KONFLIK DALAM KELAMBU.


SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"

CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.

RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.

SELAMAT MEMBACA.

TERIMA KASIH


ABC.
Ahmad Baharom Creation

Saturday, 29 November 2014

8.5] Sam sudah tidak pergi lagi keKelab Malam semenjak Mala telah tiada.Sahabat-sahabat yang selalu pergi berpoya-poya bersama Sam selama ini juga tidak pergi kesana kerana ada yang telah bekerja tetap dan Ali telah mendapat amaran terakhir dari ibu dan bapanya serta isterinya.Walau bagaimana pun mereka tetap rapat tapi hanya minum di Medan Selera dipekan itu sahaja bila ada kelapangan sambil mengimbau kenangan gila mereka. Selain itu mereka juga selalu bertanya Sam berkenaan Mala dan Sam menceritakan segala yang berlaku serta niat Mala yang sudi menjadi isterinya. Mereka menyokong Sam mengambil Mala kerana mereka tahu Mala memang amat mencintai serta mempercayai Sam. Sam hanya tersenyum masa itu.

Petang itu Sam tidak pergi berniaga dan semua ada dirumah dan Arfah sibuk melayan anak-anak Sam bermain. Najwa memasak didapur. Salah seorang Agen jualannya yang bernama Man itu datang bersama adiknya dengan berjalan kaki serta sambil termengah-mengah berkata bahawa Van mereka rosak dan meminta Sam meminjamkan vannya untuk mereka balik kerumah dan pergi kehedai di Stiawan untuk memanggil mekanik untuk memperbaiki Van mereka. Sam pun memberikan mereka menggunakan Vannya setelah mereka berjanji untuk memulangkan setelah Van mereka siap diperbaiki.Mereka pun pulang dengan bawa Van Sam. Dalam masa itu Sam mula teringatkan kes keretanya yang di tipu olih Razak dan Lanis serta merasa guriga juga didalam hati, tetapi bila mengenangkan Man ini adalah pekerjanya dan dia dalam kesusahan,maka perasaan itu hilang.

Lebih kurang jam 9 malam malam itu, Man telah datang berseorangan dengan menaiki vannya sendiri serta meminta maaf kepada Sam bahawa Van Sam yang dibawanya telah terlibat dengan kemalangan serta telah termasuk kedalam longkang besar yang terdapat berdekatan dengan bandar Setiawan. Sam amat terperanjat serta bertanya jika ada sesiapa yang tercedera dan Man menyatakan bahawa adiknya yang memandu Van itu cedera ringan sahaja. Kejadian itu berlaku ketika mereka ingin datang kerumah Sam untuk memulangkan Van Sam. Dia memandu Vannya dan adiknya memandu Van Sam tetapi malangnya adiknya terlibat dengan kemalangan.

Sam bertanya kepada Man adakah Vannya rosak teruk dan juga bertanya adakah Man telah membuat report di balai Polis dan Man berkata Van itu tidaklah rosak teruk dan repot telah dibuatnya. Selain itu, Man telah menyatakan bahawa Van itu telah pun ditarik kebengkel oleh Trak Penunda dan berkata mungkin dalam 2 minggu ianya akan siap diperbaiki.

Sam telah mengeluh kerana perkara itu mungkin akan menyusahkan segala urusannya dan akhirnya Man berkata bahawa dia akan berusaha mencarikan kereta gantian untuk Sam menguruskan perniagaan. Disamping itu, Man telah memberi alamat seorang sahabat yang menjalankan perniagaan kereta bagi membolehkan Sam menyewa kereta sekiranya amat perlu untuk tujuan perniagaan serta akan membayar semua pembayaran sewanya. Akhirnya Sam bersetuju dan meminta Man berusaha sedaya mungkin agar Vannya itu diperbaiki secepat mungkin.

Semenjak itu Sam tidaklah dapat berniaga dan terpaksa duduk dirumah sahaja dan dia hanya bergantung pendapatan hasil dari penjualan Agen-Agennya sahaja termasuk Man yang juga mengedarkan barangan peniagaan Sam. Olih sebab Sam sudah tiada kenderaan, maka terpaksalah sepupunya Amir datang dari Kuala Lumpur untuk menghantar stok keperluan kerumah Sam.

Selepas dua minggu, Man telah datang memberi tahu Sam bahawa Vannya masih belum siap sebab tukang baiki kereta itu terpaksa menyiapkan kereta lain sebelum dapat memperbaiki Van Sam dan dia berkata mungkin 2 minggu lagi keretanya akan siap. Sam yang agak marah ketika itu meminta Man mencarikan kereta gantian bagi kegunaannya, kerana Sam sudah amat bosan tidak bekerja dan berniaga, serta kesihan pada anak-anak dan keluarganya yang tidak dapat bergerak kemana-mana.

Man pun membawa Sam bertemu sahabatnya yang menyewakan kereta dan akhirnya Sam diberikan sebuah kereta dan Man hanya berkata kepada sahabatnya yang Sam akan menggunakan kereta itu selam 2 minggu. Dia juga menceritakan pada sahabatnya yang Van Sam kemalangan sebab angkara dia dan mungkin 2 minggu lagi siaplah.Mulai hari itu Sam bolihlah menguruskan periagaannya dan membawa anak-anak dan keluarganya bersiar-siar tetapi dia dan Arfah masih tidak boleh berniaga kerana tiada dapat membawa semua alatan dan bahan perniagaan kerana ruang kereta itu terlalu kecil serta tidak muat.

Seperti biasa, Sam tetap mengunjungi Mala di Pelabuhan Klang setiap kali pergi ke Kuala Lumpur. Perniagaan Mala telah maju dan dia telah ada sebuah kereta kecil untuk memudahkan urusan perniagaannya. Kelihatan ibu dan ayah serta anak Mala nampak lebih ceria. Ibu Mala selalu berkata bahwa Mala akan selalu marah-marah sekiranya Sam jarang datang dan dia juga akan menangis. Akhirnya Sam menyatakan apa yang berlaku kepada Vannya itu. Mala terperanjat dan faham kenapa Sam sudah lebih 2 minggu tak datang melawatnya.Dia meminta maaf kepada Sam dan Sam tersenyum melihat telatah Mala..

No comments:

Post a Comment