Minggu itu Sam dan Izan pergi lagi keKuala Lumpur untuk mengambil stok perniagaan dan diwaktu malamnya dia telah pergi kerumah sepupunya Zizi dan bercadang untuk tidur disana. Seperti biasa Sam akan berbual dengan Zizi hingga larut malam berkenaan hal keluarga dan kerja. Izan sudah pun tidur didalam bilik dan mereka berbuak dimeja yang berada diluar rumah. Dalam masa itu Zizi berkata kepada Sam bahawa dia hendak meminta tolong dari Sam kerana dia sekarang mempunyai masaalah. Dia berkata hendak berpindah dan duduk dirumah lain dan Sam cuba bertanya apakah sebabnya, tetapi Zizi enggan memberi tahu walaupun telah dipujuk olih Sam. Melalui cara riak muka dan percakapan Zizi itu, Sam merasakan dia dalam masaalah yang besar, tapi Sam tidak memaksa Zizi, cuma dia memberi nombor Talipon Resort dimana dia tinggal dan berharap Zizi akan menaliponnya sekiranya ada masaalah untuk dibincangkan.
Tidak lama selepas itu, Zizi menalipon Sam dan meminta Sam datang sendirian keKuala Lumpur kerana dia amat memerlukan bantuan Sam. Tanpa berlengah lagi Sam pergi kesana dan meninggalkan Ijan di Resort tempat mereka menyewa. Sebaik sahaja Sam sampai,dia dapati Zizi baru lepas menangis dan terus bertanya sebabnya. Zizi pun memberitahu bahawa dia sekarang telah mengandung kerana telanjur dengan teman lelakinya yang telah meyewakan rumah itu untuknya, Sekarang lelaki itu telah melarikan diri. Mendengar berita itu Sam amat terkejut dan merasa sedih kerana Zizi adalah seperti adiknya kerana emak dia dan emak Zizi adalah adik beradik. Zizi telah meminta Sam membawa dia kesatu tempat yang agak jauh untuk melarikan diri. Bila Sam bertanya Zizi apakah yang dia rancangkan, Zizi menjawab bahawa dia akan menggugurkan kandungannya itu.
Sam lama berfikir akhirnya berkata bahawa dia tidak mahu campur tangan dalam hal itu kerana dia tak mahu bersubahat untuk menggugurkan kandungan tersebut tetapi sekiranya Zizi perlukan bantuan selepas itu mungkin juga dipertimbangkan. Zizi bertanya akan maksud kata-kata Sam itu. Sam akhirnya bercerita hal masaalah dia dengan Najwa dan apa sebenarnya yang dilaluinya. Sam mengadangkan agar Zizi berkahwin dengannya sekiranya tiada lelaki lain yang sudi berkahwin dengannya. Sam juga berkata dengan cara ini Zizi dapat menutup aibnya dan aib keluarga mereka. Zizi tidak setuju dan berkata bahawa tak sanggup kerana dia menganggap Sam seperti abang kandungnya sendiri. Setelah itu Sam meminta masa dua atau tiga hari untuk memikirkannya.
Dalam perjalanan pulang kePerak, Sam telah singgah kerumah orang tuanya dan memberi tahu masaalah Zizi kepada mereka. Sam berharap ibu dan bapanya dapat memberi tahu hal itu kepada makciknya serta meminta mereka membantu Zizi agar tiada perkara buruk yang berlaku. Walau pun mereka amat terkejut, tetapi berjanji akan memberi tahu keluarga Zizi dan meminta mereka berusaha menyelesaikan perkara itu. Selang bebrapa hari, keluarga Sam menaliponnya kerana ada orang nak berjumpa.Apa bila Sam sampai kerumah orang tuanya, dilihatnya emak Zizi dan keluarga nya sedang menunggu, tetapi kata mereka, Zizi sudah balik dan sekarang ada dirumah.
Sebaik sahaja Sam duduk dan bertanya khabar, mereka terus memarahi Sam kerana kata mereka Sam telah membuat Fitnah kepada Zizi dan keluarga mereka dengan menyatakan bahawa Zizi mengandungkan anak luar nikah. Mereka menuduh Sam sengaja memfitnah Zizi kerana Zizi menolak permintaan Sam untuk berkahwin dengannya. Sam hanya tersenyum mendengar semua kata-kata mereka dan ibu bapa Sam hanya berdiam diri.Bermacam lah tuduhan serta ungkitan perkara silam berkenaan Sam serta masaalah dia dengan Najwa diukit dan diperbesarkan. Sam tahu bahawa itu semua datang dari cerita Najwa sendiri.
Sam yang terdiam dari tadi pun bertanya kepada mereka salahkah kalau dia nak berkahwin dengan Zizi demi menutup malu keluarga semua. Sam juga memarahi ibu Zizi kerana cuba menutup bangkai gajah dengan sehelai daun dan tak payah lah hendak menipunya semua orang lagi dan menyalahkan orang lain. Bukan semua orang bodoh macam mereka dan kemungkinan mereka juga telah ditipu olih Zizi kerana mungkin Zizi telah menggugurkan kandungannya sebelum pihak keluarganya datang menyiasat dan membawanya pulang. Semua terdiam.
Sam pun bangun sambil meluahkan kemarahannya dan berkata bahawa niatnya hendak membantu tetapi manusia bodoh tak reti menilai, dan sambil berjalan keluar, Sam terus membebel dan berkata, "muka macam Cipan, Hidung macan Tapir dan Badan macam tenuk siapa yang hendak?". Dia terus berlalu dan didapatinya ayah dan ibunya masih terus mendiamkan diri.

No comments:
Post a Comment