Sam merasakan perkara masaalah dia itu tidak patut dia ceritakan pada Najwa lagi kerana ternyata dia tidak faham dan tindakannya adalah sia-sia. Perniagaan berjalan seperti biasa walaupun agak bermasaalah akibat Sam terpaksa membayar segala hutang bahan mentah dan hutang Hardware yang membekalkan bahan membuat kilang. Sam amat tertekan dan selalu membawa diri menyelam atau memancing ikan untuk menenangkan perasaan sambil mencari idea untuk menyelesaikan masaalahnya.Pernah Sam hampir mati kerana terkena sengatan obor-obor merah dilaut, tetapi dia tetap terus menyelam kerana dengan cara itu dia akan merasa tenang sedikit.
Selain itu dia banyak bercakap-cakap dengan pekerjanya terutama mak saudara Najwa yang amat kelakar dan banyak cakap. Wan namanya. Itulah cara dia menghilangkan tekanan perasaannya sehingga suatu hari dia telah bercakap dengan seorang pekerjanya yang bernama dipanggil dengan nama Tengku. Sam menyatakan kepada Tengku bahawa dia sudah tak betul sekarang dan hampir gila. Tengku menjawab pendek dengan menyatakan faham apa yang Sam alami sekarang. Dia berkata amat simpati dan meminta Sam tabah dan terus berusaha.
Sam rasa terharu dengan kata-kata Tengku itu dan secara berseloroh dia meminta Tengku menolongnya dengan menemankan dia pergi bersiar-siar. Sam amat terperanjat apabila pelawaan nya disetujui oleh Tengku dan setelah sahkan olih Sam maka memang Tengku sedia untuk keluar dengannya. Pada hari Ahad seterusnya mereka pun pergi ke Kuantan bersama.
Tengku telah bercuti kerja pada hari itu dan Sam seperti biasa keluar kerana urusan. Sebelum pergi, Sam telah bertukar kereta dengan salah seorang sahabatnya untuk mengelakkan dikesan atau dikenali olih orang ramai. Sam tidak bolih menggunakan keretanya kerana terlalu ramai yang kenal dan mungkin orang akan perasan dia bersama perempuan lain.
Didalam perjalanan Sam bertanya kepada Tengku, apakah sebab dia berkata faham dengan masaalahnya semasa dia mengajak Tengku untuk menemankan dia berhibur. Tengku menyatakan bahawa dia tahu masaalah Sam melalui Wan tentang masaalah keluarga dan perniagaan Sam. Wan yang bekerja sebagai pembantu Sam serta mak saudara Najwa telah amat tahu dan faham apa yang Sam alami sebelum sehingga sekarang apa yang telah berlaku, begitu juga dengan konflik Sam dengan keluarga mertuanya.
Tiadalah banyak perkara yang dilakukan sepanjang perjalanan itu selain bercerita hal keluarga dan perniagaan serta Tengku menceritakan kisah lucu semasa dia dihantar olih Sam bekerja di bengkel dikampungnya selama 6 bulan. Makan dan membeli belah dan akhirnya pulang pada sebelah petang.Setelah menukar kereta dengan kawannya Sam pun balik kerumah. Setiba sahaja dirumah, dia buat seperti biasa sahaja, tetapi dia melihatkan raut wajah Najwa seperti amat marah dan seperti membenci. Pada waktu malamnya
Najwa bertanya kepada Sam yang sepanjang hari ini Sam pergi kemana.Olih sebab Sam sudah merasakan seperti rahsia dia telah pecah maka Sam pun berterus terang bahawa dia telah pergi keKuantan bersama Tengku. Tekaan Sam memang benar bahawa Najwa telah tahu tapi setelah diminta Najwa memberitahu siapa yang memberitahu, dia tetap berdegil tidak mahu memberitahu Sam.
Pergaduhan tercetus dan Sam cuba meminta maaf serta menerangkan bahawa dia berbuat demikian untuk menghiburkan fikiranya yang sedang berkecamuk dan sedih. Tapi Najwa menyatakan itu hanya helah Sam untuk melepaskan diri sahaja. Sam tahu mungkin perkara ini akan menjadi besar dan kelam-kabut kerana sudah faham perangai Najwa. Kiriman
KONFLIK DALAM KELAMBU.
SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"
CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.
RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.
SELAMAT MEMBACA.
TERIMA KASIH
ABC.
Ahmad Baharom Creation

No comments:
Post a Comment