KONFLIK DALAM KELAMBU.
SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"
CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.
RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.
SELAMAT MEMBACA.
TERIMA KASIH
ABC.
Ahmad Baharom Creation
Wednesday, 26 November 2014
5.8] Sam terasa bahawa sesuatu lagi bencana akan berlaku lagi berkenaan kereta kesayangannya, tetapi dia sudah biasa dengan perkara yang menyakitkan hati dan perasaannya. Kehilangan harta benda tidaklah besar sangat memberi kesan kepadanya jika dibandingkan dengan ketidak fahaman Najwa kepada perasaan dan penderitaannya. Tidak juga sama dengan perasaannya kehilangan Wan yang terpaksa dilupakan hanya kerana keadaan. Cuma dia agak hairan kerana terlalu banyak musibah yang melanda dirinya dahulu dan sekarang. Apakah ini semua kerana kesalahan dia membuat dosa bersama Rokiah atau ada lagi kesalahan yang dilakukan yang tidak disedarinya. Sehingga ada waktunya Sam berkata bahawa dia tidak minta dilahirkan kedunia jika semua ini yang harus dilaluinya.Bila dia teringatkan keadaan keluarga Alias serta kesusahan yang mereka lalui, Sam merasakan dia masih berasa amat bertuah serta menginsafi detik hatinya yang tidak bersyukur kepada Allah.
Sam teringatkan kesilapannya bersama Rokiah. Semasa itu dia baru sahaja lepas membuat rundingan tempahan dengan pelanggannya yang membuat tempahan uniform untuk Kolejnya. Rundingan itu dibuat didalam sebuah restaurant yang agak panas kerana tiada pendingin udara, yang ada Cuma kipas angin. Perbincangan itu agak lama dan Rokiah yang sedang menemaninya Nampak berpeluh dan mengipas-ngipas mukanya dengan sebuah majalah. Setelah rundingan itu selesai, Rokiah berkata dia sudah terlalu berpeluh dan perlu bertukar baju kerana katanya dia sudah berpeluh sangat.Sebenarnya Sam pun begitu juga, sudah berlengas. Akhirnya mereka pergi membeli sepasang pakaian baru diPertama Complek setiap seorang.
Selepas membeli pakaian, Rokiah berkata dia perlu mandi untuk bersalin pakaian dan Sam juga berfikiran begitu dan akhirnya Sam menyewa sebuah bilik di Dashrun Hotel yang berada dekat dengan Komplek Pertama .Mereka terus naik ke bilik dan Rokiah terus mandi dahulu dan kemudian keluar dengan hanya memakai tuala putih membaluti badannya. Tersirap darah Sam melihat Rokiah begitu dan terus memasuki bilik air untuk mandi. Dia berkata kepada Rokiah supaya cepat memakai pakaian dan bersolek kerana dia masih ada urusan yang hendak dilakukan iaitu bertemu pembekal KIain Putih yang sepatutnya diselesaikan petang ini. Rokiah mengiakan suruhan Sam itu, dan Sam mula mandi.
Memang Sam amat lama berkawan dengan Rokiah, tetapi sekali pun dia tidak pernah melakukan perkara tak senonoh atau melampaui batas kepada Rokiah. Apa yang ada dalam hatinya ialah amat mengkagumi kecantikan Rokiah serta perasaan sayang yang teramat sangat. Sam juga amat berbangga berjalan dengan Rokiah kerana ramai anak muda, malah orang ramai yang yang mengerling atau memandang mereka kerana melihat kecantikan Rokiah.Tetapi selepas melihat Rokiah dalam keadaan berkemban, Sam terasa ransangan yang amat sangat sehingga terasa dia ingin memeluk dan mencium Rokiah pada masa itu.
Semasa mandi, Sam berkhayal banyak perkara tentang dia dan Rokiah, tetapi khayalannya terbantut kerana teringatkan salah seorang sahabatnya yang telah terpenjara dan dihukum rotan hanya kerana meniduri teman wanitanya yang dikatakan pada masa kejadian itu adalah atas dasar suka sama suka. Tapi bila semuanya terbungkar kepada pihak keluarga dan mereka memang tidak mahu menerima sahabatnya ini sebagai menantu kerana masaalah moral dan latar belakang keluarga, maka pihak keluarga wanita itu melapurkan ianya sebagai kes rogol. Selain itu Sam teringatkan ramai pasangan yang ditangkap berkhalwat dihotel-hotel dan jika ini berlaku kepadanya tentulah amat memalukan.
Kir
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment