
KONFLIK DALAM KELAMBU.
SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"
CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.
RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.
SELAMAT MEMBACA.
TERIMA KASIH
ABC.
Ahmad Baharom Creation
Wednesday, 26 November 2014
5.2] Sam terus pergi keBalai Polis dan berjumpa dengan Inpektor Azizi untuk bertanyakan hal kes Bakar Bas itu. Inspektor Azizi berkata semuanya telah didakwa dan akan dibicarakan dan berdasarkan keterangan serta kerja sama Alias beserta bukti kukuh yang didapati, mereka semua kemungkinan besar akan disabitkan dengan segala pertuduhan. Walaupun begitu Inspektor Azizi masih berharap Sam lebih berhati-hati kerana kemungkinan kuncu-kuncu Razali dan pihak syarikat bas masih mahu membalas dendam kepada Alias dan Sam. Bagi Alias dan keluarganya mungkin agak selamat kerana tempat mereka mungkin amat suka nak dikesan, tetapi bagi Sam, Inspektor Azizi berkata masih merbahaya. Inspektor Azizi juga berkata bahawa pengawasan terhadap kediaman dan pejabat Sam telah diberhentikan kerana didapati rumah dan pejabat itu telah ditutup. Dalam hati Sam berkata, mungkin Najwa dan anak-anak berpindah kerumah ibubapanya kerana Sam sudah lebih 2 minggu tak pulang.
Selepas keluar dari Balai Polis, Sam terus pergi mencari pakcik saudaranya Razak yang berurusniaga dengannya hal Van yang digunakan sekarang tapi tak berjumpa. Sam bercadang untuk memulangkan Van itu semula dan mengambil semula keretanya kerana mungkin tidak terlalu senang dikenali dibandingkan jika dia masih menggunakan van tersabut. Orang dipejabat dimana dia ditemui tempuhari menyatakan bahawa Razak sudah seminggu tidak kelihatan. Sam memang mengetahui dimana rumah pakciknya itu, terus sahaja pergi kerumahnya dan bertanya kepada makciknya iaitu isteri Razak, dimana Razak sekarang kerana dia perlu sangat berjumpa dengannya. Isterinya itu member tahu bahawa Razak telah pergi kerumah isteri mudanya diSelatan Thailand dan kini berada disana sekarang. Isterinya juga tidak tahu bila dia akan balik. Melalui pengamatan Sam , dari nada suara isteri Razak bercakap, dia perasan wanita itu amat marah kepada Razak. Geli juga hati Sam melihatkan telatahnya.
Sam telah pergi semula kepejabat itu semula dan bertanyakan rumah tuan punya Van tersebut daripada kerani disitu dan dia memberikan alamat Lanis kepada Sam. Sebaik Sam tiba dan bertanya kepada anak Lanis, dia juga berkata bahawa ayahnya telah ke Thailand dan sudah seminggu tak pulang-pulang.
Malam itu, Sam telah pulang kekampungnya dan dia telah pergi kerumah sahabatnya Rais untuk mengetahui keadaan dikampungnya serta berita anak dan isterinya. Sam menunggu waktu malam untuk pulang supaya tidak senang disedari olih semua orang. Dia masih takut kepada mereka yang masih mahu membalas dendam.Rais menceritakan bahawa isteri dan anak-anak Sam kini telah berpindah kerumah ibubapa Sam dan kedai itu telah ditutup.
Rais juga member tahu bahawa Najwa telah menjual semua peralatan rumah dan pekabat Sam kerana katanya dia akan pulang ke Trengganu. Sam amat terkejut bila mendengar berita itu.
Selepas itu Sam telah pergi kerumah pekerja yang meminta supaya Sam mengambil Ijah bekerja tempuhari. Sebaik dia ternampak Sam, dia terus mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Sam. Sam terperanjat dan bertanya, kenapa dia berkata begitu. Dia menerangkan bahawa semua orang mengatakan bahawa Sam telah berkahwin dengan Ijah dan telah membawa seluruh keluarga Ijah berpindah kerumah baru ditempat yang tidak diketahui. Sam menafikan semua itu, tetapi pekerjanya itu masih macam tak percaya kepada Sam. Pekerjanya juga menyatakan simpati kepada Najwa kerana sibuk pergi mencari Bomoh bersama makciknya untuk tujuan meminta agar Sam sedar dan balik semula kepadanya dan anak-anak. Bila mendengar berita itu Sam tersenyum sendirian.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment