KONFLIK DALAM KELAMBU.


SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"

CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.

RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.

SELAMAT MEMBACA.

TERIMA KASIH


ABC.
Ahmad Baharom Creation

Wednesday, 26 November 2014

1.9] Sam pulang kekampung halaman dan berjumpa dengan seluruh kaum keluarganya serta membelikan ibu bapanya sedikit kelengkapan keperluan rumah. Ayah dan Ibu Sam amat berbangga dengan kejayaaan anaknya sekarang. Sam sebenarnya adalah anak sulong dalam keluarganya dan Ibu bapanya mengharap Sam dapat menjadi contoh dan tauladan. Selain itu ibu bapa Sam amat berharap Sam akan menjadi seorang Insan yang baik serta mempunyai ilmu agama. Itulah sebab mereka amat bersetuju Sam berhijrah mengikut Najwa ke Trengganu daripada menetap di Kuala Lumpur yang penuh persona dan virus dosa yang tiada sempadan.

Semasa berada dikampung, Ibu dan Ayah Sam menyuarakan pendapat bahawa eloklah Sam mengahwini Najwa sekiranya telah mampu dan Berjaya. Lagi pun semasa disini Sam dan Najwa sudah terlalu mesra seperti Belangkas. Kesana kemari bersama , siang atau malam. Walau pun begitu Sam masih sentiasa menjaga Najwa dan tiada perkara sumbang yang dilakukan kepada Najwa walaupun kekadang mereka bersama sampai Jam 2 pagi. Setelah Sam bersetuju dengan cadangan ibu-bapanya itu, Sam pun meminta pihak keluarga datang ke Trengganu untuk tujuan meminang Najwa . Bila dia sudah benar-benar Berjaya nanti dia akan menalipon atau menulis surat, meminta pihak keluarga untuk datang ke Trengganu untuk tujuan merisik dan meminang.

Selepas sudah seminggu berada dikampung, Sam pun bertolak ke Kuala Lumpur sebelum pulang ke Trengganu. Jarak kampong Sam dengan Kuala Lumpur adalah lebih dari 100 kilometer dan Jarak Kuala Lumpur ke kampong Najwa adalah sejauh lebih kurang 400 kilometer. Olih itu untuk satu perjalanan pergi dan balik kekampung Sam dan kampong Najwa adalah lebih kurang 1000 kilometer. Sam menghabiskan masa selama 2 hari untuk melawat sepupunya Amir dan Rohani sebelum balik ke Trengganu.

Sekembalinya dari bercuti, Sam menyambung semula kerjanya seperti biasa. Tempahan bertambah banyak dan dia terpaksa bekerja siang dan malam. Perkerja-pekerja yang dilatihnya juga telah mahir dan cekap. Pengeluaran bertambah dan begitu juga keuntungan. Sam merasakan sesuatu yang agak pelik telah berlaku kerana sekembalinya dia dari kampong, keluarga Najwa tidak semesra dahulu lagi, kecuali Najwa. Yang paling ketara ialah sikap Ayah Najwa yang seakan-akan sudah acuh tak acuh dan kurang bercakap dengan Sam lagi. Begitu juga dengan keadaan ibu dan abang Najwa. Mereka tidak seperti dahulu serta kurang mesra.

Sam amat terasa dengan perubahan itu. Apa yang paling Sam perasan ialah setiap kali dia hendak makan bersama Ayah Najwa, orang tua itu pasti melarikan diri serta mengangkat pinggan makananya ketingkat atas rumah dan hanya akan turun setelah selesai makan. Ligatlah fikiran Sam memikirkan, adakah dia telah berbuat salah atau terkasar bahasa. Berbagai telahan dibenak fikiran Sam.

Mungkin juga dia ada perkara yang kurang hajar atau tidak sopan kepada Najwa. Setelah semua yang difikirkan tidak pernah dilakukannya, Sam mengambil keputusan, mungkin ianya hanya perasaan dia sahaja, atau mereka ada masaalah lain atau itulah suasana sebenar sebelum kedatangan dia. Melihatkan Najwa tidak berubah maka semua perasaan itu hilang semula. Kebiasaannya selepas sembahyang subuh, Sam duduk diatas katilnya sambil menglamun. Kedua-dua orang tua Najwa akan pergi sembahyang subuh disebuah masjid yang agak jauh serta selalu pulang agak lewat kerana mereka terus mendengar ceramah agama yang diadakan disana. Kiriman

No comments:

Post a Comment