KONFLIK DALAM KELAMBU.


SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"

CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.

RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.

SELAMAT MEMBACA.

TERIMA KASIH


ABC.
Ahmad Baharom Creation

Wednesday, 26 November 2014

BAB 6. SAM MENJADI ZOMBI. 6.1] Sam mengikut Najwa dan anak-anak kerana dia juga risau keselamatan keluarganya akibat kes Bakar Bas itu dan dia masih takut ada pihak yang masih cuba membalas dendam, dan juga kegagalannya untuk memikirkan cara dan iktiar untuk memulakan kehidupan ditempat lain akibat sudah kehilangan segala peralatan dan wang. Ini juga akibat kesukaran pengankutan akibat keretanya telah tiada. Dia pulang keTrengganu pun bukan untuk membuka perniagaanya semula sekadar untuk berehat disamping mencari ketenangan dan berihat sambil mencari peluang dan masa sesuai untuk bergiat aktif semula. Hatinya sudah agak tawar dan semangatnya luntur untuk menggiatkan perusahaannya buat masa ini. Sam menumpang sementara waktu dirumah mertuanya di Hiliran Masjid dan bercadang untuk membuat kerja-kerja bertukang atau pergi mengikut orang kelaut untuk menangkap ikan. Itu sahaja yang hendak dia lakukan, asalkan dia bolih menyara anak dan isterinya.Akibat ketiadaan kenderaan semua itu amat sukar untuk dilaksanakan. Akhirnya keluarga Najwa bercadang untuk membesarkan rumah mereka dan Sam bersetuju untuk membuatkan rumah itu. Dengan itu dia dapat membayar jasa mertuanya yang sekarang menanggung makan minum Sam anak beranak. Sam tidak mengambil sebarang upah untuk tujuan itu. Hampir dua bulan dia bertukang seorang diri dan kekadang ditolong olih ayah dan abang Najwa apabila ada yang tak mampu dilakukan seorang diri sehinggalah siap rumah itu.Dalam masa Sam melakukan kerja-kerja bertukang itu, dia merasakan kesihatannya bertambah pulih serta agak berpuas hati dengan layanan Najwa dan keluarganya yang agak berlainan dari dahulu.Begitu juga dengan pihak Yusri serta kakak Najwa yang lain. Sam amat gembira dengan perkembangan itu dan menjadi lebih bersemangat semula. Selepas semua kerja bertukangnya siap, Najwa dan keluarganya mencadangkan Sam untuk berpindah dan mengusahakan gerai makanan ditanah kepunyaan Ibu Najwa diPaka iaitu lebih kurang 60 kilometer dari Kuala Trengganu. Sam mengikut sahaja cadangan itu, lagi pun dia memang pandai memasak. Sam juga amat suka dengan cadangan itu kerana dia tahu bahawa tampat itu amat bedekatan dengan laut dan sungai, dan dapatlah dia berehat sambil menenangkan fikiran disana. Dia amat tidak selesa berada dirumah ibu-bapa mertuanya kerana berita dia telah kembali keTrengganu dalam keadaan itu telah hebuh dikalangan sahabat dan rakan niaganya yang dahulu. Sam bukan tidak mahu untuk berusaha menjalankan perusahaan batik semula, tapi dia tidak mahu menumpang lagi kemudahan atau bantuan keluarga Najwa lagi. Sam sudah serik dan masih tidak dapat melupakan kisah lampau.Dia tahu jika dia hendak membuat perusahaan batik lagi, mungkin amat mudah kerana masih ramai sahabatnya yang akan membantu serta membeli hasil pengeluarannya yang sentiasa berkualiti terbaik. Peluangnya untuk maju masih terbuka, tetapi merasakan dia masih kurang kuat serta fikirannya masih tertekan, dia masih ingin berehat sikit masa lagi.Dia tahu untuk menjalankan perusahaan tersebut perlukan fikiran yang kreatif dan usaha yang kuat dan tak sesuai dengan keadaannya sekarang dimana dirasakannya amat lemah. Keyakinannya tergugat.Sam akhirnya membuat keputusan untuk berpindah kePaka dan mengikut cadangan Najwa dan keluarganya. Apa yang penting sekarang ialah menenangkan jiwa dan cuba memulihkan kasih sayang diantara dia dan Najwa.

No comments:

Post a Comment