KONFLIK DALAM KELAMBU.


SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"

CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.

RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.

SELAMAT MEMBACA.

TERIMA KASIH


ABC.
Ahmad Baharom Creation

Wednesday, 26 November 2014

3.11] Sam balik semula pada tengahari kelapan dia dikatakan telah hilang didalam sungai. Ramailah sahabat mengunjunginya kerana ramai orang kampong telah pergi mencari Sam diseluruh sungai namun tak berhasil berjumpa dengan dia. Sam pun menerangkan bahawa memang dia mengikuti sungai itu, tetapi dia telah terjumpa satu alur kecil yang menuju kedalam hutan dan cuba masuk kedalam hutan dan akhirnya telah terjumpa sebuah tasik yang amat cantik didalam hutan tebal itu. Masa dia masuk itu, air sungai pasang besar, tetapi bila air surut perahunya tidak bolih keluar kerana dihadang olih kayu-kayu balak serta akar pokok jejawi.

Olih kerana air pasang besar hanya satu kali dalam sebulan maka selepas itu Sam tidak dapat keluar kerana paras air yang rendah membuatkan kayu-kayu balak sentiasa diatas permukaan air dan membuatkan sampannya tidak bolih keluar. Jika hendak menunggu air pasang besar lagi, Sam terpaksa menunggu bulan hadapan, baru bolih keluar.Sam terperangkap ditasik itu sambil setiap hari dia berusaha membersihkan laluan dengan tujuan supaya keluar dari tasik itu.

Setiap malam dia terpaksa tidur dalam sampannya didalam tasik itu.Setelah diceritakan olih Sam keadaan tasik tersebut kepada pakciknya, sah memang dia telah Berjaya masuk kedalam sebuah tasik yang bernama Alah Rasau Cantik yang mengikut orang ramai memang sudah amat lama orang tidak bolih memasukinya kerana laluan untuk masuk kedalamnya telah dihadang olih kayu balak yang tumbang. Mmenurut pakcik Sam yang juga seorang pemburu yang terkenal, didalam tasik itulah tempat buaya-buaya dalam sungai itu bersarang dan mengawan. Dia juga pernah menembak seekur buaya yang amat besar disana.

Mendengar cerita pakciknya itu,Sam merasa takut, tapi sepanjang dia berada dalam tasik itu, tiada langsung berjumpa dengan buaya kecuali udang dan ikan, memang banyak dapat bila dia memancing untuk dibuat lauk.

Rupanya semasa didalam tasik tersebut, dia telah membuat kertas kerja untuk projeknya. Itulah sebab dia membawa fail-fail beserta ketas dan alat tulis sekali. Dia membuat semua darf kertas kerjanya dalam hutan itu dan bila pulang kerumah dia hanya menaip serta menyiapkannya. Setelah siap semua kertas kerja dan setelah dia berjumpa dengan pihak bank, dia telah memberi tahu kepada ayah dan ibunya bahwa dia akan mula menjalankan perniagaannya semula dan akan membuka dan menjalankan semula bengkel batik yang sedia ada itu. Sam merasa dirinya sudah betul-betul sihat sekarang dan bersedia untuk melukis semula.

Sementara menunggu wang dari pinjaman Banknya keluar, Sam akan memulakan terlebih dahulu segala perancangannya dengan menemuduga pekerja yang ingin bekerja serta berlatih dibengkelnya nanti.Pembuatan alatan dan pengubah suaian bengkel pun dilakukan olih Sam. Selain itu, Sam juga telah menyewa sebuah rumah kedai yang akan dijadikan pejabat serta pusat pameran hasil keluarannya nanti.Sam dan anak-anak serta isterinya telah berpindah dan menetap dikedai yang disewanya itu untuk memudahkan Sam bekerja dan Najwa menjaga pusat jualan.

Dengan sedikit modal sendiri yang ada, Sam telah membuat persiapan untuk memulakan perusahaan membuat batiknya semula. Dia telah pergi berunding dengan pihak Kraftangan Malaysia, Batik Malaysia Berhad dan juga semua pelanggan-pelanggannya yang berada diKuala lumpur dan kawasan sekitar yang berhampiran. Mereka sedia berurusniaga semula sekiranya Sam menjalankan perusahaannya semula.

No comments:

Post a Comment