KONFLIK DALAM KELAMBU.


SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"

CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.

RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.

SELAMAT MEMBACA.

TERIMA KASIH


ABC.
Ahmad Baharom Creation

Wednesday, 26 November 2014

2.9]. Akibat permintaan yang amat banyak, kilang Najwa batik telah menambah masa kerja sehingga 2 shif sehingga kemalam hari. Tetapi keadaan kerja diwaktu malam tidak sesuai dengan pemerosesan batik seperti ini. Terlalu banyak masaalah. Akhirnya Sam membuat keputusan untuk membuat sebuah bengkel dikampung halamannya untuk membantu pemuda-pemudi dikampungnya pula. Dia telah berbincang dengan ayah dan datuknya untuk tujuan tersebut dan mereka bersetuju.

Datuknya bersetuju untuk menyediakan tapak bengkel tersebut. Setelah siap pembinaan bengkel itu, Sam pun menghantar beberapa pekerja paling Mahir dari Trengganu untuk bekerja sambil mengajar dibengkel tersebut. Maka ramailah pemuda-pemudi dikampungnya yang bekerja disana. Dengan itu Sam bertambah sibuk berulang-alik memantau semua pergerakan dan pengurusan kedua-dua pusat batiknya.

Bolih dikatakan setiap minggu dia pasti balik kekampungnya member nasihat dan tunjuk ajar. Setelah beberapa bulan berjalan, hasil pengeluaran dari bengkel tersebut amat mengecewakan kerana mempunyai mutu yang amat rendah kerana kurang pengawasan pakar. Apabila pengeluaran dari bengkel itu dibawa kepasaran, ianya amat payah untuk terjual malah jika dipamerkan bersama barangan yang dikeluarkan di kilang Trengganu maka terlalu amat jauh mutunya dan walau ditawar harga murah pun masih pelanggan memilih yang cantik walaupun mahal.

Akhirnya pengeluaran yang dibawa dari bengkel barunya terpaksa dilelong dengan harga yang amat murah, itu pun masih tidak laku. Sam mengalami kerugian yang amat besar dan akhirnya terpaksa menutup bengkel itu kerana sudah tidak tahan mengalami kerugian. Dia membawa semua pekerja Mahir yang dibawanya pulang keTrengganu. Mereka semua bekerja disana semula.

Kerugian yang Sam alami, sedikit sebanyak telah membuat pusingan kewangannya menjadi agak tenat tapi masih bolih bertahan lagi. Pelancung masih bertumpu keKilangnya dan ini sedikit sebanyak membantu dia memulihkan permodalan nya. Dia juga terpaksa meneruskan kerja diwaktu malam bagi memenuhi permintaan pasaran. Sam bekerja keras untuk mengatasi masaalah itu.

Pada suatu hari sedang dia berkemas dirumahnya, dia telah terjumpa segumpal kertas yang seakan cebisan surat pengesahan penghantaran barangan yang dibuat dari pejabat Pos. Berpuluh-puluh keratan bukti penghantaran barangan yang mempunyai berat maksima pada setiap resit tersebut beserta dengan tarikhnya sekali dan alamat penerimanya adalah Kuala Lumpur. Sam mula curiga kerana sepengetahuannya dia atau sesiapa pun belum pernah dia suruh untuk menghantar barang dengan menggunakan pos kerana dia hanya menggunakan perkhimatan Bas Ekspress jika menghantar barang seberat yang tertulis pada resit itu.

Akhirnya dia pergi kepejabat Pos Cabang Tiga mengikut resit yang dijumpainya dan bertanya pegawai bertugas. Pegawai itu menyatakan bahawa semua penghantaran itu dibuat olih Sham iaitu pengurus Kilang Najwa Batik. Pengawai itu tidak mengenali Sam. Sam amat terperanjat kerana dia tahu sesuatu sudah tak kena. Dia balik dan menimbang kain-kain batik suteranya sehingga mencapai berat yang sseakan sama tercatit pada resit-resit itu.

Didapatinya setiap hantaran mengandungi 20 pasang kain Sutera untuk Kebaya atau Baju Kurung wanita. Jika dikira dari jumlah resit yang ada, bermakna Sham telah menghantar sebanyak 780 pasang kain sutera keKuala Lumpur dalam masa hampir setahun dia bekerja sebagai Pengurus.

No comments:

Post a Comment