Suatu hari, sedang Sam dan Ijan sedang mengadakan pameran dan jualan disuatu tempat yang tidak jauh dari Ipoh, Sam amat terkejut kerana didepannya tercegat anak-anaknya sedang memerhatikan pamerannya. Dia seperti tidak percaya dengan apa yang dilihatnya, tetapi apabila melihat Najwa dan Abangnya berada disana maka dia pasti itu memang anaknya. Dia terus menerpa dan memeluk anak-anaknya untuk melepaskan kerinduan. Najwa yang berada disana hanya memerhatikan mereka sahaja. Selepas itu abang Najwa menyatakan bahawa dia terpaksa balik ke Trengganu malam itu juga sebab urusan kerja. Malam itu tinggallah Ijan dengan ditemani olih Najwa menjaga pamerannya dan Sam serta anak-anaknya berhibur dan makan-makan sekitar keramaian tersebut.Rupanya Najwa telah berjumpa Amir sepupunya di Kuala Lumpur dan bertanyakan kediaman Sam diPerak. Olih sebab Amir berkata mungkin Sam tidak ada dirumah tumpangannya malam itu kerana mesti membuat Pameran yang telah dimaklumkan tempatnya olih Sam kepada Amir sebelum ini, maka adalah lebih baik jika Najwa dan Abangnya terus sahaja ketapak pameran tersebut.
Sam tidak bertanyakan apa-apa kepada Najwa dan Najwa begitu jua. Semuanya seperti tiada apa yang telah berlaku. Mereka seperti orang Asing. Bagi Sam dia tiada apa yang ingin diakatakan atau terangkan kepada Najwa, cuma dia sentiasa menanti apakah reaksi serta tindakan Najwa dalam menyelesaikan semua masaalah. Sehingga lah mereka pulang kerumah rehat malam itu masih tiada sebarang kata keluar, melainkan Najwa sibuk melayan anak-anaknya untuk tidur. Selepas anaknya tidur, Najwa mula bersuara bertanyakan kesihatannya dan juga perniagaannya sejarang. Dengan sikap acuh tak acuh Sam menjawab soalan Najwa itu. Apa yang dinantikan masih tidak nampak berhasil iaitu dia ingin mendengar perkataan meminta maaf kemudian menyesali serta berjanji akan berubah untuk mengiratkan kasih sayang. Semuanya seperti amat mustahil sekarang.
Sam yang pada permulaannya mula berasa tenang dengan kehadiran Najwa dan anak-anak, telah mengalami perasaan marah yang amat sangat kepada Najwa masa itu. Dia sendiri tidak mengerti dan akhirnya Sam keluar dari bilik itu dan pergi berjalan kejambatan panjang yang ada disitu dan akhirnya sampai kesebuah pulau. Sam akhirnya duduk disebuah pondok rehat yang ada disana sehingga hampir subuh. Najwa terus berada didalam bilik dan mungkin tidur.Sam kembali merasakan sakit hati dan kecewanya datang semula pada hari itu.Dia tidak tenteram lagi serta merasa letih kerana tidak cukup tidur. Hari itu Sam tidak pergi kemana-mana selain tidur dibilik bersebelahan dimana Ijan tidur dan bangun setelah jam 2 petang.
Setelah dia mandi dan berpakaian, dan bersedia untuk pergi ke restaurant yang terdapat disitu untuk makan, Ijan telah datang berjumpanya dan berkata bahawa dia hendak pulang kekampungnya dan mungkin tidak akan datang bekerja, dengan alasan menyatakan bahawa sekarang Najwa telah ada dan Sam telah ada teman dan Najwa juga bolih membantu Sam bekerja. Lama juga Sam termenung dan berfikir, tetapi setelah itu, dia bersetuju dengan cadangan Ijan itu dan berkata, jika dia amat perlukan Ijan satu hari nanti, Ijan mesti datang membantu. Ijan bersetuju dan meninggalkan tempat itu.

No comments:
Post a Comment