
KONFLIK DALAM KELAMBU.
SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"
CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.
RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.
SELAMAT MEMBACA.
TERIMA KASIH
ABC.
Ahmad Baharom Creation
Wednesday, 26 November 2014
5.7] Keesukannya Sam menalipon kerani tempat kerja Razak dan Lanis dan kerani itu telah memberi tahu bahwa mereka telah pulang malam tadi dan sekarang berada dirumah masing-masing. Mungkin besuk dia akan masuk kePejabat.Sam telah bertolak pada petang hari itu kerana hendak berjumpa dengan Razak dan Lanis malam itu juga dan dia hendak mengambil kereta nya semula. Sam masa itu masih berada didalam Bandar Kuala Lumpur bila dengan tetiba sebuah kereta memintasnya dan berhenti betul dihadapan Vannya. Dia tidak dapat berbuat apa-apa dan terpaksa memberhentikan kenderaaannya. Tiga lelaki datang menghampirinya dan salah seorang membuka pintu disebelah Sam dan mengambil kunci Van itu. Dia berkata bahawa mereka hendak menarik Van tersebut kerana sudah 8 bulan tidak membayar hutang Bank.
Sam yang tergamam dengan keadaan itu , hanya membiarkan semuanya berlaku dengan tiada membantah. Sam ingatkan mereka adalah kumpulan Gangster yang diupah untuk membunuhnya. Setelah mengetahui ianya adalah kumpulan penarik kereta sahaja, dia merasa agak lega. Setelah menunjukkan surat kebenaran untuk menarik kereta itu mereka semua pun beredar dari situ. Sam menahan sebuah teksi dan pergi kestesyen Teksi diPudu Raya dan menyewa sebuah teksi untuk pulang kekampungnya. Sam menceritakan kepada pemandu teksi itu kejadian Van yang kena tarik itu dan pemandu teksi itu berkata bahawa zaman sekarang manusia kuat menipu semata-mata nak kan harta dan sudah mulai lupa hal Agama.
Sam meminta pemandu teksi itu terus membawanya ke Balai Polis dimana dan bertemu Inspektor Azizi yang kebetulan bertugas pada malam itu. Sam menyatakan semua yang berlaku dan Inspektor Azizi berkata mungkin Sam telah kena tipu kali ini. Setelah berbincang, Inspektor Azizi sedia menghantar Sam balik kerumah Ayahnya dikampong dan akan memberi penerangan kepada ayah dan ibu Sam tentang apa yang telah berlaku kepada Sam selama ini. Malam itu Sam telah dibawa menaiki trak polis bersama Inspektor Azizi serta beberapa anggota polis yang lain untuk menghantar Sam. Sam berkata, tidak payahlah nak memberi penerangan panjang lebar kepada keluarganya, hanya cukup Inspektor Azizi menghantarnya sampai dirumah dan memberi tahu ibu bapa nya yang apa yang akan Sam cakapkan kepada ibubapanya semuanya benar dan jangan lagi bersalah sangka terhadapnya.
Sesampai sahaja Sam didepan rumah Najwa dan ibu bapa Sam hairan melihat ramai anggota polis bersamanya Sam dan bertanya kenapa semua ini. Inspektor Aziz berkata bahawa Sam telah membantu polis dan harap semua mendengar penjelasan dan membantunya. Lepas itu semua anggota polis itu pun beredar setelah mengucapkan terima kasih pada Sam dan mereka sedia membantu Sam bila-bila masa.
Keesukan harinya Sam telah pergi berjumpa dengan Razak dan menceritakan hal Van itu serta bertanyakan keretanya. Razak berkata bahawa kereta itu telah diserahkan kepada Lanis dan meminta Sam pergi berjumpa Lanis untuk berurusan. Sam terus pergi kerumah Lanis tetapi kelibat keretanya tidak kelihatan.
Bila Sam menceritakan hal Van itu, dan bertanyakan keretanya Lanis berkata yang Sam mesti membawa balik semula Vannya sebelum dia bolih menyerahkan kereta Sam kembali. Pertengkaran pun terjadi kerana semua perkara yang Lanis katakana adalah tidak masuk akal langsung. Sam berkata bahawa kenapa Lanis tidak membayar Ansuran Bulanan keretanya selama 8 bulan dan tidak memaklumkan kepadanya.Akhirnya Sam sudah malas bergaduh dan mengugut untuk melapurkan kepada polis dan Sam terus beredar dari rumah Lanis.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment