KONFLIK DALAM KELAMBU.
SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"
CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.
RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.
SELAMAT MEMBACA.
TERIMA KASIH
ABC.
Ahmad Baharom Creation
Wednesday, 26 November 2014
4.7] Suatu hari Sam telah membeli banyak buah-buahan di sebuah pasar dan dia juga melebihkan sedikit kerana hendak disedekahkan kepada keluarga Alias. Selepas dia menyiapkan arahan kerja keesukan harinya, dia pun keluar dan memandu vannya untuk menghantar buah-buahan beserta sedikit makanan ringan yang dibelinya menuju kerumah Alias. Waktu malam begini memang amat kurang kenderaan yang lalu lalang, maklumlah kawasan kampong. Sam terus memandu sehinggalah dia sampai kesatu simpang tiga dimana Sam terpaksa melalui satu jalan yang agak kecil sebagai pilihan terdekat untuk lebih dekat untk kerumah Alias.
Semasa dijalan itu, Sam lihat ada dua buah motor dibelakang Vannya dan memperlahankan Vannya dan memandu ketepi jalan untuk member laluan kepada penunggang motor tersebut untuk memotongnya. Sebaik sahaja dia member laluan, kedua penunggang motorsikal itu terus memotong, dan bila sahaja mereka berada dihadapan, mereka telah memberi isyarat tangan menyuruh berhenti sambil memperlahankan kenderaan mereka. Sam pun memberhentikan Vannya serta membuka cermin tingkap van untuk bertanya sebab mereka menahannya.
Sebaik sahaja kedua-dua pemuda itu menghampirinya, salah seorang dari mereka telah mengeluarkan sepucuk pistol yang diambil dari belakang badannya sambil menghampiri Sam. Sam panic sambil menyangka bahawa mereka ingin merompak. Sam sepontan berkata yang dia tidak membawa dompet atau wang kerana tertinggal dirumah. Salah seorang pemuda itu berkata, tak mengapa kerana mereka bukan hendak merompak tapi sekadar ingin menyampaikan berita.Pemuda y an g seorang lagi bertanya sama ada Sam ini adalah Sam yang sebenar d an Sam mengakui dan pemuda tersebut menyimpan semula pistol yang dipegangnya kebelakang badannya. Sam bertanya kenapa sampai nak acukan pistol, dan lelaki itu berkata, dia tidak mahu Sam lari ketakutan atau bertindak sesuatu kerana ketakutan.
Kedua-dua lelaki itu berkata bahawa dia datang kerana disuruh olih salah seorang keluarga terdekat Sam sendiri yang bernama Razali kerana Razali ini telah mengupah mereka sebanyak RM 900.00 seorang untuk menahan dan mengikat Sam dalam Van dan membawa Van ini kesuatu tempat dan melanggatkan Van itu dibatu tembok jambatan dan membakarnya setelah meletakkan Sam ditempat pemandu. Sam amat ketakutan dan berkata dalam hati mungkin malam ini dia kan mati serta terus teringat Najwa dan anak-anaknya.
Tapi pemuda yang memegang pistol tadi berkata bahawa dia pun tak mahu mengikut kehendak Razali kerana mereka pun amat bencikan dia dan mungkin menipu tentang upah yang dijanjikan. Sam yang dalam keadaan panic berkata walaupun dia tak membawa duit sekarang, dia sanggup membayar lebih asalkan mereka tidak membunuhnya. Mereka berkata bahawa nak cepat dan tak banyak masa dan tak payah ceritakan hal itu.
Mereka berkata bahawa saudara mereka pun ada belajar dan bekerja dibengkel Sam dan mereka cuma memberi amaran supaya Sam mulai sekarang kena berhati-hati kerana Razali bukan sahaja menawarkan upah kepada mereka, tetapi kepada beberapa orang lagi. Rancangan Razali ada dua, jika tak dapat menangkap Sam dan membakar Sam, dia bercadang untuk meletupkan tangki minyak kedai runcit yang berada bersebelahan pejabat dan rumah Sam sekiranya terdapat van Sam yang menandakan Sam berada dirumah waktu itu. Ini kerana Razali juga berdendam dengan pemilik kedai runcit itu, walau pun pemiliknya itu adalah saudaranya juga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment