2.5] Sam merasakan sesuatu yang janggal dengan tingkah laku Najwa, iaitu dia sebenarnya kerang berbual atau bermesra dengannya. Sam selau cuba membuat lawak tetapi disambut dingin olih Najwa dengan cara acuh tak acuh sahaja. Bagitu juga jika Sam menerangkan perihal perniagaan, dia seperti tak berminat sahaja.
Sam berfikir, mungkin Najwa tertekan dengan semua kejadian, sebab itu berperangai sedemikian.Tapi yang menghairankan ialah Najwa amat mesra dan ramah dengan orang lain tetapi tidak dengan Sam. Itulah yang diperhatikan dan difikirkan olih Sam. Walau pun Sam amat terasa, tetapi dia amat takut untuk menimbulkan Isu kerana takut bergaduh dan akan memburukkan keadaan yang telah sedemikian rupa. Jika sesuatu berlaku, dirasakan pihak keluarga Najwa akan bertindak. Jadi semua ketidak puasan hatinya dipendam sahaja.Nasib baiklah keadaan kewangan dan perniagaannya amat baik. Itu sahaja yang membuat dia terhibur serta dia bolih mengubat kesunyian dengan bergurau dengan pekerja-pekerjanya.
Kedinginan Najwa bukan setakat itu sahaja, tetapi terbawa ketempat tidur. Terlalu dingin seperti Batang Pisang. Malah selama berkahwin dengan Sam belum pernah sekali dia mengucapkan perkataan Kasih atau Sayang walau pun dalam keadaan Intim. Dia tidak menolak kehendak Sam tetapi semua dalam keadaan kaku dan senyap serta riaksi wajah yang selamba. Sam pernah juga member tahu dia akan perasaan hati keciwanya berhubung dengan perkara itu dan memintanya berubah, tetapi Najwa akan berkata dia tak tahu dan dia tak bolih berubah kerana itulah dia yang sebenar.Bukan sekali Sam merayu tapi semuanya tetap sama dan akhirnya Sam akur sahaja.
Memandangkan sikap Najwa yang sedemikian Sam membuat satu rancangan untuk membuat Najwa berubah untuk lebih memberi perhatian kepadanya. Sam bercadang membawa Najwa pergi ke Kuala Lumpur untuk berehat dan berhibur. Tetapi sebelum itu Sam telah menalipon rumah Rokiah diKuala Lumpur dan memberitahu bahawa dia telah berkahwin dan sekarang menetap diTrengganu serta telah berniaga. Rokiah amat terperanjat dan mengucapkan Tahniah kepada Sam.
Sam juga berkata kepada Rokiah untuk memperkenalkan Najwa kepadanya dan akan berada di Kuala Lumpur minggu hadapan dan mungkin apabila sudah tiba diKuala Lumpur, dia akan menalipon Rokiah untuk bertemu akan member lokasinya sekali. Rokiah amat teruja dan berjanji akan datang. Sam sampai di Kuala Lumpur bersama Najwa dan menetap disebuah bilik si Hotel Pudu Raya.
Selepas itu dia menalipon Rokiah serta member tahu lokasi serta bilik dia menginap. Sebelum ini Sam telah pun memberitahu Najwa tentang bahawa ada seseorang ingin berkenalan dengannya. Dia setuju dan tidak membantah. Sam juga berkata bahawa sahabatnya itu akan datang berjumpa mereka diHotel tersebut. Sedang mereka berbaring didalam bilik, talipon dibilik itu berbunyi serta didapati ianya adalah Rokiah. Dia memberitahu bahawa dia telah sampai di Lobi hotel tersebut dan menunggu disana untuk berjumpa.Sam dan Najwa pun bersiap diri dan turun ke Lobi hotel.
Sebenarnya Sam selepas kali terakhir pergi kerumah Rokiah dan bertemu dengan kekasihnya Anizan, itulah kali pertama dia bertemu semula setelah hampir setahun setengah tidak bertemu dan tiada khabar berita. Sebaik sahaja terpandang Rokiah di lobi hotel itu, amat terperanjat Sam melihatkan Rokiah begitu jelita serta Nampak terlalu anggun dengan skirt labuh dan Blouse . Dari jauh Sam telah mengenali Rokiah, tetapi Najwa masih tidak perasan. Sam terus memimpin Najwa kearah Rokiah yang sedang duduk disofa dan membaca majalah.
No comments:
Post a Comment