KONFLIK DALAM KELAMBU.


SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"

CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.

RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.

SELAMAT MEMBACA.

TERIMA KASIH


ABC.
Ahmad Baharom Creation

Wednesday, 26 November 2014

4.2] Walaupun sekarang perhubungan Sam dan Najwa bertambah baik tetapi masih terdapat bebrapa perkara yang masih seperti dahulu. Apa yang Sam fahami bahawa cara pemikiran dan kefahaman Najwa tetap tidak berubah, termasuk layanan dinginnya dalam hubungan intim. Sam sudah tidak mahu berbincang banyak dengan Najwa dalam banyak perkara dan selalu menglamun sendirian dan Najwa terasa akan perubahan itu. Sekarang Najwa pula yang memarahi Sam kerana acuh takacuh kepadanya.Mana Najwa tidak marah kerana jika Sam sedang termenung, walaupun berkali Najwa memanggilnya dia macam tak perasan sahaja. Kekadang mereka bergaduh sebab itu.

Sam sentiasa berharap Najwa akan berubah serta sedar akan tanggungjawabnya terhadap suami serta menjadi seorang sahabat yang paling setia kepadanya.Kekadang Sam berhayal, alangkah baiknya jika Najwa beraksi seperti Rokiah diranjang dan juga bersikap seperti Wan yang romantic, pandai ambil hati dan mudah memahami. Sekarang Sam telah yakin bahawa wanita seperti itu wujud Cuma dia tidak bernasib baik. Walaupun semua impiannya tak kesampaian lagi, tapi dia akan tetap cuba menyayangi Najwa serta mengasuhnya kerana Sam amat sayang kepada anak-anaknya.

Hakikatnya Sam masih amat teringatkan Wan dan selalu terbayangkan wajahnya serta kebaikannya serta keluarganya. Rancangan perniagaan Sam berjalan lancer serta sokongan pihak Bank untuk meluluskan pinjaman yang berkadar besar juga telah diketahui kerana sokongan dan jaminan sahabatnya yang berpengaruh. Semuanya menunggu masa untuk Sam melancarkan apa yang difikirkan dan dirancang sebelum ini. Program latihan pekerja mahir pun berjalan lancar.

Memandangkan bahawa dia memerlukan sebuah kenderaan yang agak besar bagi membawa barangan yang banyak, Sam bercadang untuk menukarkan keretanya kepada sebuat Van. Dia pun tidak berapa selesa menggunakan kereta itu lagi setelah sahabatnya yang meminjam keretanya itu terlibat dengan satu pelanggaran dan melibatkan dua orang remaja maut. Sam telah berminat dengan sejenis Van terbaharu masa itu, iaitu Jenis Isuzu WFR yang sangat cantik serta agak besar.

Bagi tujuan itu, Sam dan Ayahnya telah pergi kesebuah pusat jualan kereta untuk membuat urusan belian Van yang dikehendakinya. Semasa Sam dan Ayahnya berada disebuah pusat jualan kereta sambil membuat rundingan, dia didatangi olih bapa saudaranya yang bernama Razak yang memang saudara rapat ayahnya dan bertanya tujuan mereka disitu. Setelah memberitahu tujuan mereka, Razak pun menawarkan sebuah Van seperti yang dikehendaki. Katanya ia adalah milik seorang rakannya yang bernama Lanis yang ingin menjualkannya, Razak pun membawa mereka melihat keadaan Van tersebut dan didapati ianya amat cantik kerana telah diubahsuai serta mempunyai cermin gelap seolah-olah sebuah kenderaan VIP.

Akhirnya setelah berbincang segala berkenaan harga dan cara pembelian, Razak telah menawarkan Sam untuk mencubanya dalam sebulan dahulu dan datang semula jika sudah berpuas hati. Selepas itu barulah urusan juak beli dilakukan. Sam telah bersetuju dan meninggalkan keretanya sebagai gentian kepada pemilik Van itu untuk dijadikan pengangkutannya. Kebetulan masa itu dia juga membawa Geran keretanya bersama dan Razak meminta Sam meninggalkan kepadanya untuk disimpan sebagai bukti sekiranya ada kesulitan semasa mereka menggunakan keretanya itu. Sam pun bersetuju dan mulai hari itu Sam menggunakan Van tersebut sebagai kenderaannya.

No comments:

Post a Comment