KONFLIK DALAM KELAMBU.


SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"

CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.

RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.

SELAMAT MEMBACA.

TERIMA KASIH


ABC.
Ahmad Baharom Creation

Wednesday, 26 November 2014

1.7] Sam juga bertanya apakah nama kampong itu dan mereka member tahu bahawa ianya bernama Kampung Ladang Masjid. Setelah bercerita hal Najwa diKuala Lumpur kepada makcik dan sepupu Najwa maka Sam pun meninggalkan untuk pergi kekampung Hiliran untuk mencari rumah Najwa. Sam menaiki Kereta Sewa untuk pergi kesana. Kereta sewa itu hanya memberhentikan Sam dipinggir jalan besar kerana jalan untuk masuk kerumah Najwa tidak bolih dilalui olih kereta…kerana terlalu sempit.

Sam pun berjalan masuk kelorong yang berliku disitu dan bertanya kepada seorang perempuan tua yang sedang duduk diserambi rumahnya akan dimanakah rumah Wan Kamariah dan Sulaiman..Perempuan itu lalu menunjukkan kesebuah rumah kayu tua yang berwarna putih kelabu dimana kelihatan seorang lelaki berumur sedang duduk dibawah sepohon pokok.

Selepas mengucapkan terima kasih..Sam pun terus pergi kerumah tersebut. Sebaik sahaja Sam mengucapkan salam maka lelaki tua itu agak terperanjat dan bingkas bangun sambil membalas ucap salam Sam itu dan mereka pun bersalaman. Sam bertanya adakah betul ini rumah Wan Kamariah dan Sulaiman dan dengan segera lelaki itu mengaku bahawa ianya betul dan dialah Sulaiman. Tetiba muncul seorang wanita bertubuh kecil keluar dari pintu dapur rumah itu sambil tersenyum..Dia membetulkan tudung kepala nya dan datang ketempat Sam dan Pakcik Sulaiman berborak..Dia lantas bertanya siapa Sam ini. Sam telah memberi tahu mereka bahawa dia adalah kawan Najwa dan tujuan dia datang keTrengganu.

Sedang dia bercakap dimeja bawah pokok itu..seorang anak muda menaiki motorsikal cup sampai dan memberhentikan motornya tak jauh dari tempat mereka. Anak muda itu dengan tersenyum sambil mengucap salam dan bersalam dengan Sam lalu bertanya siapa Sam. Ibu Najwa pun berkata inilah abang Najwa yang bernama Yusri.Setelah berbual dan menerangkan segala tujuan maka keluarga Najwa mempelawa Sam makan bersama mereka..Selepas makan..ibu Najwa member tahu bahawa Sam tak perlu mencari rumah sewa kerana Sam bolih tinggal bersama mereka dengan menggunakan Bilik kecil dibawah tangga dapur rumah mereka.Mereka juga tidak mengenakan sebarang sewa walaupun Sam bercadang nak membayarnya.

Maka bermula malam itu Sam tinggallah menumpang dirumah ibu bapa Najwa. Keesukan paginya Sam dengan dihantar olih Abang Najwa ketempat kerja yang dimaksudkan itu. Setelah berjumpa dengan pengurus tempat kerja dan berbincang..Sam telah diberi wang permulaan sebanyak RM 500.00 seperti yang dijanjikan sebagai tanda persetujuan menerima tawaran tersebut. Ini bukanlah wang gaji tapi sebagai memenuhi syarat yang telah ditetapkan olih Sam jika mahu khidmat beliau. Wang tersebut adalah sebagai perbelanjaan untuk Sam menyediakan kemudahan tempat tinggal dan lain-lain keperluan sebelum memulakan tugas.Sam berjanji dengan pengurus tersebut untuk mula bertugas pada awal bulan depan iaitu 4 hari dari hari itu.Selepas itu Sam bersama abang Najwa pergi membeli belah..makan dan bersiar-siar ketempat peranginan yang ada dibandar Kuala Trengganu.

Sam memulakan tugasnya sebagai Jurulatih kepada beberapa orang pekerja syarikat tersebut sambil membuat rekaan rekacorak dipejabatnya. Pada suatu hari sedang dia bekerja.. Najwa datang menziarahinya. Sam amat terperanjat kerana melihat Najwa telah balik kekampung lebih awal dari apa yang disangkakannya.

No comments:

Post a Comment