1.13] Dalam keadaan yang amat tertekan Sam tidak dapat berfikir sangat selain kekecewaan hatinya yang terpaksa berpisah dengan Najwa. Dia masih yakin bahawa Najwa tidak tahu menahu hal yang sebenarnya berlaku. Dia masih amat percayakan Najwa masih seperti dahulu kerana bukan baru dia kenal Najwa serta menganggap Najwa adalah mangsa keadaan ini.
Walaupun Najwa tidak membantu atau menghalang semua kejadian, adalah kemungkinan dia amat hurmat dan takut kepada keluarganya. Sam semasa didalam bilik petang tadi telah memikirkan segala kemungkinan yang menyebabkan semua perkara ini berlaku. Pertama dia merasakan bahawa keluarga Najwa tidak puas hati kerana dia mengambil wang sebanyak RM 1,500.00 itu apabila dia hendak pulang kekampung tempuhari. Sam agak pelik kenapa mereka mempertikaikan perkara itu kerana selama 3 bulan dia bekerja disana segala keuntungan telah berlipat kali ganda.
Apa yang dimintanya adalah terlalu sedikit jika dibandingkan segala keuntungan yang disimpan dan yang telah gunakan sebagai penambahan Stok, membuat peralatan proses dan juga Pembinaan bangunan bengkel. Jikalau dikira gaji pun maka baru jatuh sebanyak RM 500.00 sebulan dan jika ditambah dengan makan minum Sam yang ditanggung olih keluarga Najwa, paling tinggi pun ialah sekitar RM250.00 sebulan. Ini bermakna Sam hanya mengambil RM750.00 hingga RM800.00 sebulan dari segala hasil dia bekerja sebegitu teruk dan rajin. Apa yang pasti sekiranya itu adalah dianggap sebagai Gaji maka tidak sepadan dengan korban Sam berhenti kerja dengan gaji sebanyak RM 1,500.00 sebulan. Sam tidak langsung mempertikaikan semua itu kerana dia menganggap perjanjian sebagai rakan kongsi akan memberi masa depan yang baik untuknya dan rela bekorban sama untuk memajukan perniagaan itu.
Perkara kedua yang Sam fikirkan ialah keluarga Najwa sudah mula gelap mata dengan hasil keuntungan beratus ringgit sehari yang didapati sekarang. Apabila pekerja mahir telah ada maka seperti hendak menyingkirkan Sam dan membiarkan Najwa dan abangnya Yusri mengawal segala-galanya. Segala provokasi yang dibuat olih Yusri sekadar helah untuk menghalau Sam meninggalkan segala perniagaan itu. Ini semua telah menjadi amat mudah kerana semua cara pembuatan telah diajar olih Sam dan Bengkel dan peralatan telah tersedia. Semua itu adalah amat besar jika dibandingkan dengan nilai modal awal sebanyak RM1000.00.
Perkara ketiga yang Sam jangkakan ialah keluarga Najwa tidak suka Sam menjadi menantu mereka kerana Sam orang luar yang tidak jelas pegangan Parti Politiknya kerana orang dari negeri Malaysia barat adalah penyokong Umno dan kerajaan. Sam berfikiran begitu setelah melihat bahawa keluarga Najwa adalah penyokong kuat Parti Pas. Ini terbukti kerana Abu dan Ayah Najwa tidak langsung pernah bersembahyang diMasjid yang amat dekat dengan rumahnya walaupun pada hari Jumaat.
Jarak antara Masjid itu dengan rumahnya adalah lebih kurang 100 meter sahaja iaitu Masjid Hiliran. Mereka sentiasa bersembahyang di Masjid dimana orang Pas ramai berkumpul termasuk Masjid Haji diRusila yang amat jauhnya pada hari Jumaat.Ini termasuk keluarga Kakak-kakak dan abang iparnya yang amat cenderung kepada Parti Pas. Secara keseluruhan mereka semua adalah orang Pas termasuklah semua keluarga terdekat mereka yang lain. Kirim
No comments:
Post a Comment