KONFLIK DALAM KELAMBU.


SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"

CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.

RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.

SELAMAT MEMBACA.

TERIMA KASIH


ABC.
Ahmad Baharom Creation

Friday, 28 November 2014

7.8] Hari itu Sam tiada kemana-mana selain membawa Najwa dan anak-anaknya berjalan-jalan serta makan dan minum sepuasnya sehingga kemalam hari.Sam betul-betul ingin melepaskan kerinduannya kepada anak-anak serta dia pun faham perasaan mereka. Sam dan Najwa tiada banyak perkara yang dibincangkan selain bercerita hal dan keadaan anak-anak semasa ketiadaan Sam.Didalam masa yang sama, Sam masih menunggu Najwa menluahkan perasaan hatinya serta mengulas segala kejadian yang telah berlaku, tetapi hampa.Sam amat kecewa serta berkata dalam hati, " Dia ni masih belum faham dan sedar serta tidak berubah lagi".Dalam masa itu Sam juga memikirkan bahawa Najwa sememang nya dijadikan Allah sedemikian pemikirannya.

Bila Sam mengenangkan kefahamannya tentang fitrah manusia dalam perkara mencari Ilmu, Sam merasakan Najwa adalah manusia yang tidak mahu belajar serta mengambil ikhtibar dari apa yang telah berlaku.Dalam masa Sam amat gembira kerana dapat bersama semula dengannya tetapi dia amat kecewa dengan perkara utama yang menjadi agenda perjuangannya selama ini, iaitu mengubah Najwa menjadi seorang isteri yang Sam dambakan.Walau bagaimana pun Sam masih berharap.

Sejak ketiadaan Ijan, Sam tidak pergi berniaga kerana tiada pembantu yang bolih membantu dia.Dia tidak bercadang untuk membawa Najwa dan anak-anak kerana masaalah anak-anak mereka yang agak nakal, dan Sam takut terlalu sibuk dan tidak dapat mengawal mereka semasa Sam berniaga. Olih itu dari kedatangan Najwa dan anak-anak, Sam tidak dapat berniaga selain hanya membekalkan barangan kepada agen-agennya yang terus berniaga sahaja. Selain itu Sam juga terpaksa memberhentikan sementara waktu hasratnya untuk mengembangkan perniagaannya keKedah.

Sam berfikir bahawa adalah tidak selesa untuk tinggal dirumah Resort itu kerana tiada bolih memasak dan bayaran untuknya juga amat tinggi, serta sekarang dia tiada pembantu, jadi yang satu bilik lagi itu adalah tidak diperlukan. Sam telah mengambil keputusan untuk menyewa sebuah rumah untuk mereka semua.

Akhirnya Sam telah berjumpa sebuah rumah yang difikirkan amat sesuai serta amat selesa untuk dia dan keluarga. Ruamh tersebut adalah dahulunya diduduki olih seorang Pegawai Daerah dan rumah itu amat besar serta terletak amat berdekatan dengan Pekan Parit itu.
Setelah menyewa rumah tersebut, Sam pun membeli semua kelengkapan rumah yang mencukupi untuk keselesaan dia dan keluarganya.Walaupun hati Sam masih amat tidak berpuashati dengan sikap Najwa yang dirasanya masih belum berubah, tetapi dia tetap seperti biasa, iaitu sentiasa cuba memberi yang terbaik untuk keluarganya.

Walaupun keluarganya sudah berada bersamanya, Sam terasa sekarang dia lebih banyak mengalami sakit hati jika dibandingkan semasa dia tinggal bersendirian dahulu. Sekarang dia terasa sudah tidak tenteram serta selalu mengalami perasaan kecewa dan sakit hati yang dialaminya sepanjang masa. Dia cuba memaafkan Najwa sebab kealpaannya itu untuk membuang perasaan itu, tetapi ternyata gagal.Sam mula merasakan panas walaupun dia sekarang bersama keluarga yang dirinduinya, serta tinggal dirumah yang besar serta selesa.

Akibat perasaan Panas itu terus melanda dirinya terutama diwaktu malam,Sam telah pergi bertemu dengan Ali dan Lan untuk mengajak mereka pergi berhibur keKelab Malam seperti biasa.Ali dan Lan telah meminta Sam turut membawa sahabat mereka yang bernama Isa untuk turut bersama mereka.Sam bersetuju kerana Ijan pun sudah tiada dan adalah lebih baik ramai supaya lebih meriah.

Ali dan Lan yang telah mengetahui bahawa isteri dan anak-anaknya telah datang dan menetap bersamanya sekarang amat terperanjat dengan sikap Sam yang masih ingin terus berpoya-poya. Bagi mereka, peluang untuk berpoya-poya bersama Sam sudah tertutup rapat dan mungkin hanya sebulan sekali sahaja mereka berpeluang, iaitu jika ada wang lebih selepas menerima gaji.Sam berseloroh dengan mereka supaya jangan banyak tanya dan berfikir sebab sebab mereka semua Zombi dan hanya tahu mabuk sahaja.

Selepas itu Sam menalipon Mala dan menyatakan bahawa dia akan pergi keKelab Malam pada malam nanti, dan Mala berkata bahawa dia akan bercuti untuk meluangkan masa bersama Sam. Menurut Mala, dia sudah amat rindu kepada Sam yang sudah lama tidak mengunjunginya. Mala menyatakan perasaan rindunya kepada Sam.

No comments:

Post a Comment