KONFLIK DALAM KELAMBU.


SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"

CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.

RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.

SELAMAT MEMBACA.

TERIMA KASIH


ABC.
Ahmad Baharom Creation

Wednesday, 26 November 2014

KONFLIK DALAM KELAMBU

BAB PERTAMA

CINTA REMAJA

1.1] Rokiah dan Sam telah bersahabat sejak di bangku sekolah menengah lagi dan selalu keluar bersama untuk berhibur. Umur mereka adalah sebaya kerana semasa pertemuan pertama mereka… kedua-duanya berada dalam tingkatan 5 walaupun berlajar disekolah yang berlainan. Sam amat memuja Rokiah dan sebagai seorang yang mempunyai bakat melukis dia selalu melukis potret Rokiah dan menyimpannya didalam bilik tidurnya.

Sam tinggal bersama dengan abang sepupunya Amir yang telah berumah tangga yang bekerja dipusat Kraftangan dan menjual hasil-hasil kerja tangan dan Batik. Sam dan Amir ada membuka sebuah bengkel membuat Batik yang dibina berhampiran dengan rumah Amir. Sam adalah seorang pelukis yang amat berbakat dan segala hasil lukisannya amat baik mutunya dan mempunyai peminat. Segala hasil pengeluaran lukisan dan batiknya dijual olih Amir yang memang mahir dalam penjualan barangan seperti itu. Amir telah berkahwin dengan Rohani yang amat cantik dan amat baik serta mesra dengan Sam. Dia selalu membantu Sam melakukan tugas-tugas membuat batik. Didalam masa yang sama..Sam juga mempunyai sahabat-sahabat yang masih belajar disebuah pusat membuat batik yang terdiri diantaranya adalah seorang wanita yang bernama Najwa.

Sam sebenarnya sebelum ini bekerja sebagai pelukis disana dan telah berhenti untuk menumpukan perhatian kepada perniagaan yang diusahakan bersama abang sepupunya Amir. Sekiranya ada kelapangan Sam akan pergi menziarahi bekas rakan-rakan kerjanya dahulu. Najwa sebagai pelajar baru sering meminta tunjuk ajar melukis dari Sam dan begitu juga rakan-rakan Najwa yang lainnya. Olih sebab Sam dan Najwa agak rapat dan selalu berbual bersama..mereka telah menjadi bahan sindiran sebagai sepasang kekasih olih rakan yang lain. Sam membiarkan semua jenaka sahabat yang lain kerana dia menganggap ianya sebagai gurauan.

Sam masih lagi keluar dengan Rokiah. Sebenarnya Sam amat kenal dengan keluarga Rokiah kerana telah amat seringkali dia bertandang dan bermesra dengan mereka. Jika tiada keluar berhibur…Sam dan Rokiah akan bergurau senda sambil menonton tv dirumah. Ibu dan Ayah Rokiah amat baik dan mesra dengan Sam dan Sam amat pandai menjaga kelakuan dan tuturkatanya. Masa itu Sam menggunakan motosikal capcai yang digunakan untuk bekerja dan berulang alik kerumah Rokiah. Begitu juga bila bersiar-siar dengan Rokiah.

Suatu hari Sam dan Rokiah keluar bersiar-siar dan berhenti makan disebuah restaurant makanan segera. Selepas makan Sam pun cuba bertanya kepada Rokiah tentang status diantara dia dan Rokiah..Rokiah menjawab bahawa dia dan Sam adalah kawan biasa sahaja dan menganggap Sam sebagai saudara. Selain itu Rokiah berkata bahawa umur mereka adalah sama tua dan mungkin tidak sesuai sebagai pasangan kekasih dan mungkin masih belum matang.

Rokiah juga member tahu Sam bahawa dia telah ada kekasih yang lebih tua darinya dan kekasihnya itu adalah seorang pemain bolasepak Negara. Olih itu harap Sam faham dan jangan cemburu jika terjumpa dia dengan kekasihnya itu bersama atau jika terjumpa sekiranya beliau datang kerumah Rokiah. Mengikut Rokiah bahawa kekasihnya itu selalu datang kerumah tapi tidak pernah terserempak dengan Sam. Kiriman

No comments:

Post a Comment