KONFLIK DALAM KELAMBU.


SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"

CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.

RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.

SELAMAT MEMBACA.

TERIMA KASIH


ABC.
Ahmad Baharom Creation

Wednesday, 26 November 2014

4.11] Bila mendengar sahaja penjelasan Sam itu, Najwa bertanya apa hubungan Sam dengan Ijah sekarang serta menyatakan bahawa mereka ingin menjerat Sam kerana harta dan dia seperti menuduh Sam sudah tergila-gilakan Ijah. Sam cuba menafikannya, tetapi apabila melihat Najwa lansung tidak mahu mendengar penjelasannya maka Sam tidak mahu bercerita lagi. Najwa memarahi Sam kerana tidak habis-habis bermasaalah dengan hal perempuan dan katanya perbuatan Sam itu amat menyiksa dirinya. Sam agak marah dengan perkataan Najwa itu dan berkata semua itu adalah semua salah faham Najwa sahaja selama ini, dia sahaja yang beranggap begitu serta member gambaran kepada keluarga dan masyarakat bahawa suaminya kaki perempuan. Sam juga berkata, Najwa tak payah nak ajar dia soal perempuan, kerana dia lebih bijak jika betul-betul hendak berkahwin lebih sehinggakan tanpa disedari olih Najwa. Sam malas hendak melayan Najwa yang sedang amat marah dan terus keluar dan meninggalkan pejabatnya menuju kerumah Alias.Alias yang telah lama menunggu itu pun mengikut Sam menuju kebandar. Apabila sampai dibalai polis, Sam meminta Alias menunggu didalam Van sementara dia pergi berjumpa dengan OCPD Omar untuk mengtahui keputusan syarat yang telah diajukan olih Sam kepada Inspektor Azizi malam tadi. Ocpd Omar telah sedia dan menanti kedatangan Sam dan Sam memulakan cerita.Sam menceritakan semua kejadian yang menimpa dirinya sehingga dia terpaksa bertindak seperti itu. OCPD amat bersetuju dengan cara Sam itu tetapi OCPD Omar berkata sebenarnya kes ini bermotifkan pertelagaahan perniagaan yang melibatkan ramai orang, termasuk orang ternama. ACPD Omar juga bersependapat dengan Sam bahawa kes ini besar dan akan mengundang tindakan balas dendam jika tidak ditangani dengan betul dan berhati-hati. Setelah berbincang segala kemungkinan serta langkah-langkah yang perlu Sam lakukan, maka OCPD Omar meminta Sam membawa Alias untuk member keterangan. Sam pun keluar dan meminta Alias mengikutinya berjumpa dengan OCPD Omar. Hari itu polis telah membawa Alias kesebuah balai polis lain untuk memberi keterangan. Dari pagi sampailah kemalam soal siasat itu dijalankan dan akhirnya jam 9 malam barulah Sam dan Alias bolih pulang. Sam menghantar Alias balik kerumahnya tetapi Sam telah pergi ketempat dia bersembunyi semalam untuk bertenang dan berfikir. Dia tak peduli apa Najwa nak kata tapi dia rasa itulah tindakan yang terbaik untuknya. Pada keesukan paginya baru dia pulang kerumahnya. Melihat kelakuan Sam, Najwa bertambah marah dan mula pergaduhan berlaku. Cemburunya kepada Ijah kian memuncak tapi Sam buat tak tahu sahaja dan ini menambah kemarahannya. Sam terasa untuk member tahu hal yang sebenar, tetapi membatalkan hasratnya kerana pasti Najwa akan menyatakan ianya adalah helah Sam sahaja. Malam itu kedengaran berita bahawa Razali telah ditangkap olih Polis sekitar jam 2 pagi. Paginya semua orang yang berada dalam kedai kopi sebelah pejabat Sam berkata hal tersebut. Sam yang berada disitu sambil sarapan hanya mendengar sambil buat tidak tahu sahaja, tapi dalam hatinya berkata padan muka Razali. Dia bergegas balik kepejabat kerana ada orang yang hendak berjumpa nya. Sam mula ketakutan kerana berfikirkan bukan-bukan perkara berhubung dengan kes Razali itu. Setibanya didepan pajabatnya seorang lelaki separuh umur menyapa Sam dan berkata dialah yang hendak berjumpa dengan Sam. Sam pun mengajak dia minum serta memilih meja diluar kedai itu yang agak jauh dari orang ramai yang sedang minum. Lelaki itu berkata bahawa dia datang kesini selepas pergi berjumpa Alias dirumahnya.

No comments:

Post a Comment