1.3] Sam telah pulang kekampungnya untuk bertanyakan kepada ibu bapanya pendapat mereka tentang tawaran tersebut dan ayahnya amat bersetuju kerana perniagaan yang dijalankan sekarang pun masih belum selumayan itu. Disamping itu ayahnya berharap Sam merantau kekampung Najwa serta mendalami ilmu agama kerana orang disana khabarnya alim-alim.
Ayah dan ibu Sam meminta agar Sam memberitahu abang sepupunya tentang perkara itu dengan cara baik. Sam memberi jawapan persetujuan kepada Najwa berhubung tawaran tersebut dan meminta Najwa menguruskan semuanya sehingga semuanya pasti. Sam masih berkerja bersama abang sepupunya dan dalam masa itu tempahan bertambah dengan banyaknya. Siang malam Sam terpaksa bekerja..Semakin hari semakin maju. Sam menjadi keliru dan selalu menilai kembali segala keputusan yang diambilnya itu.Pendapatan nya sekarang pun telah bertambah ..malah sudah melebihi janji tawaran yang Najwa berikan itu. Sam serba salah..tetapi dia masih belum member kata putus kepada Amir tentang perkara itu.
Setelah memikirkan bahawa Najwa pun tidak berapa lama lagi akan tamat belajar dan dia dan rakan-rakannya akan pulang kekampung halamannya yang agak jauh itu…Sam pun bertekad untuk menerima juga tawaran tersebut.Dia sudah mula rasa sayang pada Najwa dan takut kesunyian nanti. Sam sebenarnya adalah seorang yang amat kurang berkawan atau berpoya-poya seperti remaja yang lain kerana dia terlalu tumpukan bekerja dan hobbinya memancing ikan. Hobbi memancing juga adalah sebagai salah satu tarikan untuk dia pergi kekampung Najwa… setelah mengetahui sebelum ini bahawa kampong Najwa adalah amat berdekatan dengan sungai dan laut. Dia suka berangan-angan memancing disana dan juga berazam untuk menjadi seorang penyelam disana nanti.
Akhirnya Najwa memberitahu bahawa Hartawan yang menawarkan kerja itu telah bersetuju, dan sedia menerima bila-bila masa Sam untuk memulakan tugas tapi kalau bolih diharap Sam akan memulakan kerja seberapa segera yang bolih. Setelah perbincangan maka Najwa mencadangkan agar Sam pergi kerumah ibubapanya dan meminta apajua bantuan daripada Abangnya semasa Sam berada disana. Najwa telah memberikan alamat rumahnya sebagai panduan Sam.Sam terpaksa pergi dahulu kerana Najwa masih ada satu bulan lagi tempuh belajar dan barulah akan balik kekampungnya.
Setelah tahu muktamad akan segala tawaran dan rancangan..Sam pun pergi berjumpa dengan sepupunya Amir untuk menerangkan rancangannya itu. Amir amat terkejut dan tidak suka dengan rancangan Sam itu kerana perniagaan mereka disini telah mula maju dan pendapatan pun sudah lumayan. Berlaku juga pertelagahan tetapi akhirnya Amir terpaksa menerima keputusan itu setelah Sam berdegil juga mahu pergi. Amir pun tahu juga bahawa sekarang buah hati Sam adalah Najwa…dan itulah sebab Sam bertindak sedemikian kerana tidak mahu berpisah dengan Najwa.
Sebelum pergi Sam telah balik kekampung dan meminta restu ibu dan ayah serta datuknya. Datuk dan Ayahnya telah memberi wang sebanyak Rm 200.00 sebagai sebagai wang tambahan kepada Sam. Setelah membeli semua kelengkapan yang agak banyak serta membeli tikit bas ..Sam hanya ada baki wang yang diberikan olih datuk dan ayahnya iaitu RM 200.00. Dia berazam dengan modal sebanyak itu dia akan menjadi lebih maju dan kaya. Itulah impiannya.
Tiba waktunya..Sam pun berangkat kekampung Najwa. Dia telah membakar semua potret Rokiah yang dilukisnya sebelum meninggalkan rumahnya.
No comments:
Post a Comment