
KONFLIK DALAM KELAMBU.
SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"
CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.
RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.
SELAMAT MEMBACA.
TERIMA KASIH
ABC.
Ahmad Baharom Creation
Wednesday, 26 November 2014
4.8] Sam amat terkejut mendengar khabar tersebut dan merayu mereka supaya jangan melakukannya dan mereka berkata bahawa mereka sudah pasti tak mahu melakukannya kerana tidak mahu dan kesihan kepada Sam dan keluarga, tetapi menyuruh Sam mengambil tindakan berhati-hati mulai hari itu.Sam bertanya kepada mereka apakah kesalahannya sehingga Razali sanggup hendak berbuat sedemikian kepada dia dan keluarganya. Mereka menerangkan bahawa semua ini bersangkutan keakraban Sam dengan keluarga Alias dan Razali amat takut Alias akan menceritakan segalanya kepada Sam. Sam amat terperanjat mendengar penjelasan mereka serta bertanya apakah rahsia itu dan mereka berkata adalah lebih baik Sam bertanya Alias sendiri.
Sebelum mereka beredar, Sam mengucapkan ribuan terima kasih serta menawarkan mereka sebarang bantuan sekiranya perlu dimasa hadapan atau jika mereka sudi bolih membantu apa jua tugas yang sesuai buat mereka semua.Mereka meminta Sam menjaga diri dahulu, itu yang penting dan juga mereka juga mungkin berjumpa dikemudian hari. Selepas mereka beredar, Sam masih tidak dapat bergerak lagi kerana ternyata kaki dan tangannya menggeletar dan dia berada dalam keadaan amat terkejut. Disamping itu dia ligat memikirkan apakah yang patut dilakukannya.Akhirnya dia membuat keputusan untuk terus pergi kerumah Alias untuk bertanyakan hal sebenar.
Razali adalah saudara duapupu emak Sam dan rumahnya berada tidak jauh dari dari rumah dan pejabat Sam iaitu sekitar 1 kilometer jaraknya. Dia langsung tiada pekerjaan tetap tetapi sentiasa berlagak seperti orang kaya.Mengikut kata orang dia ini samseng yang selalu mengepau setiap projek yang masuk kekampung itu dan akan melakukan sabotaj jika permohonan dia tidak dituruti. Dia telah berkahwin dan mempunyai beberapa orang anak. Sam tidaklah terlalu mengenal beliau selain bila bertemu, Sam hanya akan senyum dan begitu juga dia. Memanglah Sam tahu bahawa Razali dengan Salleh iaitu tuanpunya kedai yang berada disebelah Pejabat dan rumah Sam adalah adik beradik tetapi tidak tahu punca perbalahan mereka. Fizikal Razali ini bukan lah seperti baunzer atau orang kuat, sekadar biasa sahaja dan sekali pandang dia adalah seperti orang baik.
Sepanjang perjalanan kerumah Alias, fikiran berputar mencari jawapan kepada semua yang bolih mengakibatkan orang mendendami dirinya dan keluarganya. Sam sampai kerumah Alias jam sepuluh malam dan mereka masih belum tidur semua. Sam meminta Ijah dan adik adiknya mengangkut semua barang yang dibawanya amsuk kerumah. Semua adik beradik Ijah berebut hendak memakan buah-buahan dan makanan ringan yang dibawa. Sam tidak dapat teresenyum lagi melihat telatah mereka kerana sekarang dia terlalu kusut fikiran. Ibu ijah membuatkan kopi dan Sam duduk dipangkin tempat mereka tidur. Sebaik sahaja duduk, Sam berkata kepada Alias bahawa dia sekarang ada masaalah.
Sam menceritakan segala yang berlaku sebentar tadi kepada Alias dan mendengarkan perkara itu, Isteri Alias dan Ijah yang duduk disebelahnya amat terkejut serta bertanya adakah Sam tercedera atau membayar mereka yang mengugutnya. Alias melenting dan meminta Ijah dan ibunya supaya jangan campur. Selepas Sam menerangkan bahawa mereka adalah orang-orang Razali maka Alias amat terperanjat dan menumbuk kantai pangkinnya dan mengeluarkan kata makian terhadap Razali. Dia juga berkata bahawa Razali ini sudah amat melampau dan perlu diajar dengan segera kerana kata Alias, dia amat tahu akan perangai Razali ini. Bila dia berkata untuk berbuat jahat kepada kuncu-kuncunya, dia mesti lakukan sebagai menunjukkan dia selalu tegas dan perlu ditakuti.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment