KONFLIK DALAM KELAMBU.
SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"
CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.
RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.
SELAMAT MEMBACA.
TERIMA KASIH
ABC.
Ahmad Baharom Creation
Wednesday, 26 November 2014
5.4[ Malam itu Sam telah pergi kerumah Mak Andaknya untuk bertemu Najwa dan anak-anaknya. Sam merasa lebih baik dia sekarang memberi penerangan kepada Najwa dahulu berkenaan tragidi yang telah dihadapinya. Sam berfikir mungkin sekarang dia dapat member penerangan dan alasan kerana semua telah hampir selesai dan semuanya sudah jelas, tidak seperti mula-mula dahulu.
Masa itu Sam masih tidak tahu nak menceritakan kerana semuanya kerana belum pasti akan kesudahannya. Sam juga hendak bertanya kepada Najwa, benarkan dia telah menjual segala peralatan rumah tangga dan pejabatnya, dan benarkah dia hendak pulang keTrengganu bersama anak-anaknya.
Sam meninggalkan Vannya agak jauh dari rumah tersebut lalu dia berjalan kaki kerumah mak andaknya yang telah dipenuhi olih ramai tetamu. Mereka semua tidak kenal kepada Sam kerana kampungnya dangan rumah Mak Andaknya adalah agak jauh, jadi mereka tidak tahu apa yang berlaku. Dari jauh dia melihat Najwa sedang sibuk menghantar hidangan kepada tetamu dan juga kelihatan kedua anak kecilnya sedang bermain.
Sebaik sahaja Sam berada dekat keramaian itu, kedua anak-anaknya telah terlihat Sam dan mereka terus berlari kepadanya. Sam memeluk mereka berdua dan Najwa telah ternampak dan cuba menghalang anak-anaknya dari bersama Sam. Sam merayu agar dibiarkan mereka bersama seketika, dan akhirnya Najwa akur. Sam juga berkata pada Najwa bahawa dia perlu menceritakan sesuatu kepadanya kerana semuanya telah selesai sekarang. Najwa berkata dia sibuk sekarang dan mungkin selepas majlis nanti baru bolih bercakap. Najwa juga menyuruh Sam duduk dimeja hidangan dan makan bersama anak-anak.
Sam menceritakan kepada Najwa keadaan keluarga Alias sekarang dan serta hubungan dia dengan Ijah serta cuba menceritakan kisah dia dengan kes Bakar Bas itu.Dia juga memberitahu kenapa dia tidak bolih menceritakan perkara itu diawal kejadian dan juga meminta Najwa merahsiakan semua apa yang diceritakannya itu dan memberi tahu sebabnya sekali.
Najwa hanya diam dan mendengar sahaja. Najwa mengaku telah menjual semua peralatan rumah dan pejabat Sam kerana hendak pulang keTrengganu. Dia berkata bahawa dia tidak mahu tinggal dikampung Sam kerana merasa tersiksa. Dia tetap akan pulang bersama anak-anak walau pun Sam tidak ikut sama. Dan dia juga telah menelipon keluarganya untuk meminta mereka datang menjemput dan membawa mereka pulang. Walaupun Sam cuba memujuk, Najwa sudah muktamad dengan keputusannya. Dia tidak peduli dengan apa jua cerita Sam kerana baginya semua itu Sam yang sengaja mencarinya.
Sam gagal memujuk Najwa dan terus beredar untuk pergi dari situ sambil diperhatikan olih kedua orang anaknya. Sam pening memikirkan nasibnya. Sam memandu Vannya menuju kearah Bandar untuk mencari bilek sewa untuk tidur dan membersihkan diri. Semasa memandu, Sam telah terpandang sebuah kereta sedang mengekorinya dari tadi. Berbagai cara Sam cuba untuk menguji tetapi kereta itu masih tetap mengekori dan akhirnya Sam memandu dengan agak laju. Ternyata memang benar, kereta itu memang mengekorinya.
Sam merasakan semua ini adalah bersangkutan dengan kes yang sedang berjalan. Sedaya upaya Sam cuba menghilangkan diri dari diekori tetapi gagal. Bila sahaja memasuki kawasan Bandar, Sam ternampak Balai Polis dan akhirnya terus membeluk kedalam Balai Polis itu dan kereta yang mengekorinya Nampak seperti memperlahankan keretanya sambil pemandunya memandang kearah Sam. Ternyata didalam kereta itu dipenuhi olih empat orang lelaki.
Kirim
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment