KONFLIK DALAM KELAMBU.


SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"

CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.

RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.

SELAMAT MEMBACA.

TERIMA KASIH


ABC.
Ahmad Baharom Creation

Wednesday, 26 November 2014

1.4] Bas sampai kedistinasi nya pada keesukan paginya. Sam turun dari bas tersebut dengan satu perasaan segar dan bercampur teruja kerana itulah pertama kali dia menjejakkan kaki kesuatu tempat yang amat jauh dari kampong halamannya.

Matanya masih segar walau pun dia hanya tertidur seketika semasa didalam perjalanan tadi dia tidak dapat melelapkan mata kerana asyik terjaga kerana hentakan badan bas. Bila sahaja terjaga ..dia akan memandang keluar tingkap bas untuk melihat suasana diluar. Apa yang kelihatan adalah kegelapan malam dan sesekali kerdipan sinaran lampu dari rumah kediaman dan pekan kecil yang dilintasi olih bas tersebut.

Tidak satu tempat atau lokasi yang diketahui olih Sam kerana ianya adalah satu arah perjalanan baru yang Sam lalui.Semakin hampir dengan destinasi..Sam amat teruja kerana dia dapat melihat pandangan kabur kearah laut serta bayangan pantai yang amat cantik. Dia juga melihat banyak kerdipan lampu ditengah laut yang menandakan nelayan masih berada ditengah lautan yang luas. Dia juga dapat melihat buih putih yang berlari menuju pantai dalam sinaran cahaya bulan yang tidak berapa terang pada malam itu.

Sebaik sahaja dia menuruni bas tersebut..Sam lihat ramai juga orang yang berada ditepi bas tersebut seperti mereka menunggu seseorang dan juga terdapat beberapa lelaki yang asyik bertanya sesuatu kepada penumpang bas yang baru turun dari bas tersebut.Fahamlah Sam bahawa mereka itu adalah pengayuh beca dan kereta penumpang yang mencari pelanggan yang ingin menyambungkan perjalanan untuk sampai kerumah mereka.

Sam pergi ketempat simpanan bargasi bas untuk mengambil bag pakaiannya tetapi terdapat seorang wanita berumur yang terkial-kial berusaha untuk menarik bag lusuhnya yang tersangkut diantara bag penumpang yang lain. Sam menawarkan diri untuk menolong wanita tersebut untuk mengeluarkan bagnya.

Setelah Berjaya mengeluarkan bag tersebut dia pun memberikannya kepada wanita itu. Sambil mengucapkan terimakasih..wanita tersebut menyatakan bahawa silap dia juga yang tersilap kerana meletakkan bag tersebut di Pantat Bas. Sam amat terkejut dan hairan dengan bahasa yang digunakan olih makcik tersebut.

Sam merasakan sekarang terlalu awal untuk dia mencari rumah Najwa dan dia mahu berjalan sekeliling Bandar itu dahulu sambil mencari sarapan pagi..Dia berjalan menyusuri kedai-kedai kecil yangdiperbuat dari kayu dan kekadang ada juga beberapa bangunan batu yang kelihatan. Dalam hati Sam menyatakan walau pun ianya sebuah Bandar tetapi ianya amat kurang maju berbanding dengan Kuala Lumpur..

Sam terus berjalan walaupun ada beberapa pengayuh beca yang mempelawa dia untuk member khidmat serta bertanya destinasi Sam. Sam menolak semua ajakan dengan member isyarat jari seperti kaki orang berjalan. Akhirnya Sam berhenti disebuah gerai makanan yang dipenuhi olih pelanggan kerana dia yakin bahawa gerau yang ramai pelanggan mestilah yang amat disukai olih orang ramai kerana kesedapan makanannya.

Sam melabuhkan punggongnya kekerusi kayu panjang dan menghadap meja yang dipenuhi berbagai jenis juadah makanan. Dia memerhatikan semua makanan yang berbagai jenis itu dan tertarik dengan maknanan yang berbungkus plastic terang yang seakan-akan kueh Tiaw dan mempunyai Bungkusan kuah yang di sertakan lada giling dan belacan.

Diambilnya makanan tersebut dan bertanya kepada seorang pakcik yang sedang menghirup teh susunya yang berada dihadapan bertentangan dengan tempat dia duduk… apakah nama makanan tersebut. Kiriman

No comments:

Post a Comment