KONFLIK DALAM KELAMBU.
SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"
CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.
RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.
SELAMAT MEMBACA.
TERIMA KASIH
ABC.
Ahmad Baharom Creation
Wednesday, 26 November 2014
5.3]. Sam masih belum berani pulang kerumahnya selagi dia tidak dapat pulang kerumahnya kerana kerana mungkin ibu dan ayahnya akan memarahinya diatas semua yang terjadi.Sam tetap berusaha untuk mencari pakciknya Razak atau Lanis untuk menghantar Van itu dan mengambi keretanya semula. Jika sudah dapat keretanya kembali dia bercadang untuk membeli kereta lain dan membatalkan hasrat untuk membeli Van kerana keputusan Sam untuk berniaga dikampung halamannya telah dibatalkan kerana masaalah keselamatan akibat kes Bakar Bas itu.
Sam telah pergi berjumpa dengan dua orang sahabatnya yang menjadi Penjamin pinjamannya iaitu Ramli dan Abdullah untuk memberitahu keputusannya untuk memberhentikan perniagaan dan juga pinjaman. Bila Sam berjumpa dengan kedua sahabatnya itu, mereka pun berkata bahawa sekarang sedang hebuh berita diantara sahabat yang menyatakan bahawa Sam telah berkahwin dengan salah seorang pekerjanya serta telah berpindah bersama keluarga mertuanya yang baru. Sam menafikan cerita itu dan sebagai kawan lama, mereka mempercayai Sam dan akan member tahu sahabat lain.Sam tidak menyangka sehingga begitu besarnya tersebar berita palsu berkenaan dia dengan Ijah serta keluarga Alias.
Ramli dan Abdullah yang merupakan orang tempatan dibandar itu member amaran kepada Sam kerana setelah Sam member tahu kepada mereka yang dia sedang mencari Razak dan Lanis.Mereka berkata bahawa Razak dan Lanis adalah anggota sendikit yang aktif dibandar itu. Mereka disyaki terlibat dengan penipuan dan sendikit pemalsuan lessen kereta dan pelacuran. Sam amat terperanjat mendengar cerita itu serta menceritakan kisah dia telah membuat urusan dengan mereka berdua berhubung dengan Van yang dipakainya sekarang. Ramli dan Abdullah member amaran kepada Sam agar berhati-hati dengan perkara itu, kerana ditakuti Van yang sedang digunakan itu adalah kereta curi.
Sam telah berjumpa dengan Inspektor Azizi dan member tahu kisah Van tersebut dan sebagai persediaan pelindung diri Sam diarahkan membuat satu lapuran Polis yang menceritakan segala hal berhubung urusan pertukaran kereta dan Van itu. Menurut Inspektor Azizi, Razak dan Lanis juga sedang dipantau olih pihak Polis berhubung beberapa kes penipuan diBandar itu. Sam mula berasa takut setelah mendengar semua itu, tetapi setelah dia membuat repot dan juga mendapat jaminan pihak polis, dia masih menggunakan Van tersebut untuk pengangkutannya masa ini.
Petang itu dia mendapat khabar dari Rais bahawa anak dan isterinya Najwa sekarang berada dirumah Mak Andak nya kerana menghadiri serta membantu satu majlis yang bakal diadakan. Menurutnya lagi mungkin Najwa akan terus berada disana sehingga majlis selesai malam itu. Jadi Rais menasihatkan agar Sam pergi berjumpa Najwa dan anaknya disana mala mini dan cuba memberi penjelasan apa yang sebenarnya yang terjadi.
Rais juga memberi tahu bahawa isteri dan anak-anak Razali yang telah ditangkap itu telah berpindah kesuatu tempat yang tidak diketahui dan berkata kepada semua orang yang mereka berpindah kerana mengikut Razali yang mendapat pekerjaan yang lebih baik serta lumayan ditempat lain. Rais adalah saudara Sam dan Razali serta rapat juga dengan keluarga Razali. Dia ada juga mendengar khabar bahawa Razali telah ditangkap polis tapi sudah bebas kerana disyaki sahaja. Sam pura-pura tak tahu hal tersebut dan berkata bahawa eluklah kalau begitu.
Kiri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment