Tuan Khadi itu bertanya semula bagaimana Sam melafazkan takliknya dan Sam mengulanginya semula, " Kalau kau keluar sahaja dari rumah ini maka jatuhlah talak 3 kepada kamu". Kwmudian Khadi itu bertanya semula samaada Sam menyebut rumah atau pun pintu, dan Sam berkata Rumah serta Najwa mengakuinya.
Khadi itu yang tahu keadaan rumah yang mereka duduki itu berkata, dia tahu bahawa rumah itu masih mempunyai Garage atau ruang hadapan yang luas dan beratap dihadapan rumah itu dan bertanya,adakah Najwa telah keluar melepasi kawasan garage tersebut dan Najwa berkata dia hanya keluar depan pintu dan tidak terkeluar dari kawasan Garage tersebut.
Khadi itu berkata bahawa istilah bagi sebuah rumah ialah meliputi kawasan atap atau sebagai pelindung utama sessuatu bangunan yang diikhtiraf sebagai rumah atau tempat berlindung.Olih sebab Najwa masih belum terkeluar dari lindungan atap rumah itu, dia masih di ketagorikan masih berada didalam rumah. Maka dengan itu dia mengesahkan bahawa lafaz Taklik yang Sam lafazkan itu masih tidak dilanggari olih Najwa. Dengan itu tiada talak yang jatuh. Setelah selesai dan berasa lega dengan penerangan Khadi itu mereka pun pulang kerumah dan memberi tahu Arfah perkara itu dan Arfah amat gembira.Sam berasa lega tapi dia tidak tahu dengan perasaan Najwa.
Sam menunggu juga ulasan dan perkataan apa yang bakal keluar dari mulut Najwa, tapi hampa. Sam dah jangka tetapi dia sudah puas hati kerana dia telah meminta maaf kepada Najwa tentang kekasaran kata-kata dan perbuatan menyepak Najwa malam tadi. Tentang penerimaan Najwa itu, terpulanglah kepadanya. Sam tak kisah.
Sam merasa lega kerana dengan tidak jatuh talak kepada Najwa, anak-anaknya terselamat dari bencana akibat kesilapannya.Selain itu Sam juga merasakan bahawa dia tidaklah perlu berhadapan dengan kemarahan ibu-bapanya yang ternyata tidak menyukai perkara tersebut. Selama ini pun Sam masih takut kepada ibubapanya untuk bernikah lagi walaupun amat kecewa dengan Najwa serta keluarganya, dan itu juga penyebab yang membuatkan Sam berfikir seribu kali untuk berkahwin lagi.
Melalui pengalaman itu Sam telah mengambil ikhtibar agar tidak lagi melayan kerenah Najwa sekiranya dia sedang marah kerana ini akan membuatkan dia cepat hilang pertimbangan serta secara tak langsung akan membuatkan dia juga hilang pertimbangan.Dia sudah serik dan apa yang penting sekarang ialah perjuangannya mencari rezeki untuk masa depannya.
Sam sentiasa mengimbas kembali segala perbuatan salahnya selama ini dan berkata mungkin ini semua adalah kifarah Allah kepadanya. Didalam hati Sam timbul seribu penyesalan serta bertubat untuk melakukan semua perkara yang salah yang telah dilakukan serta memohon Allah memberi pertunjuk kepadanya kejalan yang benar.
Sam juga perasan bahawa tangannya mula menggeletar semula serta dada dan semua sendinya merasa nyilu dan amat menyakitkan. Dia tahu dia dalam keadaan yang agak sedih dan tertekan serta amat keliru.Kekadang dia merasakan hendak menjerit sekuat hati untuk melepaskan semua perasan sedih dan marahnya ketika itu.Tetiba segara tak sengaja dia menendang meja yang berada dihadapannya yang membuatkan Najwa dan Arfah datang melihat bunyi bising itu. Arfah tergengang tetapi Najwa masuk kedalam biliknya bila tahu yang Sam menendang meja.

No comments:
Post a Comment