KONFLIK DALAM KELAMBU.


SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"

CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.

RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.

SELAMAT MEMBACA.

TERIMA KASIH


ABC.
Ahmad Baharom Creation

Wednesday, 26 November 2014

2.14] Malam itu Sam telah pergi kerumah Tengku untuk berjumpa dengan keluarganya dan memberitahu perkara sebenar.Setelah memberitahu semua perkara, kedua-dua orang tua Tengku memahami dan sedia membantu Sam untuk membetulkan keadaan yang telah kusut. Pada keesukan paginya, Ayahku [bapa Tengku] telah datang kerumah Sam dan meminta maaf kepada Najwa tentang kelakuan dan kesalahan Tengku yang pergi keluar keKuantan bersama Sam. Dia juga meminta Najwa jangan memperbesarkan perkara ini demi menjaga maruah semua. Ayah ku juga berkata kepada Najwa bahawa dia sebenarnya tidak keberatan kalau Sam masih bujang dan ingin menjadi menantunya kerana Sam seorang yang diharap.

Walaupun telah cuba dinasihat dan diberi penjelasan namun Najwa masih tidak mempercayai serta amat marah kepada Sam. Sam memberi penjelasan bahawa kalau dia hendak kahwin lagi,tak payah nak ajar dia, terlalu banyak cara yang bolih dilakukannya sehingga Najwa tidak tahu akan hal itu. Lagi pun dia masih mampu kalau nak berkahwin lagi jika dia hendak.

Dalam masa itu Sam juga menyuarakan perasaan dan tanggungan jiwa yang dihadapinya sekarang. Dia meminta Najwa berubah dan memberi sedikit perhatian dan semangat untuk dia terus berusaha. Dia merasa amat keseorangan serta sedih dengan sikap Najwa. Namun Najwa tetap menyatakan bahawa dia tetap dia dan tidak bolih berubah.Sam amat kecewa dan tak tahu nak bercakap apa lagi.

Mulai hari itu, Sam agak mula berubah, jadi agak pendiam dan cepat marah. Dia telah pergi kehospital untuk bertanyakan kepada doctor akan sebab tangan nya yang selalu menggeletar dan kepala dan badannya selalu sakit. Akhirnya doctor telah menyatakan bahawa Sam mengalami depression dan perlu banyakkan berehat dan riadah. Perkara itu Sam tidak pun memberitahu kepada Najwa. Mulai dari itu Sam lebih banyak pergi kelaut untuk meneruskan hobbi menyelamnya dengan kekawannya.

Dia jarang ada dirumah atau kekilang kerana amat kerap keluar meyelam.Selalunya dia akan pergi selepas semua pekerja memulakan kerja dan pulang sebelum pekerja habis bekerja. Dengan itu dia sempat member arahan dan memeriksa hasil keluaran setelah habis bekerja. Itulah perangai Sam selama berbulan lamanya. Kebanyakkan kerja diaturkan Adiknya dan Wan selaku penyelia kilang.Sam merasakan tidak selesa serta sering pening dan cepat hendak marah.

Pada suatu hari Sam teringatkan Rokiah dan cuba menghubunginya dan kebetulan masa itu Rokiah berada dirumah. Sam menyatakan bahawa dia hendak pergi keKuala Lumpur dan ingin singgah kerumah Rokiah. Tetiba Sam terdengar suara Rokiah memanggil ibunya yang menyatakan bahawa Sam yang sedang menalipon sekarang. Rokiah berkata eluklah sebab emak dan ayahnya merindukan Sam.Tak lama selepas itu kedengaran Emak Rokiah ditalian dan dia menyatakan kerinduan dan berharap Sam datang kerumahnya dengan membawa isteri dan anak sekali. Mereka ingin berkenalan. Sam berkata mungkin kali ini dia akan datang sendirian dan mungkin dimasa akan datang dia akan membawa isterinya sekali.

Sam sampai kerumah Rokiah dan dia dijamukan dengan masakan istimewa kerana Sam telah memberitahu tarikh dan waktu kepada Rokiah yang dia akan sampai kesana. Rokiah telah memasakkan masakan yang amat digemari olih Sam .Masak lemak Cili api ikan Kembung. Selepas makan dan berbual dengan semua keluarga, Sam pun meminta Rokiah menemaninya untuk berjalan-jalan. Rokiah bersetuju kerana dia pun mempunyai hasrat yang sama kerana hendak berihat dan menenangkan fikiran juga.. K

No comments:

Post a Comment