereta seperti yang jurujual itu katakana tadi. Jurujual itu mengangguk dan berkata dia bolih tolong. Sam pun berkata dia nak beli kereta Toyota Corrona itu hari ini kalau begitu.Jurujual itu berkata kepada Sam kereta itu mahal, dan jangan buat lawak. Lagilah Sam Panas hati dan Bertanya berapa harganya kalau cash dan juga jika secara berhutang, berapa pula bayaran mukanya.
Jurujual menerangkan harga kereta itu kepada Sam sambil lewa sahaja. Selepas itu Sam bertanya dia tak bawa cash , bolih kah dia membayar secara cek sambil mengeluarkan tiga buku cek yang berlainan jenis Bank dari dalam beg galasnya dan berkata bahawa jurujual itu bolih pilih Bank mana yang dia suka, kerana semuanya ada wang yang cukup.
.jpg)
No comments:
Post a Comment