Akibat amat tertekan sekarang dan merasakan dia sakit, maka Sam meminta Arfah membantunya dan meinta Arfah menemankannya. Arfah yang seperti faham penderitaan Sam cuba melakukan berikhtiar untuk membantu serta menemani Sam. Akibat dari itu Sam seakan lebih rapat dengan Arfah berbanding dengan Najwa. Najwa yang melihatkan ini berlaku,maka bertambah cemburulah dia serta mula berkelakuan seperti memprotes melalui mimik muka serta pergerakan merempan yang menunjukan sebenarnya dia merasa tidak suka dengan keakhraban Sam dan Arfah.Arfah yang telah mengetahui krisis Sam dan Najwa setelah Sam ceritakan serba sedikit sebelum ini tidaklah mengambil pusing sangat hal Najwa itu tetapi tetap melayan Sam bercakap atau berbincang apa jua perkara kerana dia amat tahu bahawa amat tertekan dan fikirannya agak terganggu.
Sam yang sedang dalam keadaan itu, merasakan amat kecewa dengan sikap Najwa yang hanya mementingkan masaalah dia sahaja dengan tanpa memikirkan langsung serta cuba memahami serta penderitaan dan kerumitan yang bakal ditanggung olih Sam. Walau pun Arfah cuba menemani serta menunjukkan simpati kepada Sam tetapi jauh dilubuk hati Sam ialah dia sangat memerlukan perhatian dan sokongan Najwa malah setelah melihat segala cara Najwa itu, Sam bertambah kecewa.
Sam telah pergi kesebuah kedai Cina dibandar itu dan membeli sebotol minuman keras serta membawanya pulang kerumah selepas membuka minuman itu, Sam telah duduk dimeja makannya serta mengisi minuman itu kedalam gelas.Perkara ini disedari olih Najwa dan Arfah, lalu mereka amat terperanjat dan cuba menghalang Sam. Najwa memarahi Sam kerana membawa benda haram itu kedalam rumah serta menjadikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak. Arfah cuba memujuk dan merayu Sam supaya jangan meminum minuman tersebut.
Sam yang tunduk semenjak tadi mula meminum minuman tersebut sambil menangis. Dia sedar yang dia telah amat berdosa tetapi itu dianggapnya sebagai percobaan untuk menghilangkan kesakitan serta ketidak tentuan fikirannya yang telah menjadi terlalu parah sejak akhir-akhir ini. Dia sedar dia sudah sakit teruk jika berpandukan kata-kata dan nasihat doktor tempuhari.
Sam cuba membuat cara sendiri dengan melapangkan sedikit kesakitan demgan meminum minuman keras itu tetapi apa yang dirasainya adalah minuman yang amat pahit, serta sakit kepala sahaja. Melihatkan perlakuan serta ketidak perihatinan Najwa untuk bersama merasai apa yang ditanggung itu, Sam menjadi bertambah sakit hati serta memaksa dirinya meminum minuman tersebut sambil menangis. Arfah yang melihat semua itu, telah bertindak merampas gelas dan botol minuman itu serta mencampakkannya keluar pintu dapur rumah itu.
Sam yang belum pernah meminum minuman itu sebelum ini merasakan pening kepala serta mabuk tetapi airmatanya terus mengalir sambil merintih berkenaan nasib serta perkara yang dilaluinya selama ini.Arfah terus memujuk serta mententeramkan Sam tetapi Najwa yang marah dengan cara itu menyuruh Arfah sahaja yang memujuk Sam kerana dia berkata bahawa Sam hanya mahu mendengar pujukan Arfah sahaja.
Sam yang berang mendengar kata-kata Najwa itu telah bangun dan memarahi serta memaki hamun Najwa dengan kata-kata kesat serta meluahkan rasa kecewa yang teramat sangat terhadap cara pemikirannya. Dalam masa itu memuji Arfah walau pun muda tapi lebih peka kepada perasaan orang lain.
Najwa yang amat berang menyatakan bahawa semua perlakuan Arfah itu semata-mata kerana hendak menggoda Sam dan Sam pula mengambil kesempatan serta berpura-pura untuk dapat rapat dengan Arfah. Mendengar perkataan Najwa itu, Sam bangun dari kerusinya dan cuba pergi kearah Najwa untuk menamparnya. Arfah yang berada disana serta merta menangkap tangan Sam serta menarik Sam untuk duduk semula dikerusi tadi. Najwa sudah mula amat marah melihat keadaan itu serta terus masuk kedalam bilik.

No comments:
Post a Comment