KONFLIK DALAM KELAMBU.


SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"

CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.

RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.

SELAMAT MEMBACA.

TERIMA KASIH


ABC.
Ahmad Baharom Creation

Thursday, 27 November 2014

6.6] Dengan segala cobaan dan permasaalahan keluarganya yang tidak kunjung padam Sam seperti hilang arah. Dia terasa amat keseorangan dan tersingkir dari didalam keluarga yang tidak pernah menunjukan simpati dan kasih sayang kepadanya. Semua itu hanya diharapkan dari insan yang selama ini dianggapnya bolih memenuhi semua itu, iaitu Najwa.Akibat kehampaannya itu, dia sekarang terasa amat jauh dari Najwa dan mula tidak mmengharapkan apa-apa dari Najwa lagi. Dia hanya memikirkan anak-anaknya yang perlu dia bela dan cuba beri apa yang termampu olehnya untuk tidak hidup susah dan melarat.Akibat dari kegagalan perniagaan gerai makanan itu telah menghilangkan kekuatan sepakatan dia dengan Najwa dalam kerelaan berkorban dan sepakat berusaha untuk hidup serta memberi masa hadapan untuk anak-anak. Mulai hari itu Sam berazam akan membuat semuanya sendirian dan tanpa bermuafakat atau bantuan Najwa lagi. Biarlah dia dengan caranya itu dan Sam dengan caranya sendiri. Kepercayaan dan nilai kasih sayang nya kepada Najwa telah hampir pupus sama sekali.

Masa itu, seorang Pakcik Najwa yang bisu telah berkahwin dengan perempuan Paka yang bisu juga dan hendak menetap dirumah kayu kecil yang diduduki olih Sam dan Najwa itu, jadi mertua Sam memberi kebenaran untuk Sam sekeluarga tinggal disebuah rumah yang agak lebih besar sedikit yang juga berada disebelah gerai makan Sam.Memandangkan rumah itu agak besar dan ada kawasan tanah kosong sekeliling rumah itu yang agak luas juga. Sam bercadang untuk membuka bengkel membuat iklan serta bertukang kayu ditepi rumah itu.Setelah dia mengambil keputusan untuk tidak memberi tahu atau berunding dengan Najwa apa jua yang akan dibuatnya mulai hari itu, maka tidak lan Najwa tahu apa yang dirangcang atau akan dilakukan olih Sam.

Mulai hari itu Sam mula meminjam motor Joe untuk pergi ketempat pembuangan sampah bagi mengutip dan mengumpulkan kayu buangan dari kotak-kotak mesin yang telah dibuang. Bila telah mencukupi satu lori kecil, maka barulah Sam bawa pulang dan disimpan dikawasan rumah.Setelah Sam merasakan kayu yang dikutipnya mencukupi untuk kegunaan yang dirangangkan, dia telah pergi meminta sahabatnya yang mempunyai hardware untuk memohon bantuan kredit bagi membekalkan bahan-bahan di untuk membuat bengkel.Sahabatnya itu sudi membantu dan Sam pun mulalah membina sebuah bengkel. Dia juga telah merobohkan gerai makanan dan kapallayarnya untuk dijadikan bahan tambahan untuk membuat bengkel itu. Sam bertukang membuat segalanya sendiri dan kekadang sahabatnya Joe, Din dan Jali datang membantu sekiranya mereka tidak bekerja.

Dari sebuah rumah yang sederhana, Sam telah mengubah ianya memjadi bangunan yang besar serta ruang dalaman rumah itu telah dijadikan sebagai bilik pameran yang lengkap.Walau pun Sam tiada modal, tetapi dengan kesungguhan dan ikhtiarnya mengutip kayu terbuang serta bantuan sahabatnya yang mempunyai hardware itu, semuanya telah berjaya diusahakannya dan akhirnya dinamakan olih Sam sebagai kilang sutera Paka. Apabila siap semuanya dia pun mula menjalankan perniagaan membuat iklan dan membuat Batik. Sam bekerja keras siang dan malam untuk memajukannya. Apa yang dilakukan olih Sam adalah sama dengan cara dia membangunkan Najwa Batik dahulu. Tidak banyak berubah.

Olih kerana lokasi Kilang Sutera Paka itu berada ditepi jalan utama maka ramailah pelancung dan orang ramai datang membeli barangan dikilangnya itu. Perniagaan nya berkembang secara pelahan-pelahan dan Sam terus bekerja keras seperti dahulu. Sam juga mula menerima tempahan sahabat-sahabat lamanya dari Kuala Trengganu selain mebuat barangan sendiri untuk dijual dipusat pameran yang dibuatnya. Perniagaan Sam mula berkembang dan secara pelahalahan dia membayar segala hutangnya sedikit demi sedikit.

Perhubungan Sam dan Najwa masih tidak berapa berubah, tetapi sekarang Najwa selalu mempertikaikan cara Sam berniaga dan ini selalu menimbulkan perbalahan. Mungkin juga Sam sudah tidak lagi berunding atau berbincang dengannya berkenaan apa yang dilakukan olih Sam sekarang, mungkin dia berasa amat takut atau runsing kerana dia tahu hutang Sam bolih dikatakan amat banyak. Selain itu Sam juga meminjam wang dari sahabatnya untuk membeli lebih banyak kain untuk membuat lebih banyak pakaian untuk memenuhkan bilek pamerannya kerana sekarang lebih ramai pelanggan telah mula datang membeli dipusat pamerannya.

Setelah berbulan melatih pekerja, maka Sam telah mempunyai ramai pekerja yang terdiri dari wanita muda yang datang dari sekitar kampung tersebut.Dari bermula dengan modal kosong, Sam telah berjaya mengwujudkan sebuah kilang Batik yang sederhana besarnya dan telah ada pekerja mahir yang telah dilatihnya.

Sam yang sekarang tidak berapa menghurmati Najwa telah agak tegas pendiriannya serta sudah tidah berapa memberi perhatian kepada Najwa. Kadang-kala bahasa Sam pun mula kasar dan keras kerana bertelagah pendapat dengan Najwa. Sam masih terus berusaha untuk memajukan perusahaannya. Masa itu Sam masih lagi tidak mempunyai apa jua kenderaan selain sebuah basikal buruk yang dijadikan pengankutan utamanya. Dia lebih pentingkan perniagaannya daripada kepentingan dirinya sendiri. Semua pendapatannya dilaburkan semula dan dibuat untuk membayar hutang-hutangnya secara beransur-ansur.

No comments:

Post a Comment