KONFLIK DALAM KELAMBU.


SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"

CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.

RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.

SELAMAT MEMBACA.

TERIMA KASIH


ABC.
Ahmad Baharom Creation

Thursday, 27 November 2014

7.5] Sam tahu perbuatannya bertandang keKelab Malam itu adalah salah serta secara tak langsung bersubahat dengan dosa yang dilalukan olih Ali dan Lan. Sam juga menasihatkan Ijan agar tidak mengikut semua perangai dan kelakuan mereka yang nampak bersalahan, cukuplah sekadar sebagai pedoman dan contoh untuk dijadikan tauladan.Sam juga berkata dia hanya ingin mengetahui keadaan kumpulan seperti ini dengan lebih dekat sambil tumpang berhibur sahaja kerana masa ini belum ada cara lain untuk dia dan Ijan menghilangkan keresahan dan kebosanan mereka yang sedang berada diperantauan. Sam menyatakan bahawa apa yang dilakukan ini adalah bersifat sementara sahaja dan dia merasakan suatu pembaziran yang sia-sia.Kerana pendapatannya besar, maka semua itu tidaklah terasa sangat.

Sam yang sekarang berseorangan dan kesunyian cuba untuk melupakan Najwa dan anak-anaknya kerana semua itu sering menggangu fikirannya. Dia amat rindu dan bersedih kerana mereka terpaksa berpisah kerana masaalah yang sedang dialami dan semua itu amat menyakitkan. Terasa juga Sam ingin berkahwin lagi tetapi selama ini dia tidak langsung pernah bertemu wanita yang berjaya menyentuh hatinya. Mungkin juga sebab dia terlalu sibuk dan tiada kesempatan berkenalan dengan wanita lain. Sesekali dia terbayangkan Wan tetapi semua itu telah menjadi amat mustahil, dan mungkin juga Wan telah pun berkahwin dan mulai hari itu Sam tidak mahu menaruh harapan kepada Wan melainkan hanya mengenang kebaikannya sahaja. Terfikir juga dia kepada Mala yang menjadi penari Kelab Malam itu, iskh semua itu mengarut kata hati Sam. Berserabut kepala Sam memikirkan soal untuk mencari pasangan hidup, tetapi bila terkenang dan terbayang wajah anak-anaknya, semua angan-angannya musnah.

Selepas Ijan meninggalkan Trengganu, Sam tidak lagi tahu keadaan Najwa dan anak-anaknya kerana dia memang tidak mahu menalipon atau bertanya khabar mereka. Malah Sam tidak juga menghantar belanja untuk mereka. Sekarang Sam telah berubah menjadi seorang suami yang tidak bertanggung jawab. Walau bagaimana pun jauh dilubuk hatinya, semua yang diusahakan sekarang adalah untuk mereka. Untuk membuatkan dia mampu berusaha, Sam terpaksa berpisah sementara waktu dengan ibu mereka, Najwa.

Suatu hari Sam dan Ijan telah pergi ke Kuala Lumpur untuk mengambil stok barangan dan mereka telah singgah di Pudu Raya untuk berehat dan makan Yong Tau Fu yang menjadi kegemaran Sam sejak dibangku sekolah menengah lagi.Sam semasa sekolah selalu makan disitu termasuk juga bila keluar dengan Rokiah. Semasa Sam dan Ijan sedang makan, Sam terpandang kepada seorang perempuan yang dia rasa adalah sepupunya yang bernama Zizi.Setelah diteliti memang Zizi, lalu Sam meninggalkan Ijan yang sedang makan dan Sam mula mengikori Zizi. Akhirnya Sam tahulah bahawa Zizi bekerja sebagai jurujual tiket bas express yang ada disitu. Sam pun pulang semula untuk meneruskan memakan Yong Tau Fu bersama Ijan.

Selepas makan Sam pun pergi kekaunter jualan tiket dimana Zizi bekerja dan mereka mula bersembang dan akhirnya Zizi memberi alamat rumah tempat dia tinggal kepada Sam. Sam berkata bahawa malam ini Sam belum boleh pulang ke Perak sebab terpaksa menunggu barngan yang masih belum mencukupi. Sam bercadang untuk bermalam dirumah Zizi dan Zizi amat suka kerana dia pun sudah lama tak berjumpa. Seperti yang dijanjikan akhirnya Sam telah pergi kerumah Zizi pada malam itu.

Rumah yang didiamai olih Zizi adalah sebuah rumah teres yang agak besar tetapi Sam terkejut bila Zizi tinggal sendirian disana. Sam tahu kalau kawasan tersebut, rumah sebesar itu, harga sewanya mungkin bolih memcecah RM 500.00 sampai RM 600.00. Memandangkan Zizi berkata dia hanya tinggal sendirian dan bekerja pula hanya sebagai jurujual tiket Bas Express maka terlalu banyak persoalan yang menerjah fikirannya. Walau bagaimana pun dia hanya buat tak tahu dan tidak bertanya sebarang soalan berkenaan hal itu kepada Zizi.

Sam bermalam dirumah Zizi malam itu.Dalam pada itu Sam dapati peralatan yang terdapat dalam rumah itu semua mencukupi, tetapi Sam berfikir semua itu telah sedia ada semasa rumah itu disewa. Setahu Sam keluarga Zizi dikampung adalah tergolong dari keluarga yang agak miskin dan tak mungkin dia mampu membeli semua itu serta duduk dirumah sebesar itu sorang diri dengan pendapatan sebagai penjual tiket bas.Walau bagaimana pun Sam tidak berkata apa-apa selain menyimpan semua itu dalam hati. Sebelum pulang pagi itu Sam berkata kepada Zizi, jika Zizi bercadang untuk berkahwin, jangan lupa untuk menjemput dia.

No comments:

Post a Comment