2.8] Perniagaan Sam masih terus berkembang dan kini menjadi sebuah kilang besar dan bolih dikatakan menjadi yang terbesar di Kuala Trengganu. Bagi ketogorinya iadalah yang terbesar diMalaysia waktu itu.Malah pusat Kraftangan Malaysia dan Batik Malaysia Berhad memuji dan selalu datang mebuat lawatan sambil belajar disana. Selain itu tempahan dari Batik Malaysia Berhad dan Pelanggan seluruh Negara mula datang. Dari sebuah bengkel ianya telah berubah menjadi kilang walaupun tanpa sebarang pinjaman kecuali bantuan Hardware dan Pembekal Bahan mentah yang sentiasa member sokongan.Apa yang ada sekarang masih belum mencapai apa yang Sam impikan lagi. Dia masih terus membesarkan kilangnya secara beransur-ansur.
Sam juga amat gembira sekarang kerana semenjak Najwa mengandung, perhubungan dia dengan kedua ibu dan bapa mertua agak bertambah baik serta kakak kedua Najwa dan Suaminya juga sudah agak pulih. Tetapi Yusri serta Kakak sulongnya masih terus tidak bertegur sapa lagi. Sekarang Sam dan Najwa sudah punya kereta dan seorang anak lelaki yang dinamakan Firdaus.
Hidup mereka telah mula ceria sedikit dengan kehadiran dan perniagaan Sam sudah bertambah besar. Kilangnya sudah ada Bilek Jualan dan Pameran yang besar, Ruang Tetamu dan Kantin. Juga terdapat bahagian jahitan sendiri. Selain itu Sam telah menyewa sebuah rumah yang lebih besar yang lebih jauh untuk keselesaan Najwa dan Firdaus. Dengan ini Sam lebih merasa selesa kerana tidak lagi berdepan dengan muka masam Kakak ipar dan suaminya yang sentiasa lalulalang didepan rumah sewanya dekat Kilangnya. Sam telah melengkapi segala kemudahan yang secukupnya didalam rumah baru untuk kesenangan Najwa dan Firdaus.
Bolih dikatakan kesenangan segera yang tidak dapat dibayangkan. Selain itu, Sam telah menggaji seorang Pengurus untuk menguruskan kilangnya kerana dia sudah amat sibuk serta seorang adik Sam juga bekerja dengannya. Kesemua mereka tinggal bersama Sam dan Najwa. Najwa menghabiskan kebanyakkan masa dirumah kecuali sesekali mengikut Sam kekilang.
Kilang Sam telah menjadi tumpuan pelancung dari seluruh Negara iaitu Bas-Bas Pelancung bolih dikatakan banyak yang datang kekilangnya kalau berkunjung keTrengganu. Sam juga mengambil barangan pengeluaran dari pengusaha lain disekitar Trengganu untuk dijual dikilangnya. Kebanyakannya adalah hasil keluaran Batik Cop seperti Kain Batik dan Batik Ela. Dengan ini pelancung yang datang akan bolih mendapati semua barangan pada satu tempat.
Tambahan pula Sam menawarkan harga yang murah kepada pelanggan jika dibandingkan dengan tempat lain. Bolih dikatakan setiap hari ada bas pelancung datang tapi yang paling banyak ialah masa sekolah bercuti.Dengan bantuan sepupu Najwa yang bernama Halim yang berkemahiran sebagai jurufoto maka kempen pemasaran berjalan dengan lancarnya.Kempen yang dijalankan olih Halim amat berkesaan membawa banyak bas pelancung luar negeri untuk datang kekilang Sam dan ianya amat menguntungkan. Kirima
.jpg)
No comments:
Post a Comment