BAB KETIGA. ROKIAH MINTA SAM CERAIKAN NAJWA. 3.1] Kertas kerja yang diusahakan olih Sam dan Wan telah pun siap dan beserta dengan penjamin yang disyaratkan . Sebaik sahaja siap semuanya maka Samj pun meminta Najwa menanda tangani semua dokumen sebagai melengkapkan syarat pinjaman yang meminta Pemilik Perniagaan yang bertindak sebagai pemohon.Apa yang amat menduka citakan ialah keengganan Najwa untuk bekerjasama dan tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.Dia tidak akan menandatangani walau apa pun berlaku.
Tidaklah dapat nak dibayangkan perasaan Sam pada masa itu. Sam cuba menerangkan bahawa memang dia banyak salah menguruskan perniagaan itu selama ini, tetapi tidak kah Najwa faham masaalah sebenar dan memikirkan bertapa susahnya dia membangunkannya dengan tulang empat kerat dan tanpa bantuan atau pinjaman bank? Dia telah berusaha dari kosong dan telah menjadi sedemikian rupa. Sam berkata bahawa jika dia membubarkan semua pekerja mahir ,maka syarikat lain akan mengambil mereka dan akan membuka perniagaan seperti mereka dan ini akan merumitkan lagi keadaan.
Sam juga menyatakan jumlah hutang binaan kilang telah habis dibayar dan hutang bahan mentah hanya tinggal lebih kurang RM 15,000 sahaja masa itu sebab telah dilunasinya walau pun dalam keadaan susah. Tapi semua itu tidak mengubah pendirian Najwa. Sam amat hampa dan memberitahu Wan akan perkara itu, dan dia amat terperanjat dan amat kesal dengan tindakan Najwa. Sam sudah hampir putus asa dan sudah malas nak bercakap dan berbincang hal perniagaan dengan Najwa.
Sam masih mahu berusaha lagi dan berharap kutipan hutang2 akan bertambah serta jualan akan meningkat dengan perbagai corak dan fesyen baru. Dia masih berdegil tidak mahu memberhentikan pekerjanya lagi.Stok Kain putih sudah amat kurang dan pekerja selalu tidak bekerja sepenuh hari.Sam sudah kekurangan modal untuk membeli kain putih untuk diproses.Walau bagaimana pun dengan iktiar serta kerja keras Sam. Ianya terus berjalan dengan pusingan modal yang amat sedikit sekarang.
Kesihatan Sam mula terganggu, tangan dan badan nya mula menggeletar tapi semua itu tidak diberitahu kepada Najwa. Tekanan kerja amat berat serta perasaan kecewa yang amat parah.Apa pun kerana mengenangkan maruah,tanggungjawab kepada pekerja dan keluarga dia tetap cuba berusaha seberapa daya yang boleh. Suatu hari dia ditalipon olih Rokiah dipejabatnya. Rokiah berkata ada hal mustahak yang hendak dicakapkan pada Sam dan dia berharap Sam dapat datang ke Kuala Lumpur.
Sam berkata sekarang dia tidak dapat datang kesana kerana dia sekarang berdepan banyak masaalah ditempat kerja. Jadi Sam pun meminta Rokiah memberitahu apakah yang penting sangat yang hendak dia sampaikan.
Rokiah menyatakan dia mengandung dan dia sekarang telah bergaduh dengan keluarganya. Sam amat terperanjat dan meminta Rokiah tak payah susah hati kerana dia akan bertanggung-jawab dan mengahwini Rokiah. Rokiah tidak bersetuju kerana Sam telah mempunyai Isteri dan anak. Mahu bermadu, dan dia hanya akan bersetuju jika Sam menceraikan Najwa. Sam tidak bersetuju dan berkata bahawa dia sesekali tidak akan melakukannya sebab sayang kepada anak-anak. Kirima
No comments:
Post a Comment