KONFLIK DALAM KELAMBU.


SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"

CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.

RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.

SELAMAT MEMBACA.

TERIMA KASIH


ABC.
Ahmad Baharom Creation

Wednesday, 26 November 2014

1.15]. Ayah Sam telah pergi kerumah Najwa untuk menyelesaikan perkara itu. Dia telah berbincang dan bertanyakan semua sebab kepada kedua ibubapa Najwa. Mereka tidak ada menyatakan sebarang kesalahan Sam atau alasan lain melainkan mempertikaikan tindakan Sam membawa pulang wang sebanyak RM 1,500.00 itu kerana katanya membantu ibu ayah untuk membuat dapur rumah mereka. Ayah Sam yang telah tahu akan perkara itu dari Sam tidak membantah atau menyokong sesiapa, dia hanya mendengar. Bila menceritakan hal hasrat hati Sam untuk memperisterikan Najwa, mereka membantah dan amat tidak bersetuju. Memandangkan keadaan tidak berubah maka Ayah Sam pun menceritakan segala yang berlaku diantara Sam dan Najwa semasa Najwa berada diKuala Lumpur serta dikampung Sam kepada orang tua Najwa serta didengari olih kakak-kakak dan Ipar Najwa. Ayah Sam menceritakan bagaimana Sam dan Najwa sentiasa bersama siang dan malam dan pergi kemana sahaja tanpa halangan dan perkara itu telah berlanjutan untuk jangkamasa yang agak lama. Kedua orang dan keluarganya amat terperanjat dan memanggil Najwa dan bertanya untuk pengesahan. Najwa mengaku semua itu adalah betul. Semua terperanjat dan terdiam. Setelah beberapa perbincangan selepas itu maka keluarga Sam bersetuju untuk menggahwinkan Najwa dengan Sam tetapi dengan bersyarat, iaitu Sam dan Najwa tidak bolih berada dirumah mereka dan Sam terpaksa mencari tempat lain untuk tinggal. Kakak Najwa yang sulong menawarkan agar Sam dan Najwa menumpang dirumah mereka sementara waktu dan untuk membiarkan keadaan reda kembali.Akhirnya Sam dan Najwa berkahwin secara ringkas dengan tanpa kenduri atau persandingan. Mereka berdua menumpang tinggal dirumah kakak Najwa di Simpang Tok Ku. Akibat permasaalahan tersebut, semua aktiviti perniagaan di rumah orang tua Najwa diberhentikan dan Sam telah mengambil keputusan tidak mahu meneruskan. Sam juga telah memberitahu semua pekerja hal tersebut dan meminta mereka terus bekerja disana kerana semuanya telah diserahkan kepada keluarga Najwa dan Abang Najwa akan menguruskannya. Lagi pun Sam tak tahu lagi apakah dia akan berniaga lagi atau balik kekampung halaman atau mungkin agak lambat dia hendak memulakan perniagaan baru kerana tiada modal yang cukup. Untuk dia terus meneruskan kerja dirumah ibu-bapa Najwa kerana abang Najwa bertambah marah dengan pernikahan Sam dan Najwa dan mengancam untuk bertindak. Jadi adalah mustahil untuk mengusahakannya semula.

No comments:

Post a Comment