KONFLIK DALAM KELAMBU.


SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"

CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.

RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.

SELAMAT MEMBACA.

TERIMA KASIH


ABC.
Ahmad Baharom Creation

Saturday, 29 November 2014

7.11] Malam itu Sam dan rakan-rakannya berhibur di Kelab Malam tersebut dan Sam seperti biasa tetap bersama Normah sedangkan sahabat yang kain terus bertukar pasangan.Mereka tetap seperti biasa minum, menari dan akhirnya mabuk teruk dan ada yang sampai muntah.Sam menumpang geli hati melihatkan kelakuan dan telatah mereka. Yang pasti sekarang mereka lebih berdisiplin iaitu hanya datang kesitu pada hari Sabtu malam Ahad sahaja dan ini bermakna Sam sudah kurang berbelanja.

Pada malam itu Mala telah meminta Sam membantunya kerana dia hendak berhenti menjadi penari di Kelab Malam itu. Sam berkata eluklah jika bergitu dan mungkin Mala bolih bekerja dengan dia pula. Akhirnya Mala berkata dia ingin berhenti dan tinggal bersama anaknya yang sekarang tinggal bersama ibu bapanya dan menetap di Pelabuhan Klang sekarang. Mala juga menyatakan bahawa dia adalah seorang janda beranak satu dan barulah sekarang Sam tahu cerita Mala, sehingga nama sebenarnya pun bukan Mala, tetapi Norhayati.
Dia berkata yang dia hendak bersama anaknya dan membantu ibu dan ayahnya yang sekarang telah membuka perniagaan kedai makan.Sam amat bersetuju dan berkata sedia membantu Mala.

Mala berkata bahawa bukan dia bermasaalah umtuk berhenti kerja, tetapi ialah cara dia untuk meninggalkan kerja ini yang menjadi masaalah kerana di dikawal olih sekumpulan gangster yang sentiasa mengawal dan memerhatikan setiap pergerakannya. Dia pernah berhenti tetapi terus dicari dan diugut olih pihak ini untuk terus bekerja sebagai pelayan Kelab Malam. Mala juga menceritakan bahawa di terjerat membuat kerja sedemikian adalah disebabkan kena tipu dengan teman lelakinya. Sekarang pun teman lelakinya yang masih mengawal Mala dan dia bekerja sebagai pengawal di Kelab Malam itu. Mala menunjukkan kearah seorang lelaki yang berbadan besar dan berkepala hampir botak yang sedang duduk di kaunter minuman dihadapan mereka.

Sam faham dan bertanya kepada Mala tidakkah teman lelakinya itu marah melihatkan Mala selalu bersama Sam. Mala berkata dia menyatakan walaupun pada rekod Kelab Malam dia bercuti tetapi setiap kali dia bersama Sam dia akan memberikan duit Tip RM 50.00 kepada teman lelakinya dengan menyatakan bahawa itu pemberian Sam kepadanya. Mala juga berkata dia terpaksa memberikan sebahagian pendapatannya setiap bulan kepada teman lelakinya itu. Mala telah memberi sedikit maklumat dan cara untuk membebaskan dia kepada Sam dan berharap selepas ini teman lelakinya itu akan tidak berani mmenggangu atau mengugutnya lagi. Mala juga berkata akan memberikan wang sebanyak RM 3,000.00 untuk digunakan bagi melaksanakan kerja itu.

Sam berkata yang dia akan mencuba untuk membantu Mala dan meminta sedikit masa untuk memikirkannya serta mengaturkan rancangan. Sebelum pulang pada malam itu, Sam telah meminta alamat dan nombor talipon rumah ibu-bapa Mala di Pelabuhan Klang itu. Mala memberikan alamat tersebut serta memberi tahu bahawa Sam bolih mengambil wang yang dikatakan itu sekiranya Sam sudah boleh menjalankan rancangan mereka.

Semasa Sam pergi ke Kuala Lumpur untuk urusan perniagaan, dia telah pergi kealamat yang telah diberikan olih Mala itu, dan mendapati memang benar bahawa rumah itu adalah rumah ibu-bapa Mala dan ada seorang kanak-kanak lelaki yang baru bersekolah darjah satu, iaitu anak Mala atau ibubapanya memanggilnya dengan nama Yati.Sam bercerita hal Mala kepada ibubapanya serta memberitahu bahawa dia sekarang cuba untuk membantu Mala dan ibubapanya teramat suka mendengarnya.

Sam terpaksa menyelidik kebenaran semua kata-kata Mala sehingga dia terpaksa pergi kerumah ibu-bapa Mala kerana Sam sebenarnya masih tidak mempercayai semua ceritanya dan sekarang dia sudah pasti yang Mala bercakap benar. Ibu bapa Mala pun berkata bahawa Mala telah diugut olih teman lelakinya dan terpaksa bekerja sedemikian. Ibubapa Mala juga berkata bahawa teman lelaki Mala pernah mengugut mereka serta akan mencederakan anak Mala sekiranya tidak mengikuti apa yang dikehendakinya.

No comments:

Post a Comment